Tremco yang di naiki perlahan-lahan memasuki bandar Cairo. 3
jam perjalanan Alex-Cairo, dan selama 3 jam itu jugalah saya nyenyak
terbuai-buai akan penangan Tremco.
Lebih kurang pukul 10 malam kami tiba di Cairo International
Hostel, terletak betul-betul di pinggiran Tahrir Square.
Pada mulanya, rasa agak skeptical apabila kami mulai
memanjat tangga untuk tiba di tingkat 4 bangunan, di mana terletaknya Cairo
International Hostel. Namun benarlah, don’t judge the book by its cover kerana
hostel ini sangat bersih. Kami telah memilih bilik untuk 3 orang, dan walaupun
ruangannya agak terhad, namun persekitarannya bersih. Begitu juga dengan
tandas.
Kami tidak berapa kisah dengan ruang kerana besok pagi-pagi kami akan bertolak ke Sinai dan hanya akan bermalam di Cairo International Hostel untuk satu malam sahaja.
Harga bilik untuk 3 orang ialah 206 EP. Cairo International
Hostel juga sesuai untuk mereka yang gemarkan suasana kota dan aura membeli
belah di sekitar Tahrir.
Kami pula memilih Cairo International Hostel kerana rumah
anak negeri yang menjadi pilihan utama kesemuanya telah habis di tempah.
Lobi Cairo International Hostel |
Bilik walaupun sempit, namun bersih, adalah sedikit ruangan untuk solat di hadapan pintu. Saiz katil agak besar bagi seorang. |
Pintu utama menuju masuk ke Cairo International Hostel, gambar di waktu pagi. |
No comments:
Post a Comment