Breakfast
pertama di Cairo amat lazat. Ini Fatirah namanya (ya, bagaikan nama gadis cantik
Arab Mesir).
Ianya di
beli oleh Nazihah di salah sebuah kedai yang kebetulan di buka awal. Kebanyakan
peniaga-peniaga Mesir, kedai mereka di buka sangat lewat (SANGAT bagi sarapan
pagi). Fatirah ini di beli bungkus dan di bawa ke Rumah Perlis yang kami diami.
Ini Fatiraj berintikan daging. Sebenarnya Fatirah ada pelbagai jenis, ayam, tuna, malah
cokelat pun ada!
Rasanya
memang sedap, enak, lazat dan terbaik. Bila tengok gambar , memang rindu sangat
nak makan Fatirah lagi sekali. Uwaaaa nak nanges mengidamkan Fatirha!!! (Ok, ada
emosi nafsu-lapar, mengidam-bukan-mengandung dan rindu-makanan-arab,
bercampur-baur dalam satu)
Hari
pertama di Mesir kami akan berjalan-jalan di sekitar Cairo dahulu. Destinasi
pertama pastilah Piramid di Giza, salah satu daripada 7 Wonders of the World.
Sebenarnya,
untuk melancong ke Mesir ini, rata-ratanya akan mengupah mana-mana pelajar
Malaysia yang sedang belajar di Mesir yang membuat pekerjaan sampingan sebagai
tour guide di Mesir. Mereka sewakan kenderaan dan bawa kita pergi ke tempat-tempat
menarik di Mesir mengikut kehendak sendiri ataupun boleh juga ikuti cadangan
mereka. Jangan terkejut, ramai pelajar Malaysia cari rezeki di Mesir sambil belajar.
Ramai yang bekerja sebagai tour guide, ada juga yang bekerja di restoran, malah
yang buka restoran pun ada! Paling penting harus fasih berbahasa Arab dan faham
perangai Arab Mesir, maka mudahlah kehidupan di Mesir. Pelajar-pelajar lelaki
di Mesir ini lebih di kenali sebagai ustaz, dan pelajar wanita pula di kenali
sebagai ustazah.
Seronoknya
jika berjalan bersama-sama ustaz-ustaz pelajar Mesir ini, mereka memang pakar
dalam sejarah Mesir dan pasti akan di selitkan sekali dengan ayat-ayat Al Quran
dalam setiap penceritaan mereka. Bab ini memang kagum.
Terasa
amat kerdil sebab lebih banyak yang kita tahu, lagi kita sedar yang ilmu itu
amat luas, banyak lagi sebenarnya yang kita tidak tahu.
Untuk
trip kami, seorang ustaz Thailand telah di tempah awal-awal. Dialah ustaz yang
sama yang mengambil kami dari airport Cairo. Oh ya, untuk pastikan perjalanan
dari airport ke mana-mana tempat yang anda menginap selamat, jangan naik teksi
sebarangan. Banyak terjadi pelancong di rompak oleh pemandu teksi. Maka, untuk
keselamatan, booking mana-mana ustaz sebelum trip bermula terutamanya untuk
perjalanan dari airport sebab orang tahu anda berkemungkinan adalah pelancong.
Ini adalah antara tips penting melancong di Mesir untuk keselamatan anda.
Tidak
ramai yang benar-benar mampu memandu di Mesir. Jalanrayanya hampir tiada lampu
isyarat dan tiada undang-undang. Saya pasti undang-undangnya ada, tetapi
undang-undang jalanraya mereka tidak terlalu di gunapakai (atau tidak lansung?).
Gaya pemanduannya pula, Allah… Allah...
Allah. Mereka pakar selit menyelit. Jadi, memang agak kurang selamat kalau
tidak mahir. Lorongnya pula yang sepatutnya mungkin tiga, boleh bertambah
hingga ke enam lorong mengikut keadaan. Tali pinggang pula, ikut sukahati mahu
pakai atau tidak. Satu kereta boleh sesuka hati nak sumbat berapa orang pun
takpe.
Bukan setakat orang, berapa banyak barang nak sumbat pun tak jadi hal.
Bukan setakat orang, berapa banyak barang nak sumbat pun tak jadi hal.
