Commercial Break

Sunday, April 7, 2019

Tips Jimat Pengangkutan Awam di Jepun




Bercuti di Jepun, kami banyak menggunakan pass-pass untuk memudahkan perjalanan menaiki pengangkutan awam. Selain memudahkan perjalanan, penggunaan pass-pass ini juga sangat menjimatkan masa dan wang.

Bagi mereka yang baru pertama kali merancang bercuti di Jepun, confirm pening nak pilih pass yang bersesuaian dengan destinasi, jarak dan tempoh perjalanankan? Jadi kena faham betul-betul itinerary dan kegunaan setiap pass. Pasti boleh jimat banyak.

Berikut ialah pass-pass yang kami gunakan sepanjang di Jepun yang merangkumi perjalanan di Tokyo, Nikko & Kawaguchiko:


1) Tokyo Subway Ticket (Tokyo Metro & Toei Subway) 


Pass ini sangat menjimatkan untuk cover sekitar bandar Tokyo dengan menggunakan train line Metro dan Toei. Banyak attractions popular boleh di jelajahi dengan pass ini. Pass yang hanya di jual untuk pelancong sahaja ini istimewa kerana ianya boleh digunakan sebanyak mana yang di mahukan mengikut tempoh tertentu. Jadi, kalau sesat banyak-banyak kali pun takde hal sebab kita hanya guna pass yang sama setiap kali menukar  laluan train. Sangat bagus especially untuk first timer yang baru nak faham tentang train di Jepun kan?

Berapa harga pass ini?

Pass ini terdapat dalam 3 pakej. Bolehlah pilih nak beli yang mana mengikut hari dan tempat. Tak tau nak decide? Kena study route betul-betul dulu sebelum beli.

a)      800 yen untuk 24 jam (sehari)
b)      1,200 yen untuk 48 jam (2 hari)
c)      1,500 yen untuk 72 jam (3 hari)

(harga ni harga untuk dewasa, harga tiket untuk kanak-kanak 6-12 tahun ialah separuh harga).
    
-Penggunaan 24/48/72 jam ialah dikira daripada saat pertama kali kita menaiki train.

-Pass ini boleh di beli beberapa tempat seperti di airport, Tokyo Metro Pass Office dan Tourist Information Centre.



2)   PASMO CARD – 3,000 yen

Bagi laluan train yang TIDAK menggunakan Tokyo Subway Ticket seperti di atas, kami telah menggunakan Pasmo Card.

Saya telah membeli PASMO Card sebaik sahaja tiba di airport Haneda.

Kad ini adalah kad prabayar ala-ala Touch N Go iaitu baki akan di tolak daripada kad setiap kali di gunakan. Penggunaan PASMO Card ini  menjimatkan masa dan memudahkan perjalanan menaiki/menukar train kerana ia dapat mengelakkan kita membeli tiket di kaunter / mesin setiap kali ingin menggunakan train yang bukan Tokyo Metro / Toei Subway.  Yang menariknya, PASMO card ini juga boleh di gunakan untuk kegunaan lain seperti membayar tambang bas atau teksi, berbelanja di kedai,kiosk dan pelbagai lagi tempat yang di benarkan.

Dengan menggunakan PASMO Card ini, kita tak perlu risau jika tak cukup baki dalam kad semasa penggunaan, sebab kita boleh top-up baki dalam PASMO Card ini di kiosk di train station. Malah saya juga telah menebus semula baki yang lebih di Haneda Airport (baki + 500 yen deposit) tanpa dikenakan processing fee atau sebagainya.



3)    Pembelian tiket bas secara online

Ada beberapa tiket telah di tempah secara online sejak di Malaysia lagi:

1)      Bas dari Haneda Airport ke Nikko (ya, saya terus ke Nikko sebaik sahaja tiba di Haneda untuk mengelakkan terlalu banyak berpindah accomodations.)

2)      Return Bus to Kawaguchiko (perlu tempah awal kerana bas ke Fuji laris seperti goreng pisang panas) 



4)    Pembelian pass di kaunter di Jepun

Ada beberapa pass yang telah di beli di Japan Tourism Information di lokasi-lokasi Japan Tourist Information Counter tertentu.


a)      Chuzenji Onsen Free Pass – 2,000 yen

Di Nikko, saya telah memilih Chuzenji Onsen Free Pass. Dengan pass ini, saya boleh cover semua tourist attraction di sekitar area Nikko City Area sehingga ke Lake Chuzenji dengan menaiki bas yang melalui free route ini. Pass ini berkonsepkan hop on hop off. Segala maklumat jadual bas (station & waktu) terdapat di stesyen.

Sebenarnya di Nikko, banyak jenis pass yang disediakan, so up to us untuk decide pass yang bersesuaian dengan itinerary dan jumlah hari di Nikko. Jangan tersalah beli pass ya, sebab rugi jika beli pass tapi tak sempat cover tempat-tempat yang di lalui route untuk pass tersebut!


b)      Kawagoe Pass – 700 yen


Kawagoe Pass ini untuk kegunaan menaiki Tobu Tojo Line ke Kawagoe. Pass ini di beli di Tobu Tojo Line kaunter, Ikebukuro Station.




c)      Sightseeing Bus All Lines (Red Line, Green Line and Blue Line) with Mount Kachi-kachi Ropeway and Kawaguchiko “En Soleil” Sightseeing boat Ride - 2,300 yen.

Pass ini dibeli untuk cover attractions tertentu di sekitar Fuji dengan menaiki bas. Pas ini valid untuk 2 hari sahaja. Kami beli sekali dengan pakej Ropeway dan boat ride kerana harganya lebih murah berbanding jika beli berasingan. 



Namun personally saya rasa, Mount Kachi-kachi Ropeway and Kawaguchiko “En Soleil” Sightseeing boat Ride Pass ini agak over rated kerana ada lagi banyak spot menarik untuk lihat Fujisan. Tambahan pula, jika peak season, kita perlu beratur lama untuk enjoy both ropeway & boat ride.

Tambahan pula, masa untuk cover semua tempat dalam pass ini sangat suntuk. 




Salah satu contoh spot menarik dan wow untuk menyaksikan Fujisan yang indah  tetapi tidak di cover dalam pass ini ialah ke Chureito Pagoda dengan menaiki train. 



Anyway terpulang kepada itinerary dan bajet masing-masing kerana ada beberapa lagi jenis pass yang boleh dipilih mengikut kesesuaian. Jika berpeluang sekali lagi untuk ke Fuji, sudah tentu saya akan pilih pass lain. Saya tidak akan naik ropeway dan juga boat.


Pass-pass Fuji boleh dibeli di Tourist Information Centre Kawaguchiko berdekatan dengan stesen bas Kawaguchiko. 

Penerangan tentang setiap pass boleh di dapati dari petugas di kaunter.




5)    Tiket on the spot.

Ada juga tiket bas yang di beli on the spot. Keputusan di buat mengikut kesesuaian masa dan perjalanan pada waktu tersebut. Contohnya tiket bas limo dari Akihabara ke airport Haneda. Hanya tunggu bas pada masa tertentu, naik bas, dan tiket di bayar dalam perjalanan. Untuk yang stay di Akihabara atau tempat-tempat laluan airport limo, saya galakkan anda naik airport limo ini kerana ianya sangat convenience.






Ringkasannya, tips untuk menjimatkan percutian di Jepun:

1)Rancang awal perjalanan. 

2)Kenali tempat-tempat menarik yang berdekatan antara satu sama lain. 

3)Kenali route yang akan di lalui. Kenali jenis pengangkutan awam yang paling jimat dan terdekat untuk ke tempat tersebut.

4)Kenali jenis pass yang bersesuaian untuk menjimatkan kos perjalanan. Banyak info boleh di dapati daripada laman web rasmi pass-pass berkenaan. (Terdapat maklumat di dalam Bahasa Inggeris).

5)Jika masih tidak dapat decide mode pengangukutan atau pass yang bersesuaian, jangan risau kerana Jepun sangat tourist-friendly. Anda boleh sahaja buat keputusan selepas mengunjungi Tourist Information Counter yang banyak terdapat di Jepun.

Di harap entry ini dapat membantu semua yang sedang merancang perjalanan ke Jepun. 

Last but not least, (kerana ada lagi post menarik menanti anda selepas ini  :-)) ..di harap post ini banyak membantu anda yang sedang merancang percutian di Jepun. Ameen. Lots of love.

Other similar posts:

No comments:

Post a Comment