Alang-alang dah sampai Auckland, wajib singgah ke Mount Eden
kerana inilah puncak yang tertinggi di Auckland.
Kesan tinggalan gunung berapi menyebabkan
kawasan sekitar Mount Eden berbukit-bukau, beralun dan mempunyai kawah.
Sebenarnya di Auckland terdapat hampir 50 gunung berapi yang tidak lagi aktif dan Mount Eden yang paling terkenal.
Mount Eden terletak hanya 5 km daripada Auckland City
Centre. Mudah dan banyak cara untuk sampai ke sini di antaranya ialah dengan
menaiki kereta, bas atau pun train. Cuma kalau naik train / bas kenalah rajin berjalan dan kuat hiking. Kalau tak rajin dan takut pancit, sila naik kereta, sebab dengan kereta boleh sampai terus ke atas.
Lereng bukit menghala ke Mount Eden. Statue/tugu tegak itu adalah penunjuk itulah Mount Eden. |
Di lereng bukit menghala ke Mount Eden ini banyak sheeps /
kambing biri-biri. Rasa macam waaa akhirnya dapat tengok sheeps yang amat
banyak kat New Zealand. Kambing biri-biri kat sini amat gemuk.
Untuk ke sini baju sejuk yang tebal jangan di lupa kerana
selain daripada cuaca yang sememangnya sejuk, angin galak bertiup membuakan
sejuk yang sedia ada bertambah dua kali ganda.
Di puncak Mount Eden bukan sahaja dapat lihat panorama
menarik 360 degree tetapi juga dapat lihat kawah gunung berapi yang sangat
besar. Kawah ni sekarang telah di tumbuhi rumput hijau dan menjadi padang ragut
kambing biri-biri.
Di puncak Mount Eden |
Monument / statue / tugu di atas Mount Eden |
Panorama dari atas puncak |
Kawah gunung berapi |
Jangan ikut macam diorang ni, berdating kat puncak bukit
yang sejuk macam ni, sebab badan diorang dah lali dengan tahap kesejukan kat
sini. Walaupun nampak macam best je duduk-duduk kat sini..tapi sejuk sangat...tak tahan duduk lama-lama sebab berangin kuat.
Destinasi seterusnya ialah Cornwall Park dan One Tree Hill (Maungakiekie) yang terletak bersebelahan antara satu sama lain. Haruslah ke Cornwall Park dan One Tree Hill dari Mount Eden sebab ianya hanya 15 minit sahaja perjalanan dengan kereta dan ianya adalah kawah gunung berapi yang besar.
Di sini pun banyak sheeps. Nampak sheeps, sheeps dan sheeps lagi. Kedua-dua kawasan ini juga terkenal sebagai kawasan rekreasi dan banyak aktiviti di adakan di sini. Macam budak-budak sekolah ni, mereka pun baru sahaja tamat aktiviti bersama sekolah.
Yang bestnya kat sini, kita boleh lihat sejarah Cornwall Park dan rumah asal milik Sir John.
One Tree Hill,selain daripada terkenal kerana kawah gunung berapi, ia juga merupakan lokasi sejarah penting orang Maori dan New Zealanders dan terletak bersebelahan Cornwall Park.
Dari One Tree Hill, jelas kelihatan statue di atas Mout Eden tadi |
No comments:
Post a Comment