Parking pun boleh sesuka hati. Dengan keadaan yang begini, entah bagaimana kereta di belakang mahu keluar? |
Paling
nostalgik, ada pelbagai jenis kenderaan dalam satu jalanraya yang sama. Kereta
kuda, keldai, baghal semua pun ada bergerak bersama-sama dengan kenderaan moden
di dalam satu jalan yang bukannya jalan kecil….aduhai.
Sebenarnya
memang gelak. Inilah uniknya mereka.
Walau
begitu, terselit rasa kagum kerana yang saya perasan, mereka ini memang sangat
confident bila memandu.
Ini hari
pertama kami benar-benar dapat lihat Kaherah. Saya lihat Kaherah sekarang, sama
macam Kaherah tahun 70-an yang saya lihat di TV. Mesir pernah maju dalam
tamadun mereka, sayangnya mereka ketinggalan pada tahun-tahun kebelakangan ini.
Kebanyakan bangunan-bangunan di Kaherah adalah empat segi dan bewarna cokelat. Debu katanya, baiklah bangunan juga berwarnakan debu.
Kadang-kadang, ia kelihatan seperti bangunan yang tidak siap, namun ada penghuni di dalamnya.
Kebanyakan bangunan-bangunan di Kaherah adalah empat segi dan bewarna cokelat. Debu katanya, baiklah bangunan juga berwarnakan debu.
Kadang-kadang, ia kelihatan seperti bangunan yang tidak siap, namun ada penghuni di dalamnya.
Perjalanan
ke Giza dari Rumah Perlis tidak jauh, hanya setengah jam.
Bayaran masuk ialah 80 EP (RM40.00) seorang.
Bayaran masuk ialah 80 EP (RM40.00) seorang.
Ada
beberapa tips yang harus di ketahui untuk masuk ke Piramid Giza dengan jayanya:
1) Beli tiket di kaunter pintu
masuk. Selepas melepasi pemeriksaan dan masuk ke dalam kawasan piramid, JANGAN
layan sekiranya ada beberapa orang yang akan cuba tahan dan minta tiket
daripada anda. Mereka cuba menipu dan
akan minta anda bayar semula harga tiket.
2) Di dalam kawasan piramid, JANGAN
layan sekiranya ada yang cuba beri barang percuma kepada anda. TIADA istilah
percuma hampir di semua tempat pelancongan di Mesir.
3) Sekiranya anda mahu naik unta, tanya
betul-betul harganya. JANGAN Tanya sekiranya anda tidak mahu naik lansung.
Setelah
berjaya buat derk berpandukan taktik-taktik di atas, akhirnya kami berjaya
menikmati piramid yang mengkagumkan ini.
Piramid
inilah yang setelah sekian lama membuatkan para saintis kebingungan akan
keajaibannya. Banyak teori yang di kemukakan akan teknologi yang
di gunakan dalam pembinaan piramid ini kerana berdasarkan teknologi pada zaman
itu, seakan mustahil batuan besar yang mencapai ribuan kilogram dapat di angkat
ke puncak bangunan yang tinggi.
Ada tiga piramid gergasi
di sini. Kami menyaksikan sendiri saiz dan jenis batuan yang menegakkan piramid-piramid
ini.
Piramid pertama. Diperbuat daripada bongkah-bongkah batu besar yang agak ajaib
diangkat oleh manusia bersaiz seperti kita.
Piramid kedua dan ketiga. Dibina daripada batu-batu
kecil. Binaannya tidak kukuh dan nampak runtuhan dan retakan.
Tidak cukup ilmu untuk saya ulaskan banyak mengenai
piramid ini. Namun berkunjung ke tempat ini, amat-amat membuka minda.
Kawasan sekitar piramid |
Tidak jauh daripada piramid-piramid ini, terletak kukuhnya patung Sphinx yang berfizikal wajah manusia dan berbadan singa yang juga menjadi igauan oleh ramai pengkaji dan pengemar tamadun Mesir Purba.
Ia di anggap sebagai antara patung yang
paling besar diperbuat daripada batu oleh manusia. Banyak pendapat dan
perdebatan tentang tarikh dan siapa yang membinanya.
Sekali lagi, seiring dengan kewujudannya, banyak yang perlu dan boleh di kaji.
Sekali lagi, seiring dengan kewujudannya, banyak yang perlu dan boleh di kaji.
Antara yang unik juga, Sphinx ini tiada hidung, dan pelbagai pendapat juga yang muncul tentang hidung Sphinx ini.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment