Commercial Break

Tuesday, December 17, 2019

Itinerari dan Bajet di Doha, Qatar

Entri ini adalah sambungan Travelog Europe dan Balkans.

Jika belum baca entri sebelum ini, boleh jemput baca dulu entri tersebut. 


Baiklah, jom sambung cerita Itinerari Hari Pertama Travelog Europe dan Balkans , iaitu transit di Doha sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang pertama yang dirancang iaitu Sarajevo, Bosnia Herzegovina. 

Kami akan berada di Doha selama 19 jam. Waktu tempatan semasa kami tiba ialah 12 tengahari. Flight ke Sarajevo akan bertolak pada pukul 7.00 pagi keesokan harinya maka ada masa untuk kami explore Doha. Tak perlu gundah akan bagasi kerana bagasi akan terus tiba di Sarajevo. Maka kami sememangnya sudah bersedia dengan salinan pakaian dan barang keperluan untuk digunakan selama berada di Doha.

Selepas solat di airport,  kami segera membeli Karwa Bus Pass Unlimited Card for 24 Hours yang berharga 20 QR per person . Pass ini membolehkan kami menaiki bas sebanyak mana pun selama 24 hours.




Destinasi pertama ialah Museum of Islamic Arts.


Kami pilih muzium ini sebab ianya mendapat rating yang tinggi di Tripadvisor. Lebih-lebih lagi kat luar tu cuaca Ya Allah panasnye cecah 39'celcius.


L
agi-lagi pada mulanya kami sangkakan muzium ni percuma sekali tu bila dah sampai baru tahu bayaran masuk ialah QR 50 . 


Untuk yang sukakan muzium memang berbaloilah. Kami suka tapi berbanding Topkapi di Turki dan Muzium Egypt & Alexandra di Mesir….muzium-muzium tersebut sejarah dan ketemadunan yang dipamerkan lebih wow..lagi hebat.







Namun muzium ini pun boleh tahan juga..banyak barang hebat dipamerkan di sini.

Berikut antara barang-barang yang dipamerkan di sini:-







Selepas itu kami menghabiskan masa di sekitar muzium dan di Corniche. Berjalan kaki sahaja dari Muzium. Ikut signboard je, memandangkan tak guna internet di sini, ialah sebab nak lepak sini tak sampai satu hari kan..Tapi tak risau pun, semua tempat-tempat ni terletak berdekatan di antara satu sama lain je..

Corniche ni kawasan tepi pantai. Jika berminat nak naik traditional boat boleh try kat sini. Kitorang tak naik pun..










Selepas itu kami ke Souq Waqif. Sesiapa suka shopping, boleh membeli belah disini. Kami tak beli apa-apa sebab lepas ni nak travel banyak negara, jenuh nak mengangkut..so kami just jalan-jalan,lepak-lepak, makan-makan.

Tips bagi yang mahu tukar duit, sebenarnya lebih murah tukar di sini berbanding di airport. Berbaloi-baloi. 

Makanan pula, semuanya pastilah halal tapi agak mahal, sebab kawasan tumpuan pelancongkan..








Untuk yang mahu tahu sedikit gambaran di Doha, selain gambar- gambar di atas, saya sempat juga mengambil sedikit gambar video, tapi tak sempat capture banyak, sibuk berjalan..anyway aiskrim di kedai macam dalam video ni sangat sedap, siapa teringin boleh refer nama kedai dalam video



Keseluruhan bajet kami di Doha  adalah seperti berikut:

Karwa Card : QR 20 per pax
Muzium of Islamic Arts : QR 50 per pax
Fridge Magnet : QR 18 (all)
Aiskrim : 15 QR (all)
Capati Tuna & Meat Cheese : QR 10 (All)

Grand Total Per Pax : QR 91


Tips tambahan :

1) Sediakan pakaian  dan barang peribadi  yang secukupnya untuk tukar di airport.

2) Mungkin boleh pertimbangkan naik teksi sekiranya harga tambang teksi lebih kurang bas sahaja sebab attractions seperti yang kami jejaki di atas berdekatan antara satu sama lain. Kami hanya guna khidmat Karwa Bus sebanyak dua kali sahaja.

3) Survey keadaan cuaca dahulu, lagi best jalan-jalan Doha di musim sejuk. Kalau panas sediakan payung, topi dan sebagainya.

4) Untuk yang mahu tidur di airport, ada beberapa tempat yang sesuai untuk tidur antaranya ialah Quiet Room. Ada juga port menarik seperti bersebelahan perfume shop, berdekatan playground dan tv.

5) Boleh memilih menginap di hotel sekiranya masa transit lebih panjang dan mahu rehat yang lebih. Pilih hotel yang berdekatan Souq Waqif.

Selepas transit di Doha, kami akan meneruskan penerbangan dengan Qatar Airways untuk tiba ke destinasi sebenar, iaitu Sarajevo, Bosnia Herzegovina.

Tungguuu update seterusnya :-)

Monday, December 16, 2019

Master Pasto Spaghetti - Masak Sepantas 3 Minit

Masa-masa travel, saya gemar bawa instant food ke negara-negara yang sukar nak dapat makanan halal. 

Kali ini saya ingin berkongsi satu lagi pilihan yang para traveller sekalian boleh pertimbangkan bukan sahaja untuk di bawa bersama semasa travel, malahan boleh juga di masak pada bila-bila masa misalannya di rumah atau di pejabat. Kalau tiba-tiba rasa teringin nak makan pasta, dalam masa 3 minit sahaja pasta yang enak akan terhidang di depan mata!

Produk segera dan sedia di makan ini ialah keluaran Master Pasto. Istimewanya, instant pasta daripada Master Pasto ini ialah HALAL serta tidak mengandungi sebarang perasa tiruan dan pengawet. Sihat bukan?



Setakat ini Master Pasto sudah mengeluarkan 2 jenis packaging iaitu Economy Pack dan Convenience Pack. Namun hari ini saya ingin berkongsi mengenai Economy Pack.

Ada 3 pilihan untuk dicuba:

1. Spaghetti Bolognese with Chicken
2. Spaghetti Mushroom Cream Sauce
3. Spaghetti Oglio Olio with Chicken

Economy Pack
Convenience Pack


Ada dua kaedah penyediaan pasta segera ini iaitu:

1) Air panas mendidih
2) Microwave.

Anda boleh pilih mana-mana cara pun. Di dalam video di bawah ialah cara pemanasan dengan menggunakan air panas mendidih:





Mudah sahaja bukan?

Cara pemanasan pasta ini juga boleh di rujuk di belakang kotak pembungkusan.


Rasanya bukan setakat enak, malahan kuantitinya mengenyangkan. Berbaloi buat stok kat rumah, pejabat dan bawa sekali semasa travel!

Untuk dapatkan pasta sedap ini atau sebarang maklumat lanjut sila layari sesawang dibawah :



 

Sunday, December 1, 2019

Catatan perjalanan ke Europe dan Balkans





Nampak tak tajuk tu, catatan perjalanan. 

Dah lama saya tak berkongsi catatan perjalanan lengkap day by day. Masa tidak mengizinkan. Rasa-rasanya last entri panjang yang memaparkan day by day yang cukup lengkap ialah travelog selama 3 minggu di New Zealand dan 3 minggu di Mesir & Turki . Entri selepasnya ke Iran, South Korea, Japan dan lain-lain semuanya adalah summary itinerary dan details kos serta review-review penting.

Tiba-tiba kali ni rasa rajin pulak nak share jurnal harian ke Europe dan Balkans. Jadi  sesiapa yang sedang merancang untuk ke Europe dan Balkans tu dialu-alukan untuk follow story ini :-)

Sebenarnya saya tak pernah sampai ke Balkans. Europe pula, disebabkan semasa naik Bosporus cruise di Turki ada melalui Turki sebelah Eropah, maka kiranya dah pernah jejak Eropah lah kannnnnn.

Europe dan Balkans ini memang idaman.  Antara negara Europe dan Balkans yang sebelum ni dalam angan-angan ialah Austria (No 1), Bosnia dan Swiss (haaa Swiss ni kejap rasa nak pegi kejap rasa tak mahu... adalah sebabnya). Tapi sebenarnya lansung tiada dalam perancangan pun nak pergi tahun ini. Awalnya saya plan nak menikmati sisa-sisa winter di Australia pada Ogos, malah visa pun dah approve. Tiket pun dah beli sejak setahun. Namun atas sebab-sebab yang sangat tidak dapat di elakkan, saya tak dapat meneruskan trip tersebut. Benarlah kita hanya merancang, Tuhan yang Maha Mengetahui tu yang menentukan. Tiket Australia dah ada dalam genggaman tapi tak dapat jejak. Europe dan Balkans yang tak di rancang tu pulak tiba-tiba yang dapat. Kalau Allah dah kata itulah rezeki kita maka rezeki itu tak lari ke mana. So guys, don't ever stop dreaming ok?

Trip Europe Balkans ni hanya dirancang selama 2 bulan sebelum tarikh berlepas. 

Manakala saat berangan-angan setiap hari tengok harga tiket dan memantau keadaan rantau berkenaan ialah 3 bulan sebelum tarikh berlepas. Maksudnya lebih kurang sebulan juga la tiap-tiap hari tengok harga tiket.

Details awal perancangan percutian ke Balkans dan Europe adalah seperti berikut. Kalau anda mahu itinerary lengkap, jumlah lain-lain kos setiap hari dan keseluruhan bajet tunggu sampai habis kayyy. Nanti saya akan update ikut hari secara details, dan juga akhirnya saya akan paparkan bajet keseluruhan trip ini di akhir catatan Europe dan Balkans:


1) Tiket Kapal Terbang: 
MYR 2,531  returns ticket per pax melalui syarikat penerbangan Qatar Airways 
-ticket inclusive of 30 kg baggage allowance, meals etc.

2) Pax (berdua sahaja)

3) Jumlah Hari - 14 Hari

4) Negara yang terlibat : Doha, Qatar (Transit), Bosnia Herzegovina, Slovenia (lalu sahaja), Croatia, Austria dan Switzerland.

Fokus trip kami kali ini ialah berlama-lama dalam satu-satu negara, really rasa nak enjoy and hidu budaya sesuatu negara sedalam-dalamnya. Sampai ke hari ini masih terbau-bau wangian coffee Austria dan keenakkan Burek Bosnia, uwaaaaa rinduuuu!!! 

5) Accomodations : Nanti saya akan review setiap accomodations yang telah kami diami.

6)Simkad: Simcard Balkans & Europe (15 days)MYR 76 per pax.
Simkad ini saya order secara online sejak di Malaysia lagi.

7) Insurans : Etiqa Tripcare 360 Takaful. MYR 83 per pax. Online juga!



ITINERAY DAY 1

Penerbangan melalui Qatar Airways.

Ini adalah pengalaman pertama kali menaiki Qatar Airways. 

Sebenarnya, sejak sekian lama pernah bertahun-tahun yang lalu, saya survey flight ke Bosnia Herzegovina, tidak pernah ada penerbangan secara direct. Selalunya kalau nak ke Bosnia dari Kuala Lumpur, kena ambil flight ke Istanbul atau Tehran dan sebagainya. Lepas tu dari lapangan terbang berkenaan barulah ada penerbangan ke Sarajevo. Tiket keseluruhan pun mahal, lebih kurang MYR 3,500 dan ke atas. 

Bila Qatar Airways buka penerbangan ke Sarajevo (transit di Doha pastinya) maka tahap alert saya tiba-tiba menjadi tinggi daripada biasa. Nak dijadikan cerita tiba-tiba pula Qatar Airways buat promo. Maka tiap-tiap hari sis bukak web, monitor harga tiket hinggalah dapat harga yang paling murah iaitu MYR 2,531. Actually masa tu, ada juga penerbangan ke negara Europe yang lain lebih murah seperti return KL-Paris (MYR 1,800) tetapi diri ini belum lagi sampai seru nak ke Paris. Setelah meneliti peta Balkans-Europe dan aim negara-negara yang ingin di jejaki akhirnya saya memilih penerbangan melalui Qatar Airways seperti berikut:

KUL ke Sarajevo (PERGI)
Zurich ke KUL    (PULANG)


Penerbangan ke Bosnia Herzegovia:

KUL - Doha
Doha-Sarajevo(Layover di Doha : 19 Hours so kami sempat jalan-jalan di Doha semasa menunggu connecting flight ke Sarajevo. Bagasi terus ke Sarajevo tau, orangnya je yang transit Doha so memang kena sediakan baju salin dan barang-barang keperluan apa yang patut…. masukkan dalam beg sandang bawa bersama dalam flight. Nak details tunggukan itinerary Doha okaayyy)


Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur:

Zurich- Doha
Doha-Kuala Lumpur
(Layover di Doha selama 1 jam sehaja tapi sempat juga bersolat sebab tempat solat sangat dekat)


Total : MYR 2,531


Review Qatar Airways:

Check-in : 5/5
Boarding : 4/5
Kabin: 4.5/5
Meal on Board: 5/5
In-flight Entertainment: 5/5
Servis: 5/5
Pramugara & Pramugari : 5/5
Landing: 4.5/5

Keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan Qatar Airways dan jika ada rezeki mahu naik lagi dan lagi dan lagi.





















Entri seterusnya apa yang kami lakukan di Doha, tempat-tempat menarik di Doha serta kos-kos yang terlibat. Stay tune :-)

Thursday, November 14, 2019

Bajet lengkap bercuti di Bangkok

Bersambung lagi pengalaman bercuti, itinerari dan bajet di Bangkok.

Hari ke 3...which is the last day percutian kami di Bangkok kali ini.

Sesiapa yang belum baca itinerary lengkap hari pertama dan kedua, jemput baca dan boleh refer mana yang berkaitan.



Sebelum saya teruskan itinerary hari ketiga,  seperti yang di janjikan, saya ingin berkongsi tips-tips naik tuk tuk di Bangkok.

Tips:

1) Tuk tuk adalah last options sekiranya pada masa itu jalan sedang sesak teruk. Lebih bagus naik grab/teksi bermeter sekiranya harga semasa adalah lebih kurang tuk tuk. Kalau ada option naik train (mrt, bts), lagilah bagus. Ada lagi, boleh consider naik bot. Fungsi bot di Thailand ni sama je dengan bas.  Pastikan bot local dengan bendera berwarna oren kerana harganya murah dan berhenti di hampir setiap pier. Buat pengiraan dan bandingkan dengan jumlah pax serta masa. Keistimewaan tuk tuk semasa sesak ialah kerana tuk tuk boleh menyelit.

2) Jangan percaya kalau tuk tuk cakap dia bagi naik free. Nanti semua kedai tok nenek sedare mara jiran sahabat handai dia singgah. Perjalanan yang di sangka sekejap akan ambil masa sangat lama! Jangan mudah terpedaya.

3) Sebelum naik tuk tuk beritahu destinasi yang kita mahukan, confirmkan harga dahulu. Jangan baru sampai baru tanya. Tak puas hati dengan harga pergi je  cari tuk tuk lain. Melambak-lambak pilihan.

4) Kalau tuk tuk sejenis tak faham BI, tunjuk je nama tempat dalam Bahasa Thai atau maps tempat yang kita mahu pergi tu.

5) Masa kautim harga dengan tuk tuk, jangan buat muka lembut sangat. Buat muka garang sikit ala-ala gangsta siam haha. Tegaskan harga yang di mahukan. Untuk elak di tipu, beritahu tuk tuk " I only pay you XXX ok"

Itu tips tuk tuk. Harap dapat membantu anda di Bangkok :-)





Baiklah jom sambung cerita hari ketiga.

Pagi ni kami ke spa hotel untuk massage yang super awesome.

Sememangnya merata-rata pusat spa terdapat di Bangkok. Memang tak sah tak ke spa alang-alang dah berada di Bangkok. Murah dan murah. Signature siam kan.

Kami pilih ke spa hotel sahaja kerana:

1) Jimat kos pengangkutan memandangkan kami perlu check out sebelum pukul 12 tengahari dan terus ke airport untuk penerbangan ke Kuala Lumpur. Pagi di hotel kami breakfast makanan 7 eleven, kemas bagasi dan terus ke spa hotel. Sehabis rawatan spa kami terus check out.

2) Saja nak merasai khidmat spa hotel 4 bintang keh keh. Harga ok sangat dengan servis!

Dari hotel kami menaiki teksi bermeter ke airport.

Lunch di airport, kami ke restoran halal - The Villa Halal. Ada a few food served here, boleh jenguk-jenguk katalog di bawah untuk dapat gambaran jelas akan makanan yang terdapat di restoran ini.












By the way di airport pun boleh massage!



Perbelanjaan hari ketiga adalah seperti berikut:





SPA 1,200 THB (Harga ni bergantung kepada jenis massage dan masa)
Teksi bermeter ke airport 365 THB ( 121 THB per pax).
Coconut Milkshake 115 Bhat
Fried Fish Paste 90 Bhat




JUMLAH KOS BERCUTI DI BANGKOK 3 HARI 2 MALAM (PER PAX):


AirAsiaGo : Flight dan Hotel (4 Star) : MYR 635

Insurans : MYR 26
Simcard : MYR 26
Teksi ke Airport : MYR 197 THB ( MYR 27)
Tuk Tuk MBK to Hotel : 33 THB ( MYR 4)
Tour ke Maeklong Train Market & Damneon Saduak Floating Market:1,100 THB (MYR 150)
Sampan di Floating Market : 150 THB (MYR 20)
Teksi ke Platinum Fashion Mall : 46 THB (MYR 6)
Central World Ke Hotel (tuk tuk) : 50 THB (MYR 70)

SPA 1,200 THB (MYR 164)
Teksi ke Aiport : 121 THB (MYR 16)
Total F&B : 655 THB (MYR 89)


JUMLAH KESELURUHAN PERCUTIAN DI BANGKOK : MYR 1,233

(Jumlah ini tidak termasuk shopping)


Di harap perkongsian itinerary , bajet dan tips di Bangkok ini mampu membantu percutian anda  di Bangkok :-)