Dunedin merupakan bandar yang tertua di New Zealand dan ia mempunyai bilangan pelajar universiti yang paling ramai di universitinya, iaitu University of Otago.
Pada awal 1900 an, Dunedin merupakan pusat komersial New Zealand sebelum Auckland.
Ada beberapa attractions dan tempat yang menarik untuk dikunjungi di Dunedin selain Baldwin Street dan Larnach Castle yang telah saya ceritakan sebelum ini:
1)Dunedin Railway Station
Dibina sejak tahun 1906, ianya tetap gah sehingga kini dan mempunyai reka bentuk yang menarik.
Untuk yang mahu mencuba short scenic trail, boleh menaiki scenic train yang bertolak daripada Dunedin pada masa-masa yang tertentu.
2) First Church of Otago
4) Di sini saya shopping coklat Cadbury tak hengat. Kalau mahukan coklat Cadbury liited edition yang tiada di Malaysia, di sinilah tempatnya. Sedap sangat. Bagi penggemar souvenir, ada juga di jual souvenir Cadbury.Juga tiada di Malaysia.
5) Akhir sekali, bolehla berjalan-jalan atau shopping di sekitar bandar Dunedin. Namun, ianya tidak murah atau banyak pilihan seperti di Auckland dan Queenstown.
Salam ija boleh mintak share ittinerary dan bajet untuk NZ saya da baca habis entry nz tapi x jumpa.. email ke dahayunik@gmail.com. Tq
ReplyDelete