Nampak tak tajuk tu, catatan perjalanan.
Dah lama saya tak berkongsi catatan perjalanan lengkap day by day. Masa tidak mengizinkan. Rasa-rasanya last entri panjang yang memaparkan day by day yang cukup lengkap ialah travelog selama 3 minggu di New Zealand dan 3 minggu di Mesir & Turki . Entri selepasnya ke Iran, South Korea, Japan dan lain-lain semuanya adalah summary itinerary dan details kos serta review-review penting.
Tiba-tiba kali ni rasa rajin pulak nak share jurnal harian ke Europe dan Balkans. Jadi sesiapa yang sedang merancang untuk ke Europe dan Balkans tu dialu-alukan untuk follow story ini :-)
Sebenarnya saya tak pernah sampai ke Balkans. Europe pula, disebabkan semasa naik Bosporus cruise di Turki ada melalui Turki sebelah Eropah, maka kiranya dah pernah jejak Eropah lah kannnnnn.
Europe dan Balkans ini memang idaman. Antara negara Europe dan Balkans yang sebelum ni dalam angan-angan ialah Austria (No 1), Bosnia dan Swiss (haaa Swiss ni kejap rasa nak pegi kejap rasa tak mahu... adalah sebabnya). Tapi sebenarnya lansung tiada dalam perancangan pun nak pergi tahun ini. Awalnya saya plan nak menikmati sisa-sisa winter di Australia pada Ogos, malah visa pun dah approve. Tiket pun dah beli sejak setahun. Namun atas sebab-sebab yang sangat tidak dapat di elakkan, saya tak dapat meneruskan trip tersebut. Benarlah kita hanya merancang, Tuhan yang Maha Mengetahui tu yang menentukan. Tiket Australia dah ada dalam genggaman tapi tak dapat jejak. Europe dan Balkans yang tak di rancang tu pulak tiba-tiba yang dapat. Kalau Allah dah kata itulah rezeki kita maka rezeki itu tak lari ke mana. So guys, don't ever stop dreaming ok?
Trip Europe Balkans ni hanya dirancang selama 2 bulan sebelum tarikh berlepas.
Manakala saat berangan-angan setiap hari tengok harga tiket dan memantau keadaan rantau berkenaan ialah 3 bulan sebelum tarikh berlepas. Maksudnya lebih kurang sebulan juga la tiap-tiap hari tengok harga tiket.
Details awal perancangan percutian ke Balkans dan Europe adalah seperti berikut. Kalau anda mahu itinerary lengkap, jumlah lain-lain kos setiap hari dan keseluruhan bajet tunggu sampai habis kayyy. Nanti saya akan update ikut hari secara details, dan juga akhirnya saya akan paparkan bajet keseluruhan trip ini di akhir catatan Europe dan Balkans:
1) Tiket Kapal Terbang:
MYR 2,531 returns ticket per pax melalui syarikat penerbangan Qatar Airways
-ticket inclusive of 30 kg baggage allowance, meals etc.
2) Pax (berdua sahaja)
3) Jumlah Hari - 14 Hari
4) Negara yang terlibat : Doha, Qatar (Transit), Bosnia Herzegovina, Slovenia (lalu sahaja), Croatia, Austria dan Switzerland.
Fokus trip kami kali ini ialah berlama-lama dalam satu-satu negara, really rasa nak enjoy and hidu budaya sesuatu negara sedalam-dalamnya. Sampai ke hari ini masih terbau-bau wangian coffee Austria dan keenakkan Burek Bosnia, uwaaaaa rinduuuu!!!
5) Accomodations : Nanti saya akan review setiap accomodations yang telah kami diami.
6)Simkad: Simcard Balkans & Europe (15 days) - MYR 76 per pax.
Simkad ini saya order secara online sejak di Malaysia lagi.
7) Insurans : Etiqa Tripcare 360 Takaful. MYR 83 per pax. Online juga!
ITINERAY DAY 1
Penerbangan melalui Qatar Airways.
Ini adalah pengalaman pertama kali menaiki Qatar Airways.
Sebenarnya, sejak sekian lama pernah bertahun-tahun yang lalu, saya survey flight ke Bosnia Herzegovina, tidak pernah ada penerbangan secara direct. Selalunya kalau nak ke Bosnia dari Kuala Lumpur, kena ambil flight ke Istanbul atau Tehran dan sebagainya. Lepas tu dari lapangan terbang berkenaan barulah ada penerbangan ke Sarajevo. Tiket keseluruhan pun mahal, lebih kurang MYR 3,500 dan ke atas.
Bila Qatar Airways buka penerbangan ke Sarajevo (transit di Doha pastinya) maka tahap alert saya tiba-tiba menjadi tinggi daripada biasa. Nak dijadikan cerita tiba-tiba pula Qatar Airways buat promo. Maka tiap-tiap hari sis bukak web, monitor harga tiket hinggalah dapat harga yang paling murah iaitu MYR 2,531. Actually masa tu, ada juga penerbangan ke negara Europe yang lain lebih murah seperti return KL-Paris (MYR 1,800) tetapi diri ini belum lagi sampai seru nak ke Paris. Setelah meneliti peta Balkans-Europe dan aim negara-negara yang ingin di jejaki akhirnya saya memilih penerbangan melalui Qatar Airways seperti berikut:
KUL ke Sarajevo (PERGI)
Zurich ke KUL (PULANG)
Penerbangan ke Bosnia Herzegovia:
KUL - Doha
Doha-Sarajevo(Layover di Doha : 19 Hours so kami sempat jalan-jalan di Doha semasa menunggu connecting flight ke Sarajevo. Bagasi terus ke Sarajevo tau, orangnya je yang transit Doha so memang kena sediakan baju salin dan barang-barang keperluan apa yang patut…. masukkan dalam beg sandang bawa bersama dalam flight. Nak details tunggukan itinerary Doha okaayyy)
Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur:
Zurich- Doha
Doha-Kuala Lumpur
(Layover di Doha selama 1 jam sehaja tapi sempat juga bersolat sebab tempat solat sangat dekat)
Total : MYR 2,531
Review Qatar Airways:
Check-in : 5/5
Boarding : 4/5
Kabin: 4.5/5
Meal on Board: 5/5
In-flight Entertainment: 5/5
Servis: 5/5
Pramugara & Pramugari : 5/5
Landing: 4.5/5
Keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan Qatar Airways dan jika ada rezeki mahu naik lagi dan lagi dan lagi.
Entri seterusnya apa yang kami lakukan di Doha, tempat-tempat menarik di Doha serta kos-kos yang terlibat. Stay tune :-)
Good information
ReplyDeleteThank you :-)
DeleteNice one..good reference dan sangat membantu sbb mostly kalau ikut traveling companies diaorg pergi byk negara tapi byk lalu je..and for the first time saya terbaca someone yg amik flight ke Sarajevo..saya plan sblm ni turun ikut Budapest or Slovenia..maybe boleh reconsider juga route ni :)Tq
ReplyDeleteTerima kasih, harap dapat banyak membantu :)
Deleteseronok bacaa ! walaupun tatau bila nak kesana hehe..
ReplyDeleteThank you atas komen sis :).
DeleteInsyaAllah moga di murahkan rezeki
assalammualaikum.
ReplyDeletepenerangan dan penjelasan pihak tuan/ puan amat baik.
saya nak tahu anggaran belanja sederhana selesa agaknya berapa? termasuk tambang dan tinie minie.