Commercial Break

Thursday, February 7, 2013

Pengiraan Bonus Jubli Emas Tabung Haji 2012


Tabung Haji telah mengumumkan pemberian bonus jubli emas bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.
Pengumuman bonus jubli emas yang dinamakan sempena sambutan 50 tahun penubuhan Tabung Haji ini memperlihatkan peningkatan kadar bonus sebanyak 0.5 peratus berbanding pemberian bonus sebanyak 6.0 peratus yang dibayar pada 2011. Selain daripada itu, para pendeposit turut menikmati agihan bonus khas sebanyak 1.5 peratus.
Cara Pengiraan Bonus Jubli Emas TH 2012 (6.5% + 1.5%) adalah seperti berikut:

Bonus Tahunan (6.5%):
Baki Minima Bulanan (Jan - Dis 2012) / 12 Bulan x 6.5%

Bonus Khas (1.5%):
Baki Minima Bulanan (Jan 2006 - Dis 2012) / 84 Bulan x 1.5%

1 comment: