Commercial Break

Thursday, April 9, 2015

Tips melancong dan shopping di New Zealand

Kaki melangkah masuk ke kedai. Serta-merta kehadiran di sambut dengan senyuman paling manis dengan di iringi kata-kata, 

“Good Morning, how are you?” 

“Can I help you?”

Saya menggelengkan kepala sambil tersenyum, 

“It’s ok. Can I look around first?”

Pelayan kedai menjawab dengan mesra,

“Of course, just call me if you need any assistance,"

Dan selepas itu saya dapat membeli-belah dengan tenang, kadang-kadang memanggil dan bertanya pelayan kedai untuk sebarang kemusykilan. Mereka tidak pernah jemu membantu.

Dan, walaupun mana-mana sahaja jika ada pelanggan keluar dengan tangan kosong tanpa membeli, mereka tetap senyum dan berkata, “Ok, have a nice day, see you again”

Budaya peramah dan lembut dalam melayan pelanggan ini nampaknya bukan sahaja di pamerkan oleh golongan Kiwi, malah turut mempengaruhi bangsa-bangsa lain yang berniaga di sini.

Manalah hati tidak tertarik dengan keagungan budi bahasa.

Shopping dan membeli-belah di New Zealand amat mudah, ada beberapa tips yang mungkin mampu membantu anda di New Zealand:

1) Sebelum membeli makanan, pastikan ada tanda halal untuk setiap makanan yang anda ragu status halalnya. Jabatan yang memantau halal di New Zealand ialah FIANZ - The Federation of the Islamic Association of New Zealand.

2)Anda mesti cuba  aiskrim, susu, brownies dan cookies kerana rasa susu di sini sangat segar dan sedap. Pastikan ianya halal.  Cuba aiskrim yang halal dan sedap di New Zealand, seperti jenama Kiwiyo. Cookies pula ialah Cookies Time.

3)Beli coklat Whittakers dan Cadbury di New Zealand. Coklat jenis ini yang di jual di sana kebanyakannya ialah limited edition, iaitu tidak pernah di bawa masuk ke Malaysia. Semuanya sedap-sedap dan marvelous rasanya.

4)Dapatkan honey/madu di New Zealand. Sebenarnya, mereka mengeluarkan bermacam-macam variasi honey untuk pelbagai khasiat, bukan hanya Manuka sahaja. Honey/Madu yang dijual ini memang tak akan kita jumpa di Malaysia, contohnya Rewarewa Honey.

Perhatikan promosi berbaloi yang mereka tawarkan. Di Auckland saya telah memborong beberapa honey di Comvita yang berdekatan Harbour kerana pada masa itu mereka telah membuat promosi dan honey di jual dengan harga yang sangat berpatutan.




5)Barang-barang kecantikan yang di perbuat daripada bahan semulajadi dan natural seperti sabun, losyen, dan lain amat mudah di dapati di New Zealand. 

6)Souvernirs yang paling murah ialah di DF Souvenirs di Queenstown atau di beberapa kedai di Downtown Mall di Auckland.


7)Makanan halal usah di New Zealand. Namun ada juga beberapa tempat yang menjual makanan halal, contohnya seperti di Pak and Save.

8) Untuk yang suka bershopping ala-ala La Valle di Paris, anda boleh berkunjung ke Dress-Smart. Cerita mengenai Dress-Smart ada saya kongsikankan di entri yang lalu. Sila klik di sini. DRESS SMART

Selain daripada tips shopping seperti di atas, ada lagi beberapa tips melancong ke New Zealand:-

1) New Zealand ada 4 musim. Pilih musim yang anda sukai. Selain daripada itu, walaupun New Zealand tidak mempunyai  penduduk yang ramai, namun untuk memastikan anda dapat book accomodation yang murah, pilih bukan hari cuti umum NZ semasa ke sana kerana kebiasaannya kadar harga hotel akan tinggi dari kebiasaannya.

Krismas di New Zealand sangat meriah. Barang-barang dan makanan (seperti coklat) di beri percuma, malah ada Christmas Parade di mana pada masa inilah kita dapat melihat Auckland yang penuh dengan penduduk tempatan keluar beramai-ramai. Untuk yang mahu melihat sendiri kemeriahan perayaan ini di sini, sila pilih dua atau tiga minggu sebelum perayaan Krismas. Malah, kebanyakan kedai/shopping kompleks ada membuat Christmas Sale.



