Hari yang seterusnya adalah trip ke Sungai Mekong dengan menaiki bas, perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam dari hotel.
Sepanjang perjalanan kebanyakannya kami melalui kawasan sawah padi dan rumah-rumah di Ho Chi Minh.
Yang pastinya ada sesuatu yang 'lain dari yang lain' di sawah padi mereka...
Cuba lihat zoom sikit. Ya terdapat 'maqam' antara celah-celah kawasan sawah padi. Yang menariknya, maqam ini bukan sahaja didirikan dengan binaan yang besar, malah ianya tidak berkumpul di satu-satu tempat sahaja. Ia bersepah-sepah dan merata-rata.
Hmm..(no wonder beras Vietnam gemuk-gemuk :-) )
Antara rumah yang terdapat di Vietnam..
Akhirnya kami sampai di jeti Sungai Mekong.
Menarik topi ni kalau nak beli..topi di gunakan oleh pesawah-pesawah, 1USD sahaja.
Apa yang menariknya Sungai Mekong?
Sumber dari Wikipedia..
'Sungai Mekong adalah sungai ke-10 terpanjang di dunia, ke-10 terbesar dari segi isipadu dan mengeluarkan 475 km padu air setiap tahun. Panjangnya 4880 km dan lembangan Sungai Mekong seluas 812,000 km persegi. Mengalir dari Dataran Tibet di utara mengalir melalui Yunnan di China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam.
Lebih 90 juta penduduk bergantung hidup pada Sungai Mekong terutama sekali pesawah padi. Lebih 140,000 km persegi sawah ditanam di lembangan Sungai Mekong.'
Subhanallah besarnya kuasa Allah..sebatang sungai di gunakan oleh jutaan penduduk daripada beberapa buah negara..
Dan akhirnya kami bersedia untuk menaiki bot..
Ada beberapa buah bot.
Ini bot kami.
Bot sudah mula berjalan meninggalkan jeti. Seperti yang dirancangkan, kami akan singgah di beberapa buah pulau di antaranya ialah Coconut Island dan Honey Island untuk menyaksikan beberapa aktiviti.
Wahha agak cemas kerana awan mulai berat dan langit mulai mendung membawa tanda-tanda hujan akan turun. Kami pula di dalam bot yang sepoi-sepoi bahasa.
Antara pulau yang terdapat di sini..
Alhamdulillah selamat tiba di Pulau yang pertama. Cocunut Island.
Perusahaan membuat barang-barang daripada kelapa terletak di sini.
Di sini mereka menunjukkan cara-cara membuat coconut candy.
Coconut candy dan beberapa barang yang di perbuat daripada coconut, sudah siap untuk di jual.
Trip seterusnya ialah ke Honey Island.
Pertunjukan ular. Siapa yang berani boleh cuba peluk-peluk dengan ular. Me? Sudah jauh-jauh lari.
Dan ini pula, air yang tenang jangan di sangka tiada buaya..
Malah dua...tiga...empat..!!!Wah serius besar
Kalau nak adventerous lagi boleh cuba lalu jambatan ni. Tetapi be ready buaya yang sedang menganga menunggu dengan setianya.
Selepas itu pertunjukan Lebah Vietnam, yang menghasilkan madu lebah.
Kami di hidangkan dengan air limau nipis bercampur Honey.
Tiba waktu makan tengahari..
Kami tak makan pun...kami makan bekal sendiri sahaja. Series tak lalu tengok menu.
Buah Vietnam yang unik.
Seterusnya kami ke pulau yang lain pula.
Di sini kami berpeluang menaiki sampan melalui sungai yang sempit untuk ke pulau yang lain pula.
Kalau larat boleh tolong mak cik Vietnam tu dayung sekali. Kalau tak larat biar je makcik tu dayung sendiri.
Nampak je sungai ni macam sempit, tapi dalam jugak ni..
Rumah tepi sungai.
Sudah tiba..
Kami di hidangkan dengan buah-buahan dan muzik serta nyanyian.
Akhirnya tamatlah satu hari di Lembah Mekong. Kami pulang ke hotel dalam hujan yang renyai-renyai.
No comments:
Post a Comment