Bulu roma tegak berdiri. Seram sejuk. Namun ianya bukan disebabkan oleh angin sejuk Dunedin.
Tidak. Bukan kerana itu.
Maklumat yang di baca tempoh hari melalui google mengenai Larnach Castle yang konon-kononnya ada aura supernatural, hanya di percayai 50-50 sebelum ini. Namun, apabila tiba di sini, benda yang tidak ada pun terbayang di mata.
Agkibat terlalu percayakan akan apa yang di baca.
Fuhh kanan fuhhh kiri. Jauhkan..
Dan tiba-tiba seakan dititip semangat baru, sebaik sahaja kereta yang di naiki tiba di pintu masuk ke Larnach Castle dan berhenti untuk bayaran tiket, bayang keseraman yang muncul sebentar tadi hilang dan menjauh. Senyuman penjaga tiket amat meyakinkan dan menenangkan. Di tambah dengan hati mulai terpaut dengan keindahan sekeliling. Tidak haruslah takut. Sia-sia takut apabila berada di tempat indah sebegini.
Amat besar. Sehinggakan bayaran yang di kenakan untuk castle & gardens serta gardens sahaja adalah berlainan cajnya.
Larnach castle tersergam indah. Ia adalah satu-satunya istana di New Zealand. Tetapi cerita sejarah di sebalik gahnya Larnach Castle, ianya agak menyayat hati. Indah tetapi sunyi. Saya agak keberatan mahu bercerita mengenai sejarah Larnach di sini. Kalau sesiapa nak baca cerita lengkap, boleh klik disini Larnach History.
Istana yang di bina pada tahun 1871 ini pada asalnya adalah kepunyaan William Larnach, seorang ahli politik dan perniagaan yang terkemuka pada ketika itu.
Kini, semua itu hanya tinggal sejarah. Larnach Castle telah di beli dan kini di punyai oleh keluarga Baker. Mereka tidak tinggal di sini, sebaliknya menjadikan istana ni sebagai tempat pelancongan.
Di ruang hadapan di dalam castle ini telah dijadikan kedai souvenir.
Mari tinjau serba sedikit keadaan di dalam Larnach Castle.
Satu bilik di jadikan sebagai tempat pameran dan cerita lengkap tentang Larnach Castle.
Yang ini pula ballroom dan dining room. Tempat ini juga sering di sewa untuk sebarang majlis/function.
Ini pula antara bilik-bilik yag terdapat di Larnach Castle. Ada juga bilik dan kelengkapan untuk bayi.
Aduhai..jangan terkejut. Kalau takut tengok je sebelah mata.
Selepas itu, kami naik ke bahagian balkani atas. Perlu melalui tangga berbelok-belok yang sempit ini. Pintu keluar pun amat kecil.
Ini pintu kecil yang di lalui untuk keluar ke balkoni. |
Ini katanya adalah tempat tinggal orang gaji pada zaman dahulu.
Dan ini antara kawasan yang tidak di baik pulih.
Wishing Well. |
Dan lupa nak beritahu, jika mahu, anda boleh tinggal di sini. Maksud saya, ada bangunan kecil didalam kawasan castle ini yang di jadikan hostel/hotel. Ada berani? hehehe
Sempat saya mengambil gambar di luar dan salah satu bilik di Larnach Hotel ini.
Biliknya biasa-biasa, tetapi pemandangan di balkoni bilik, sangat superb. |
Akhir sekali, kami menerokai kecantikan garden di Larnach Castle.
No comments:
Post a Comment