Commercial Break

Monday, April 15, 2013

Rahsia Surah Al-Kautsar

BISMILLAHI RAHMANI RAHIM

INNA A'TTOINA KALKAUTSAR
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
... INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Mekah Al Mukarramah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan, InsyaAllah:-


1) Baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t memakbulkan doa kita.

2) Baca ketika kita kehausan dan tiada air, gosokkan di leher, Insya allah akan hilang dahaga


3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata



4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x muda-mudahan Allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah

6) Sentiasa rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t akanmemberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

InsyaAllah..segala yang baik datangnya dari Allah..mari amalkan.

No comments:

Post a Comment