Assalamualaikum wbt.
Entri kali ini saya ingin berkongsi
tentang pengalaman, kos-kos terlibat serta itinerary percutian di Bangkok,
Thailand.
Laaa...kenapa tak berkongsi mengena
trip Europe dan Balkans dahulu?
Maybe ada yang bertanya begitu sebab ramai juga yang dm bertanya mengenai trip Europe-Balkans.
InsyaAllah, entri Europe dan Balkans akan menyusul selepas entri ini kerana trip di Europe dan Balkans amat panjang berbanding short trip di Bangkok ini, jadi saya dahulukan yang mudah dahulu.
|
Percutian kali ini adalah lebih kepada
percutian santai, shopping, relaks-relaks, SPA, stress-free, tak
terkejar-kejar, makan-makan ataupun lebih tepat lagi ianya adalah 'gegurls
trip' aka 'trip kengkawan'. Kami lebih banyak borak-borak daripada tengok
handphone atau update media social..gitew. Memang
release habislah. So kalau anda mencari percutian begini, anda sedang berada di
halaman yang tepat. Sambil-sambil tu, saya akan share tips berguna untuk mereka
yang mahu ke Bangkok. Lagi-lagi saya ada rahsia bagaimana nak duduk hotel yang
best dengan harga yang reasonable :-)
Nantikannnnn..
Untuk first entry, saya akan berkongsi mengenai perancangan percutian, hari penerbangan ke Bangkok dan hari pertama di Bangkok:
Jangkamasa: 3 hari 2 malam (short
trip de santai-santai) - Nampak tak kadar repeat adalah tinggi muhehehe
Jumlah pax: 3 persons
Bulan & Tahun : Oktober 2019
(walaupun Kuala Lumpur hujan lebat everyday, tapi Bangkok tidak pula)
ringkasannya, cuaca adalah baik sepanjang di Bangkok.
Airlines : AirAsia melalui AirAsiaGo
Accomodation: Mandarin Hotel Managed
by Centrepoint (four stars hotel)
HARGA untuk Tiket Flight dan Hotel: MYR
635 PER PAX
Kami menempah tiket penerbangan dan hotel 4 bintang ini melalui AirAsiaGo, which is cheaper berbanding jika membuat tempahan berasingan.
Bayangkan, tarikh dan hari yang kami pilih adalah jatuh pada cuti umum, malah weekend pula tu.
Hotel pula, bukan setakat 4 stars,
malahan hotel ini mempunyai review yang bagus dan terletak di kawasan yang
sangat strategik. Hotel ini ada juga menyediakan shuttle percuma ke attractions tertentu. Servis SPA pula bukan calang-calang.
Kalau booking separately memang taklaa nak dapat harga begini.
Cuma kalau anda mahu lebih murah, tipsnye sila tempah tiket ke Bangkok pada hari biasa dan hotel biasa-biasa. Pasti dapat harga yang lebih murah daripada ini. Cubalah!
Insurans : Etiqa Tripcare 360
HARGA: MYR 26.00
Pada mulanya saya rasa macam tak mahu
ambik insurans sebab trip ni kejap sangat tapi bila pikir-pikir balik malas nak
tanggung risiko maka taraaa ini ialah insurans yang saya pilih untuk trip ini.
Simcard: Thailand Truemove Travel
Prepaid Sim Card
HARGA : (RM 20 + RM6 postage) = RM
26.00
Simcard ni saya order semenjak di Malaysia lagi, sebab malas nak pening-pening pilih simcard di airport Thailand. Dah namanya trip santai, haruslah santai sepenuhnya.
Waktu Bangkok: Tepat-tepat awal 1
jam daripada Malaysia.
Itineray Bangkok
Hari Pertama:
Saya tiba awal 2 jam sebelum penerbangan dijangka berlepas pada pukul 11am. Saya dah check-in awal sehari, dan sudah siap-siap ada boarding pass. Jadi tak perlu document check. Lebih-lebih lagi tiada check-in luggage, maka saya hanya terus melalui security check.
Sila tiba lebih awal seperti yang dimaklumkan jika
belum check-in atau mahu check-in luggage.
Penerbangan ke Bangkok DMK (Don Mueng Airport) memakan masa selama 2 jam 15 min sahaja.
Kami tiba di airport DMK awal 10 minit
daripada jangkaan.
Jika rasa-rasa lapar setibanya di
airport Bangkok, jangan risau. Makanan halal dalam
airport? Senang je. Selain dalam 7 Eleven, ada juga restoran halal di dalam
terminal. Betul-betul di arrival.
