Commercial Break

Wednesday, January 13, 2016

Pengalaman dan tips melalui Historical Tunnel dan Heritage Tram, Istanbul


Sungguh nostalgik perasaannya melalui Historical Tunnel bawah tanah dari Tunnel ke Besiktas. Historical Tunnel ini merupakan terowong bawah tanah pertama di Turki dan yang kedua tertua di dunia selepas tunnel di London. Ianya di bina semasa zaman kegemilangan Islam Uthmaniyah pada tahun 1875. Hebat bukan? 

Aura hebat menjangkit pada diri apabila dapat berdiri berdekatan dengan pemandu dan melihat sendiri tunnel 'purba' yang masih kukuh berfungsi dan megah menerima tamu tanpa berhenti setiap hari. Nasib baik tak luahkan rasa over hebat ini dengan meminta untuk ganti jadi pemandu daripada pakcik Turki yang baik hati!

Sungguh, Turki adalah negara hebat!





Dari Besiktas keluar train, jalan kaki untuk menaiki Heritage Tram (Istanbul Nostalgic Tramways). Sekali lagi, perasaan nostalgik menguasai diri.

Benar-benar terasa seperti berada pada zaman dahulu kala, apabila menaiki tram yang bergerak lambat-lambat melalui celah-celah antara kedai dan orang ramai.

Untuk anda yang mahu merasai pengalaman menaiki Heritage Tram, anda boleh cuba di:

1) Sebelah Eropah - Taksim Tunnel Nostalgia Tramway aka T2 Line
   - Beroperasi daripada pukul 7 pagi - 8 malam.
   - Frekuensi - 10 - 20 minit
   - Tambang - 1.75 TL

2) Sebelah Asia - Kadikoy-Moda Nostalgia Tramway aka T3 Line
    -Beroperasi daripada pukul 7 pagi - 9 malam
    -Frekuensi - 10 minit
    -Tambang - 1.75 TL

Di antara kedua-dua ini, hanya T2 Line sahaja yang datang bersama pengalaman merasai Historical Tunnel.


Heritage Tram

Di dalam Heritage Tram


Setibanya di Taksim kami melalui Istiklal, shopping area yang amat popular di Taksim.





Selesai ronda-ronda, lepak-lepak di Taksim Square, cuci-cuci mata di Istiklal dan lunch di Taksim, kami naik train dari Taksim ke Karakoy.




Turun jalan kaki ke seberang melalui Galata yang akhirnya tiba di Eminonu Bridge. Tanpa menaiki tram untuk balik ke Eminonu, kami memutuskan untuk berjalan melalui Eminonu Bridge. Ada banyak restoran-restoran mewah di tingkat bawah jambatan ini.



Di sini terdapat banyak restoran Balik Ekmek dan seafood yang membangkit selera.

Bau ikan segar dan ikan masak bercampur-campur di atas bridge.

Tanpa singgah untuk makan kerana telah pun menjamu selera di Taksim sebentar tadi, kami meneruskan perjalanan untuk memburu tiket Bosphorus Cruise paling murah di Istanbul.

No comments:

Post a Comment