Kami menaiki bas dengan bayaran 2.25 EP seorang
daripada Alexandria National Musium ke Stesen Keretapi Alexandria. Pertama kali
menaiki bas di Egypt. Egypt mempunyai pengangkutan yang effisien yang terhenti
pada zaman 70-an. Maksud saya, sekiranya mereka bertambah maju dengan graf yang
menaik daripada tahun 70-an sehingga sekarang, pastinya mereka sangat hebat
dari segi pengangkutan, bisa menyamai Jepun barangkali.
Stesen Keretapi Alex besarnya boleh tahan.
Tips penting apabla berada di bangunan-bangunan kerajaan di
Mesir- Sesiapa pun tidak di benarkan mengambil gambar di dalam sebarang bangunan-bangunan
kerajaan seperti balai polis atau sebagainya termasuklah stesen keretapi. Jika
dilihat oleh pegawai yang menjaga, maka gambar akan di suruh delete. Entah
bagaimana saya terselamat ambil gambar dan masa tu saya tak tahu pun stesen
keretapi ialah kawasan larangan bergambar.
Kami bercadang untuk membeli tiket untuk ke Cairo semula
pada keesokkan harinya, tapi barangkali tiada rezeki merasa pengalaman naik
keretapi di Mesir, tiket semua sudah habis dijual.
Terpaksa kami naik Tremco besok, sepertimana perjalanan dari
Cairo-Alexandria yang lalu.
Namun, dapat juga kami merasai menaiki Keretapi Jarak Dekat
atau pun lebih di kenali sebagai Train Ayam di Alexandria untuk ke Mandarah.
Ianya di panggil Train Ayam kerana dalam Train yang sangat
sempoi dan bergerak terhenjut-henjut seperti berada di atas kereta lembu
lagaknya, apa-apa sahaja boleh di bawa termasuk ayam hidup! Peniaga-peniaga
jalanan juga bebas berleluasa menjual barangan di dalam keretapi. Cool sangat,
hahaha.
Tambahan pula dengan hanya bayaran 1 EP seorang, pengalaman
merasai seperti kehidupan rakyat marhein Mesir sangat berbaloi.
Setibanya di Mandarah lebih kurang 40 minit kemudian,
perjalanan kami tidak terhenti setakat itu sahaja.
Kami menaiki Tut Tut daripada Mandarah untuk ke Universiti
Al Azhar di Alexandria. Tut Tut ialah sejenis kenderaan seperti beca tetapi
mempunyai kelajuan seperti motor yang di pandu oleh jejaka-jejaka Alex yang
kelajuannya akan membuatkan penumpang-penumpang berasa seperti mahu terbang.
Maksima penumpang Tuttut boleh muat 3 orang dan tambangnya hanyalah 1 EP
seorang. (Anda perlu membayar 3 EP untuk menaiki satu TutTut.)
Akhirnya setelah selesai perjalanan pertama kali di dalam
Tut Tut yang penuh debaran, kami berjaya tiba di Unversiti Al Azhar Cawangan
Alexandria.
Tak boleh masuk pun kerana hari itu ialah hari cuti, tetapi
dapat jugalah kami mengintai-ngintai dari luar, menatap untuk pertama kalinya.
Dan akhir sekali, kami menaiki Tut Tut semula untuk ke
apartment Nazihah di AsSofiroh. Membuang lemak mendaki tangga ke tingkat tujuh
di mana rumahnya terletak (tiada lif), sebelum di jamu dan membina lemak semula
dengan mee bandung hasil air tangan ikhlas kawan serumahnya yang manis.
Sesungguhnya hari ini rekod yang di pegang oleh saya telah
di pecahkan dengan pengalaman menaiki 6 jenis kenderaan dalam masa hanya satu
hari.
Nota: Untuk yang berminat merasai pengalaman menaiki keretapi Cairo-Alex, (atau vice versa) dinasihatkan dapatkan tiket sebelum hari perjalanan untuk mengelakkan kehabisan tiket.