2) Declare barang yang di bawa masuk ke New Zealand. Refer entry lepas di sini DECLARE NZ

3) Rakyat Malaysia tidak perlu apply visa untuk masuk ke New Zealand.

4) Lesen memandu Malaysia boleh di gunakan di New Zealand. Cuma perlu berhemah dalam pemanduan.

5) Rate petrol adalah berbeza-beza di setiap kawasan. Semakin hulu kawasan, semakin tinggi harga petrol, jadi sebaiknya isi minyak di bandar-bandar besar.

6) Sekiranya belum membuat keputusan tentang perjalanan anda, anda boleh gunakan I site semasa berada di sana. I site terdapat di banyak tempat di New Zealand. Mereka sangat peramah, membantu dan boleh juga tolong book kan tour atau apa sahaja termasuk accommodation.

Harap anda dapat enjoy percutian anda di New Zealand ;-)


22 comments:

  1. Alhamdulillah udah khatam bc ur trip to NZ. Tq for sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, many thanks @Zie Noorzail sudi baca

      Delete
  2. Salam sis,
    saya dan keluarga ingin pergi bercuti ke New Zealand hujung tahun ini. Boleh share itinerary untuk melawat tempat2 di South Island?
    Terima kasih :)
    -Hidayah

    ReplyDelete
  3. Saya akan cuba compile betul2 sis, sebab itinerary yang ada sekarang sedikit berterabur :-) InsyaAllah saya akan share sekiranya dah siap

    ReplyDelete
  4. salam sis,

    Saya ingin tahu sepanjang sis bergerak dari satu tmpt ke satu tmpt sis drive sdiri or guna public transport diaorg kt sana?

    ReplyDelete
  5. Salam sis, :-) ..
    ikut keadaaan, ada yang drive and ada yang public transport

    ReplyDelete
  6. Salam sis,

    nak tanya, yg lesen tu, tak perlu pergi jpj ke utk buat apa2? just drive saja kat sana (NZ) guna lesen apa yg ada? nanti time nak sewa motorhome ke... tunjuk jer lesen malaysia gitu? tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Ya betul..jus guna and tunjuk lesen malaysia

      Delete
  7. salam..wah gigih sy baca dari mula smpai habis...cuma nak tanya, public transpot d south island mcmmna? ke ada kereta sewa?

    ReplyDelete
  8. Salam sis, saya akan pergi new Zealand hujung bulan ni.. Boleyh sis tolong bajet perbelanjaan shopping n mkn kt sne brapa semuanya?

    ReplyDelete
  9. Hello sis,seronok baca entry blog ni. Nk tau bajet 3 minggu dan sis pergi dgn mak sis je ke?bole tak kongsi details perjalanan sis?dh berangan-angan nak prgi juga ni. Emailkn kata saya sis margretcathyson@gmail.com thanks sis.

    ReplyDelete
  10. Hello, Saya perg dg mak saya. Saya dah emailkan iti ya..tq

    ReplyDelete
  11. Hello sis, boleh emailkan kpd saya itenary perjalan sis di nz x? Seronok pulak baca blog sis rasa mcm nak pegi je heheheh tq.Email: ainfatini98@gmail.com

    ReplyDelete
  12. Hello ain..sy dah emailkan, boleh check ya :-)

    ReplyDelete
  13. Hi ija
    Boleh tolong emailkn juga iternary 😅
    azizahmohammed86@gmail.com

    ReplyDelete
  14. Hi ija, nak tnya, sekiranya nak masuk new zealand, auckland. then hanya transit di australia, perlu ade visa jugak ke? atau visa hanya diperlukan sekiranya kita stay di australia? Terima kasih :)

    ReplyDelete
  15. Salam. Saya nak tanya. Masa u nak balik malaysia. Coklat u letak dalam hand luggage atau luggage bajuyg disimpan dalam cargo? Kalau hand luggage lepas tak kastam nz ?

    ReplyDelete
  16. Hello sis, boleh emailkan kpd saya itenary perjalan sis di nz x? saya planning nk ke nz july ni.. heheheh tq.Email: nana_nur205@yahoo.com

    ReplyDelete
  17. Hello sis, boleh emailkan kpd saya itenary perjalan sis di nz x? saya planning nk ke nz pd july ni.. heheheh tq.Email: nana_nur205@yahoo.com

    ReplyDelete
  18. Hi, sis, it was really nice to read your blog, may I borrow your itenerary for my trip to nz. Thank you. My email giok.tjen@yahoo.com

    ReplyDelete