Commercial Break

Thursday, August 27, 2015

Dahab


Dahab, pekan kecil ini terletak hanya satu jam setengah menaiki kenderaan daripada St Catherine. Dahab dahulunya ialah perkampungan nelayan orang-orang Badwi. Kini, Dahab lebih dikenali sebagai pusat diving dan juga keindahan canyon yang terkenal di kalangan para pelancong.

Kami check-in di Octopus Hotel dengan harga 150 EP satu malam bagi 3 orang. 


Hotel ini biasa-biasa sahaja, tak berapa best kot? Cumanya ia terletak di Masraba Street yang berhampiran dengan Laut Merah dan juga terdapat banyak kedai-kedai untuk pelancong termasuklah kedai-kedai souvenir dan kedai-kedai yang menawarkan pakej untuk pelancong-pelancong sepanjang di Dahab. Ianya juga mempunyai swimming pool (kecil sahaja).


Di Dahab, kami sertai aktiviti Quad Bike pada waktu petang, selepas bangun daripada tidur siang (maklumlah, malam tadi kami tak tidur). 


Harga bagi satu bike ialah 100 EP untuk seorang. Tapi kalau dua orang share satu bike, (seorang menunggang, seorang lagi membonceng) harganya cuma 120 EP bagi dua orang. Berjaya pulak tu bargain dengan owner Quad Bike tersebut, dapatlah total harga kesemuanya sekali sebanyak 200 EP sahaja.


Best sangat naik Quad Bike ni especially bagi orang yang membonceng, hahaha. Quad bike ni memang tahan lasak. Sepanjang laluan Quad Bike di Dahab ni kenderaan memang tak banyak, jadi rasa lebih selamat dan enjoy. Lebih-lebih lagi, ini peluang untuk menikmati aroma padang pasir dan keunikannya. Ada beberapa perhentian yang menjadi tempat persinggahan kami sepanjang aktiviti Quad Bike:

1) Lokasi di antara laut dan Bukit Panorama.

2) Canyon dan perkampungan Badwi. Di sini kami jalan celah-celah Canyon.






3) Laguna (Kami singgah di lagoon di Laut Merah yang cantik, seberang sana betul-betul terletak Arab Saudi).
Lagoon
Di seberang sana yang berbukit bukau tu Arab Saudi



Sehabis sahaja aktiviti quad bike, kami explore dan jalan-jalan di sekitar pekan Dahab, dan juga bersantai, makan-makan dan minum-minum.




No comments:

Post a Comment