Hairan dengan diri sendiri, sesungguhnya saya merindui
kedua-dua buah negara ini.
Aneh. Sebelum menjejakkan kaki ke negara-negara ini,
saya lebih teruja untuk melihat yang lagi satu berbanding yang satu
lagi. Manakala apabila terfikirkan yang satu itu, hati agak resah untuk
menjejak, lebih-lebih lagi apabila membayangkan pelbagai cabaran yang harus di
tempuhi semasa disitu nanti.
Namun setelah mengalami pelbagai kenangan pahit
manis dengan kedua-duanya, serius saya tidak betah untuk memilih yang mana satu
yang lebih baik. Kedua-duanya mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta. Apabila ada
cinta, di situlah datangnya rindu.
Egypt dan Turkiye, atau rata-rata orang kita mengenalinya
sebagai Mesir dan Turki.
Turki negara unik. Petanya gabungan benua Eropah dan Asia. Sejarah
dan tamadunnya sangat istimewa, wujud sejak zaman purba. Bayang-bayang kegemilangan
Kristian juga masih jelas di buminya. Berkesinambungan sehingga ke empayar
Uthmaniyah. Dan kemudian era Mustafa Kamal Ataturk yang penuh kontroversi. Bentuk
muka buminya indah dan mengkagumkan. Penduduknya ramah dan suka membantu walau
ramai yang tidak tahu berbahasa Inggeris. Terbukti, memang sungguhlah benarnya, Turki memikat hati kami seawal jejak dan langkah
pertama kaki ini mencium tanahnya. Segala-gala yang di lihat, tidak cukup dengan hanya sekali pandang.
Mesir pula sangat sinonim dengan Nabi Musa dan Firaun.
Sebelum ini pun, ia menjadi tumpuan jutaan pelancong yang mahu melihat sendiri
piramid di Giza yang di ikhtiraf sebagai salah satu keajaiban dunia. Padang
pasirnya sangat halus, cantik, putih dan bersih. Tamadunnya, tidak terfikir dek akal biasa jika tiada bukti. Namun, tidak mudah untuk jatuh
cinta pada negara ini seawal pandang pertama. Pengalaman bak berada di pasar
malam semasa berada bersama hampir 98% rakyat Egypt di dalam kapal terbang
Saudi Airlines dari Jeddah ke Cairo (Kaherah), dan juga sifat tidak sabar-sabar
mereka untuk turun dari kapal terbang sebaik sahaja kapal terbang mendarat di
Cairo hinggakan pramugari-p ramugari cantik Saudi Airlines pun tidak mampu
mengawal mereka, semuanya petanda awal bahawa hati harus tegar semasa berada di
bumi ini. Namun di akhirnya, ada sesuatu yang memikat hati, seakan terpanggil untuk kembali. Apa sangat yang
membuatkan hati tertawan?
Pada yang ingin tahu, tunggu sehingga tamat travelog Mesir
dan Turki yang bakal saya kongsikan bab demi bab InsyaAllah.
Di akhirnya nanti, selain travelog perjalanan dan kisah,
saya juga akan berkongsi itinerari Mesir dan Turki. Paling istimewa juga itinerary ini sedaya upaya di gubah dan di
ubahsuai agar perjalanan di Mesir dan Turki seselesa mungkin dengan kos
seminima yang boleh.
Jika ada yang tidak sabar menanti, saya juga tidak
sabar-sabar mahu bercerita tentang keajaiban Mesir dan Turki.
Semoga Allah permudahkan saya menulis. Ameen.
TQ..RUJUKAN UNTUK SY UNTUK PERGI TIDAK LAMA LAGI...
ReplyDeleteWelcome...and all the best!!
DeleteTerima kasih sbb berkongsi.. mmg sgt2 membantu.. sedang merncang trip ke turkiye hujung thn ini..
ReplyDeletesama2...
DeleteSalam nak tanya kalo kita beli tiket saudiairlines transit di jeddah 2jam kena ambik visa transit ke?..tq
ReplyDelete