Commercial Break

Monday, April 1, 2013

Hot Air Balloon Putrajaya International Fiesta 2013

Alhamdulillah Sabtu lepas kami berjaya membawa anak-anak ke Hot Air Balloon Putrajaya International Fiesta 2013, pesta yang di adakan setiap tahun di Putrajaya ini. Ini adalah kali ketiga kami mengunjungi pesta ini. 

Seperti biasa kalau bawa budak-budak, mereka memang amat kagum dengan pertunjukan yang penuh dengan belon-belon yang mempamerkan pelbagai bentuk menarik seperti ini.














Pada mulanya abang je yang panjat pagar untuk melihat belon....


Wahhh!! Tetiba adik panjat kalah abang.

Memang excited sangat mereka tengok pertunjukan belon udara panas ni.



Upin dan Ipin - belon kecil je.



Kereta Rasmi pesta

Pemuzik rasmi


Actually setiap tahun pun, di sini bukan semata-mata ada pertunjukan Hot Air Balloon, malah ada acara-acara yang menarik contohnya Helicopter Ride, Mountain Dew Extreme Zone, Kids Play Area dan banyak lagi. Kesemua aktiviti ini boleh disertai dengan bayaran tertentu. Di samping itu, di kawasan ini juga banyak lokasi-lokasi yang menarik untuk di lawati sepanjang pagi.
Melihat keindahan Putrajaya di pinggir tasik..
 Dan dapat lihat parachute glider! Ada banyak.




Menara..yang memaparkan sejarah-sejarah penting
  




Boleh juga naik bot atau perahu yang mengelilingi tasik Putrajaya dengan bayaran yang tertentu.


Dan yang menarik juga KMX KART dengan bayaran RM10 satu..




Kami sewa dua...satu untuk Abang..

Pada mulanya abang agak kekok juga.

Lama kelamaan makin mahir, dan boleh pusing-pusing


Adik juga nak cuba tapi kaki tak cukup panjang.


Dan kerana itu abang di'paksa' membawa adik!






Oleh kerana abang tak lalu untuk membawa adik lama-lama akibat kepenatan..dan si kecik Rania yang merengek tidak mahu di tinggalkan mahu ikut juga..akhirnya si ayah terpaksa membawa kedua-dua budak kecik bersama-sama.







Akhirnya selepas aktiviti ini kami akhirnya pulang dengan kesemua kanak-kanak yang telah kepenatan tetapi membawa pulang memori yang indah. 



No comments:

Post a Comment