Commercial Break

Wednesday, February 6, 2013

Motor dan simpang siur di Vietnam

Macam entri sebelum ni, hampir 90% rasanya jalanraya di Vietnam di monopoli oleh motosikal. Motosikal di Vietnam menguasai jalanraya di sini dan mereka ini bersimpang siur sampai kita yang berjalan nak melintas pun rasa ngeri. Tetapi yang menariknya dalam kelam kelibut di jalanraya, mereka ini cekap dan hasilnya kadar kemalangan adalah rendah. Tips nak melintas jalan di sini, ialah jalan sahaja dan terus melintas tanpa peduli dan mereka secara automatik akan memperlahankan kenderaan memberi laluan kepada pejalan kaki. Kalau rasa2 masih ngeri, ikut sahaja orang tempatan melintas jalan ataupun sehari suntukle jawabnya kita berdiri tak lintas-lintas...








No comments:

Post a Comment