Terpegun sejenak akan keindahan dan ketenangan di sekitar kawasan perkampungan Badwi di St Catherine ini sebaik sahaja kereta membelok menuju ke Bedouin Camp and Guest House.
Selain daripada keindahan di kelilingi bukit bukau, Bedouin Camp and Guest House yang di punyai oleh keluarga Badwi yang bernama Sheikh Mousa ini sangat bersih, malah layanan yang diberikan juga mesra.
Bedouin Camp and Guest House juga tersenarai di dalam Trip Advisor.
Kami menyewa private room with attached bathroom dengan harga hanya 150 EP. Ada banyak jenis bilik di sini, antaranya ialah bilik dengan shared bathroom dengan hanya bayaran 35 EP seorang. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Bedouin Camp and Guest House.
Sepanjang di sini, saya melihat ramai juga Mat Salleh yang menyewa di sini.
Selepas check-in dan berehat ala-kadar sebentar, lebih kurang pada pukul 5.30 petang kemudiannya, kami keluar berjalan-jalan di sekitar perkampungan Badwi di sini.
Cara hidup mereka memang tenang, orang-orang Badwi ini kelihatannya lembut berbanding orang Arab Mesir.
Salah satu rumah Orang Badwi |
Stesen Minyak |
Kedai Runcit |
Tunggu punya tunggu rupa-rupanya bila kita order baru diorang mula prepare. Hampir satu jam setengah juga tunggu makanan siap, sehinggakan senja hampir berlabuh dan suhu terasa amat dingin sekali masa tu. Menggigil-gigil sejuk sebab siangnya tadi suhu tidak sedingin ini.
Punyala tenang kehidupan orang-orang Badwi.
Nasib baik nasi, ayam panggang dan kuah yang dihidangkan rasanya amat enak sekali.
Memang tidak ada rasa seperti ini di Malaysia.
Kami kemudian pulang ke bilik dan tidur awal kerana harus bangun semula pukul 11 malam sebagai persediaan untuk mendaki Mount Sinai/Jabal Musa/St Catherine.
No comments:
Post a Comment