Masa-masa travel, saya gemar bawa instant food ke negara-negara yang sukar nak dapat makanan halal.
Kali ini saya ingin berkongsi satu lagi pilihan yang para traveller sekalian boleh pertimbangkan bukan sahaja untuk di bawa bersama semasa travel, malahan boleh juga di masak pada bila-bila masa misalannya di rumah atau di pejabat. Kalau tiba-tiba rasa teringin nak makan pasta, dalam masa 3 minit sahaja pasta yang enak akan terhidang di depan mata!
Produk segera dan sedia di makan ini ialah keluaran Master Pasto. Istimewanya, instant pasta daripada Master Pasto ini ialah HALAL serta tidak mengandungi sebarang perasa tiruan dan pengawet. Sihat bukan?
Setakat ini Master Pasto sudah mengeluarkan 2 jenis packaging iaitu Economy Pack dan Convenience Pack. Namun hari ini saya ingin berkongsi mengenai Economy Pack.
Ada 3 pilihan untuk dicuba:
1. Spaghetti Bolognese with Chicken
2. Spaghetti Mushroom Cream Sauce
3. Spaghetti Oglio Olio with Chicken
Economy Pack
|
Convenience Pack |
Ada dua kaedah penyediaan pasta segera ini iaitu:
1) Air panas mendidih
2) Microwave.
Anda boleh pilih mana-mana cara pun. Di dalam video di bawah ialah cara pemanasan dengan menggunakan air panas mendidih:
Rasanya bukan setakat enak, malahan kuantitinya mengenyangkan. Berbaloi buat stok kat rumah, pejabat dan bawa sekali semasa travel!
Untuk dapatkan pasta sedap ini atau sebarang maklumat lanjut sila layari sesawang dibawah :
Webstore: https://www.masterpasto.com
Instagram: https://www.instagram.com/masterpasto/
makanan2 macam nila penyelamat masa jalan2.
ReplyDeletex penah cuba product ni. nanti boleh try ni pula..
nampak ngancam =D
hehehhe thank u sis atas komennya.
Deletesis cuba dulu, ada perasa yg mungkin sis suka and maybe ada yg tidak...