Ini adalah maklumat terbaru mengenai visa ke tanah suci. Ia adalah berkuat kuasa serta merta
1) Semua SALINAN SURAT BERANAK perlu dicop DIAKUI SAH (Certified Thru Copy) dan ditandatangani oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan seterusnya PENGESAHAN DARI WISMA PUTRA
2) Semua SALINAN SURAT NIKAH perlu dicop DIAKUI SAH (Certified Thru Copy) dan ditandatangani oleh Jabatan Agama Islam (JAI) dan seterusnya PENGESAHAN DARI WISMA PUTRA
-Kebiasaannya pengesahan dari Wisma Putra akan diuruskan oleh agensi travel yang berkenaan
Pastikan cop (Certified Thru Copy) tersebut mempunyai
1) Nama Pegawai
2) Jawatan
3) Alamat & No tel pejabat
Bagi wanita yang berumur lebih 45 tahun:
Bagi jemaah wanita yang telah melebihi umur 45 tahun dan pergi bersama suami, surat nikah tidak diperlukan sekiranya dimasukkan di dalam "Woman Group". Sekiranya jemaah berkeras untuk tumpang mahram kepada suami maka prosedur diatas diguna pakai.
Semoga segala urusan jemaah di permudahkan, InsyaAllah
dugaan. kami bakal berangkat hujung bulan ni, tapi baru diberitahu 8 april. kelam kabut nak ambil pengesahan nikah jawi dan hantar salinan sijil nikah. kenapa tiba-tiba ya? bkn permohonan visa dibuka sejak februari lagi ke tahun ni?
ReplyDelete