Commercial Break

Monday, April 28, 2014

Lawatan ke Lok Kawi Wildlife Park Zoo dan Muzium Sabah, Kota Kinabalu

Entri kali ini lagi memaparkan cerita tentang percutian menarik kami di Kota Kinabalu, Sabah. Sebenarnya, kalau nak diikutkan di Kota Kinabalu ini, ramai orang tak tahu adanya kewujudan dua tempat menarik ini iaitu: Lok Kawi Wild Life Park Zoo dan juga Muzum Sabah. 

Lok Kawi Wild Life Park Zoo ini baru sahaja di buka iaitu mulai tahun 2007, jadi tidak hairanlah ramai yang tidak tahu kewujudannya. Lokasinya terletak di antara Penampang-Papar.

Objektif utama zoo ini di buka ialah sebagai tarikan utama untuk keluarga dan terutamanya kanak-kanak. Jadi kalau keluarga yang ada kanak-kanak, peluang untuk melawat zoo ini jangan sesekali di lepaskan sekiranya anda sudah berada di Kota Kinabalu.

Mari kita lihat apa antara yang menarik di Zoo ini.

Pintu masuk zoo. Parking depan zoo je, senang sangat

Tram yang di sediakan sebagai kemudahan untuk mereka yang tak gemar berjalan atau yang saja2 nak duduk atas tram, di bawa mengelilingi zoo sambil menikmati angin sepoi2 bahasa.


Antara yang menarik ialah pertunujukan burung kakak tua dan orang utan yang sangat menghiburkan.




Irfan mengambil gambar bersama dengan burung yang lebih kurang sama saiz.

'Poney' yang sangat jinak. Diam je bila orang usap hidung dia.

Rania yang cuba memanjat untuk tengok gajah. Nasib baik sempat tahan kalau tak dah jadi kawan gajah.



Lok Kawi Wildlife Park is open for the public daily from 9.30a.m to 5.30p.m. - See more at: http://www.sabahtourism.com/destination/lok-kawi-wildlife-park#sthash.3eExJd5n.dpufLok Kawi dibuka setiap hari daripada pukul 9.30 pagi sehingga 5.30 petang. Bayaran masuk untuk  warganegara Malaysia dewasa ialah RM 10, dan bukan warganegara ialah RM 20. Manakala kanak-kanak boleh masuk dengan percuma.Lok Kawi Wild Life Park Zoo ini di buka setiap hari dari pukul 9.30 pagi sehingga 5.30 petang. Bayaran masuk (fee) untuk dewasa warganegara Malasyia ialah RM 10 dam bukan warganegara ialah RM 20. Kanak-kanak boleh masuk dengan percuma.
Dah puas berjalan di zoo, kami bertolak ke Muzium Sabah.

Dalam perjalanan ke Muzium Sabah yang terletak di Off Jalan Penampang, kenderaan kami melalui kawasan yang sangat cantik ini. Kagum sangat degan keindahannya. Di tengah-tengah laut ni tiba-tiba je ada macam tanah-tanah kecil.Cantik sangat. Memang tak pernah lihat panorama seperti ini seumur hidup ini.

Lok Kawi Wildlife Park is open for the public daily from 9.30a.m to 5.30p.m. - See more at: http://www.sabahtourism.com/destination/lok-kawi-wildlife-park#sthash.3eExJd5n.dpuf


Akhirnya selepas lebih kurang 45 minit menaiki kereta, kami sampai di Muzium Sabah.

Wah bila dah sampai sini, memang sangat tak sangka, Muzium Sabah ini bukan sekadar muzium yang biasa-biasa. Mulanya bila dengar perkataan Muzium tu rasa macam bosan je kan...rupa-rupanya kat Muzium Sabah ini banyak sangat benda-benda menarik yang menyebabkan saya telah menyenaraikannya menjadi antara tempat yang mesti di kunjungi di Sabah.

Muzium ini bukan sekadar muzium yang biasa-biasa, bagi saya muzium ini luar bisa. Ia terdiri daripada Muzium di bangunan utama (Sains dan Teknologi), Kampung Warisan, Botanical Garden dan Muzium Islam Sabah.

Rasanya kalau nak pergi sini, kena pergi dari pagi untuk habiskan melawat kesemua tempat yang ada dalam muzum ini. Kami tak sempat lawat semua kerana pergi bermula tengahari.



Ini jalan menuju masuk ke bangunan utama muzium. Dalam muzium ini dah tak boleh ambil gambar dah. Jadi kalau nak tengok sila kunjungi tempat ini. Yang pastinya memang banyak sangat benda menarik yang di pamerkan d sini.



Dah puas berjalan kat dalam muzium kami melawat bahagian luar pulak..menuju ke Kampung Warisan.
Siap ada tunjuk tanaman tradisional. Setiap jenis di tunjukkan khasiat yang terkandung di dalamnya. Dalam hati rasa macam wahhh rupanya banyak sangat khasiat yang kita tak pernah tahu dalam setiap tanaman tu.


Peta kawasan keseluruhan

Nak pergi ke Kampung Warsan kena lalu titi gantung ni, tapi ianya selamat..tak tinggi sangat. Sangat selamat walaupun bagi orang tua dan kanak-kanak.


Kekaguman bertambah-tambah setibanya di Kamung Warisan. Kat sini terdapat pelbagai rumah etnik Sabah yang di tunjukkan. Banyak sungguh suku kaum di Sabah ini, dan setiapnya menghuni bentuk rumah yang berbeza. 

Antara rumah yang terdapat di sini..





Kagum dengan tangga ini dan mereka yang menggunakannya seharian. Tinggi ni...




Muzium nyaris-nyaris nak tutup setelah kami selesai melawat Kampung Warisan yang sangat mengujakan.

Saya memang kagum sangat dengan muzium ini dan ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Sabah. Syabas!! (eceh).

Dan apa yang paling mengkagumkan (banyak betul perkataan kagum dalam entri kali ini) ialah bayaran masuk ketempat ini adalah seperti berikut:

1) Warganegara Malaysia : RM 2.00
2)Bukan warganegara : RM 15.00
3) Pelajar yang memakai uniform sekolah, OKU, senior citizen : percuma.

Murahkan?? Murah sangat!!

2 comments: