Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.
Surah Al Quraisy Ayat 4
Detiknya
telah tiba. Detik untuk meninggalkan Masjidil Haram dan kota suci Mekah yang sudah mulai sangat di
cintai dan dekat di hati untuk bertolak ke Madinah Al Munawwarah pula. Ia adalah antara sedih dan
teruja. Sedih untuk meninggalkan Kaabah dan Masjidil Haram tetapi sangat teruja
untuk melihat Madinah kota
Nabi Muhammad S.A.W.
Kami adalah
antara mereka yang terakhir meninggalkan bilik dan hotel. Merenung tembus bilik
yang kosong. Baru sekejap tadi ramai dengan para jemaah, sekarang dah sunyi
sepi.
Tak sempat
pula ambil gambar bilik. (Plus tak sampai hati nak ambik gambar bilik yang macam tongkang pecah
setelah di tinggalkan!)
Bye bye
hotel..bye bye bilik kami yang berada di Tingkat 7, Qasr Al Shoroouq. Pasti jua
akan saya rindukan kakak-kakak dan makcik-makcik di bilik saya,serta segala
kenangan dan senda gurau mereka. Setelah lebih sebulan
bersama mereka dan mengenali mereka, kami telah mulai rapat antara satu sama
lain. Kenangan di sini akan dibawa bersama.
Seperti biasa
kami telah di bahagikan kepada beberapa kumpulan bas. Sticker bas dan maklumat
penempatan di Madinah telah diedarkan awal-awal
lagi. Tabung haji dan pihak
Muassasah memang sangat efficient.Tidak perlu di ragukan lagi. Jadi tak
perlulah nak berebut, tak payah risau kena tinggal.. semua
orang ada tempat masing-masing. Beg-beg besar sudah disusun atur mengikut
bas dan kumpulan penempatan di lobi sejak malam tadi untuk memudahkan
petugas-petugas mengangkut ke dalam bas. Jemaah hanya perlu membawa beg kecil
menaiki bas nanti. Kami hanya hanya perlu duduk di bilik masing-masing
sementara menunggu giliran dipanggil oleh petugas. Tidak perlu bersesak-sesak
di lobi ternanti-nanti giliran. Semuanya amat mudah. Terima kasih kepada semua
petugas Tabung Haji dan Muassasah.
Tiba-tiba
dapat SMS dari ibu di Malaysia.
"Naik
bas ke Madinah nanti jangan duduk di depan atau di belakang. Duduk di
tengah-tengah," ringkas pesanannya tapi padat.
"Kenapa
bu?" saya membalas sms ibu, juga ringkas.
"Bas
bawa laju, hati-hati takut kemalangan. Duduk di tengah-tengah lebih
selamat," balasnya.
Alamak dah
terlambatlah ibu. Kami antara yang terakhir meninggalkan hotel dan antara yang
terakhir masuk ke dalam bas. Takde harapan nak cop tempat di tengah-tengah,
agak-agaknya begitu.
Tekaan kami
tepat. Bas-bas telah di penuhi. Hanya ada beberapa orang yang belum menaiki
bas. Kami masuk ke dalam bas. Ada
dua tempat kosong di hadapan sekali, betul-betul di belakang drebar.
Adoi..teringat pesanan ibu, jangan duduk depan sekali. Aduhai tawakal ajelah..
takkan nak suruh orang lain ke depan. Berkata-kata dalam hati.. Ajal dan maut di tangan Yang Maha Esa.
Kami
mengambil tempat betul-betul di belakang drebar. Memang nasib kami sering duduk
di belakang drebar. Jadi kawan drebar. Drebar kali ini adalah Pak Arab
daripada Mesir. Tidak tahu bercakap Bahasa Inggeris walaupun
sepatah..
Tepat pukul
9.15 pagi, bas mula meninggalkan kota
Mekah. Berderet-deret sejumlah lebih kurang 10 buah daripada hotel kami mulai
bergerak. Pada mulanya bergerak bersama-sama tetapi seperti biasa selepas 5
minit kemudian, bas yang lain entah ke mana. Ada yang lebih laju dan ada yang lambat
sedikit.
Bas kami?
Haha sangat laju! Bergerak meninggalkan angin.
TawakaltuAllallah aje. Drebar Mesir ini memang sangat yakin dengan
pemanduan sendiri. Laju tetapi cekap.
Di khabarkan
kepada kami, jika dahulu perjalanan memakan masa lebih kurang 8 jam, tetapi
kini highway telah di bina, perjalanan mungkin akan lebih singkat dan mudah.
Melihat jalan
dari Mekah ke Madinah, teringat peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. Kita naik
bas yang laju bukan main ni pun sampai 8 jam masanya, inikan pula Rasulullah
s.a.w, di terik matahari. Padang
pasir tandus, bukit bukau. berbulan-bulan baru tiba di Madinah. Tingginya nilai
pengorbanan kekasih Allah demi menyebarkan Islam di muka bumi!
Selepas
beberapa jam, kami singgah di perhentian untuk sembahyang dan makan. Wah dalam
bas nampak macam panas sangat tapi bila turun sejuknya bukan main.Menggigit
hingga ke tulang. Uniknya cuaca ini!
Pemandu bas
suruh kutip duit untuk di sedekahkan kepadanya. Perkara seperti ini biasa
berlaku, kalau tak mereka akan buat-buat sesat. Jadi, jemaah boleh sedekah
dengan niat yang ikhlas.
Selesai
berehat, kami menyambung perjalanan.
Tiba-tiba bas
yang dinaiki rosak di tengah jalan, ini pastinya bukan di buat-buat rosak
kerana duit sedekah sudah diberi kepada pemandu. Bas di berhentikan di tepi
jalan untuk di betulkan.Pemandu Mesir mendapatkan pertolongan untuk membetulkan
bas. Kami melihat dari dalam. Sangat unik cara bas di betulkan, mereka ni mencorakkan wayar guna gigi je, takde playar, gunting atau pisau. Tak sampai setengah jam
bas berjaya di betulkan. Akhirnya kami bertolak ke Madinah. Saya tidak dapat
tidur sepanjang perjalanan selepas itu, hanya memandang ke luar tingkap dan
mengambil iktibar mengenangkan saat-saat lebih kurang 1400 tahun yang
lampau,perjalanan kekasih Allah s.w.t.
Pada masa yang sama, hati berdebar dan teruja untuk menjejakkan kaki di Madinah.
|
Antara view dalam perjalanan |
Dibawah adalah dua video perjalanan ke Madinah (sumber:youtube)