Transport ke hotel:
If ada yang plan nak naik bas ke accommodation, keluar je airport memang sentiasa ada bas. Cuma kena tahu nombor berapa dan nak hala tuju.
Kalau train? Haaa yang tak berapa bestnya kalau nak naik train ke city dari DMK, jalan ke train station agak jauh. Lagipun train adalah local train, train laju sedang dalam pembinaan. Jadi options yang paling bagus ialah bas, grab atau teksi.
Both grab and taxi, sama gak macam bas, keluar je
airport memang berlambak.
Kami pilih menaiki teksi
bermeter ke hotel. Alang-alang dah bertiga, kos teksi boleh di kongsi. Pastikan
teksi guna meter tau!
Jika mahu naik train, hotel ini berdekatan dengan stesyen Metro Samyan (400 metre.)
Setibanya di hotel kami check-in dahulu.
Jika mahu naik train, hotel ini berdekatan dengan stesyen Metro Samyan (400 metre.)
Setibanya di hotel kami check-in dahulu.
Pada mulanya kami booking bilik twin
sharing. Rakan yang ketiga kemudian buat keputusan nak join, kami just minta
hotel upgrade bilik yang sama ke triple sharing, jadi harga top-up hotel tidak
jadi terlalu mahal.
Jadi pihak hotel hanya tambah ekstra
katil di penjuru bilik.
Toilet pun best. Terlupa pula mahu
ambil gambar toilet, aiseh.
Katil tambahan penjuru bilik haha |
Hari pertama kami ke MBK, antara shopping kompleks yang popular di Bangkok.
MBK terletak hanya 800 meter dari hotel. Kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke MBK. Maklumlah, first day, excited nak tengok tempat orang. Cuaca pulak cantik sangat. Tak panas lansung.
Harap maklum, MBK berdekatan dengan stesyen BTS National Stadium.
MBK juga berdekatan dengan Siam Paragon, Siam Discovery dan Central World.
Setibanya di MBK, kami lunch di restoran halal, Yana Restaurant yang terletak di tingkat 5.
Walaupun harganya agak pricey sedikit, tapi makanannya sedap plus dapatla makan selesa dalam aircond dan suasana yang bagus.
Selepas makan kami mula bershopping.
Ada pelbagai barangan terdapat disini.
MBK sangat besar. Untuk rujukan, ini tips bershopping di MBK:
1) Tingkat 2&3 MBK-International & Local Fashions
2) Tingkat 5 - Food Area & Cheaper shops
3) Tingkat 6 - Foodcourt & Craft Village Zone, a street market style with cheap clothing
4) Surau terletak di Tingkat 5
5) Kalau agak-agak banyak nak shopping, standby beg sandang atau beg beroda.
6) Spa / Massage banyak yang murah-murah, boleh survey dahulu.
Leka bershopping sampai tak sedar kedai-kedai di sini banyak yang mulai tutup.
tapi sebab tadi dah shopping beria, terus terbayang katil empuk di hotel.
Maka tamatlah hari pertama.
By the way, selain daripada perbelanjaan di atas, ini perbelanjaan lain yang berkaitan:
Teksi bermeter ke airport:
Total : 590 THB
Per pax : 197 THB
Makan di Yana Restaurant:
Total: 1076 THB
Per Pax: 358 THB
TukTuk dari MBK ke Hotel:
Total: 100 THB
Per Pax: 33 THB
Untuk itinerary hari kedua, nantikan sambungan seterusnya ya..if nak tanya apa-apa boleh tinggalkan komen or dm me di instagram @khate.ija
terima kasih banyak-banyak :-)
hi dear, nak tanya kalau dari airport naik grab boleh ke? thanks for sharing info mcm ni mmg sgt berguna (thumbs up for you) dont stop sharing ya ...
ReplyDeleteHi, thanks dear :-)
DeleteYer, boleh naik grab and ramai yang naik grab :-)
hai..boleh tau,awak book hotel ape ya?
ReplyDeleteHi, kat atas tu ada detailsnye hehe
Deletesalam sis...grab apps yg sama dkat malaysia ke sis pakai time dkt bangkok?
ReplyDeletethank sbb kongsikan pengalaman sis ke bangkok ...sy boleh jdikan pengkongsian travel sis ni untuk turn sy pula kesana nnt..
ReplyDeletewah bestnya baca pengalaman jalan2 europe...teringinnya nak jalan jugak lepas2 covid ni...
ReplyDeleteHai nak tanya. Kat sana ada ke lot kedai jual kerongsang? Cantik tak?
ReplyDelete