Commercial Break

Friday, March 6, 2020

Itinerari dan bajet lengkap percutian di Croatia




Post ini adalah sambungan entri mengenai trip di Bosnia Herzegovina.

Kami tiba di Zagreb pada pukul 2.30 petang.

Setibanya di stesen bas, kami segera membeli tiket bas ke Graz dahulu. Alhamdulillah masih sempat grab tiket murah. Perlu diingatkan tiket bas mereka ini ada macam-macam harga mengikut syarikat bas dan juga waktu berlepas. Mesti survey and bajet dulu and jangan bertangguh jika ada tiket murah.


Selepas itu kami tukar duit lebihan Euro kepada Kuna dan keluarkan Kuna daripada International ATM Machine yang terdapat di dalam stesen.

Kami check in dahulu sebelum menjelajah Zagreb. Saya sangat tertarik dengan rekaan rumah yang kami sewa melalui airbnb. Serius selesa, besar dan cantik serta moden rekaannya. Booking untuk dua orang dengan harga yang berpatutan tapi besar bukan main. Rasa rugi pula tak berlama-lamaan di Croatia.

Bagusnya rumah yang kami book ini berhampiran sahaja dengan perhentian bas utama dan trams. Ada dua trams yang terletak berdekatan. Memang strategik! Walaupun strategik, namun ia tetap sunyi, selesa dan privacy.




 

Selepas mandi dan solat kami terus ke Zagreb Old Town dengan menaiki train. Perut sudah lapar, menjerit minta di isi. Untungla train dekat je dengan rumah. 




Croatia ialah satu lagi destinasi di Balkans yang melangkaui jangkaan saya. Tidak sangka bahawa bumi ini juga memberikan pengalaman manis buat kami.


Reka bentuk Bandar Zagreb ini unik sangat. Ala-ala mengintai bumi Eropah. Cantik!



Kami melalui lorong yang happening sebelum tiba ke destinasi makanan halal pertama, iaitu Brew House. Brew House ini merupakan restoran middle-east yang menyediakan makanan dari Lebanon.

Brew House ini terletak lebih kurang 10 minit daripada Ban Jelacic, mercu tanda Zagreb.







Kami order Biryani Lamb dan Escalope Chicken. Mula-mula food ni sampai, ingatkan tak habis sebab portionnya sangat besar, sekali tu licin pinggan sambal menjilat jari. Lapar sangat..haha.

Selepas itu kami berjalan-jalan menikmati suasana malam di Old Town Zagreb sebelum balik tidur..

Hari kedua kami teruskan dengan menjelajah Old Town Zagreb serta seluruh isinya dengan hanya menggunakan trams dan berjalan kaki sahaja.





Di antara tempat yang menarik yang lainnya yang kami habiskan masa selama dua hari di Zagreb ialah Jelacica, Zagreb Cathederal, St. Mark Church, Furnicular to Upper Town, Lotrscak Tower, City Museum, Tkalciceva Street dan seluruh Old Town Zagreb.


























Selain itu kami ke pasar Dolca, Zagreb. Kami tertarik dengan pelbagai buahan segar yang murah berbanding mahal jika di jual di negara kita seperti Strawberi, Blueberry, Cherry dan sebagainya. Dahlah murah, sedap dan manis pulak tu! 






Yang menariknya, walaupun majority penduduk Zagreb ialah beragama Katolik, ada sebuah masjid besar berdiri teguh untuk umat Islam di Bandar Zagreb. Banyak makanan halal di jual di dalam masjid ini. Kami lunch dan solat di sini.

Namun harus di ingatkan, Masjid Besar ini agak jauh dari Old Town Zagreb dan attractions yang lain. Boleh naik tram tetapi perjalanannya agak panjang sedikit. Caranya ialah dengan menaiki tram no 6,7,14 atau 8 dan stop di Folnegovicevo Naselje Station seterusnya jalan kaki dalam 15 - 20 mins melalui residential flats.

Setelah menghabiskan masa selama dua hari di Zagreb, kami meneruskan perjalanan ke benua Eropah di mulai dengan Graz, Austria.

Berikut ialah Jumlah Kos sepanjang perjalanan di Zagreb, Croatia:


Item (Harga dalam Kuna)

Tram dalam Zagreb                          20 (Per person)
Bus from Zagreb to Graz                  129 (Per person)
Accommodation (Booking via Airbnb) 127 (two person, 1 night)
F&B, Souvenir                                  50 (Per Person)

GRAND TOTAL (PER PERSON): MYR 165 


Stay tune untuk cerita tentang Austria.


Friday, February 28, 2020

Tempat Menarik di France selain Eiffel Tower

Percutian di benua Eropah sudah pastinya bukan lagi satu percutian yang jarang dilakukan oleh pelancong-pelancong di seluruh dunia. Ini kerana benua Eropah menjanjikan banyak destinasi-destinasi yang menarik dari segi senibina, seni budaya, makanan dan tempat-tempat bersejarah yang pastinya membuat kita tidak sabar untuk melancong ke sana. Mana tidaknya, mesti pernah dengar kan negara-negara seperti Turki, German, Denmark, Italy, France dan setiap satu daripadanya pasti ada ikon pusat pelancongan tersendiri bukan?

Untuk melancong ke Eropah dari bumi Malaysia pada masa kini bukan lah lagi sesuatu yang ajaib. Terlalu banyak syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan penerbangan untuk ke benua Eropah dan salah satunya ialah Emirates Flights. Cuba lihat harga flight ticket Emirates Flight booking ini di Traveloka bagi memudahkan untuk mendapatkan harga yang lebih murah dari mana-mana web yang lain. Emirates Flight sering menjadi pilihan bagi pelancong ke benua Eropah kerana mempunyai ruang seat yang luas dan selesa, meal in flight yang lazat dan mengenyangkan dan cabin crew yang sangat peramah. Ianya sangat sesuai bagi penerbangan yang sangat jauh. Andai kata ada yang ingin ke destinasi yang lain menaiki Emirates contohnya Hong Kong, bolehlah memilih flight to Hong Kong sebagai pilihan kedua.

Jika memilih untuk bercuti di benua Eropah dan France atau Perancis menjadi salah satu negara yang dipilih, sudah pasti ingin menjejakkan kaki ke lokasi-lokasi menarik yang ada di sana dan Eiffel Tower adalah lokasi wajib daripadanya. Oleh itu, saya akan berkongsi beberapa lagi lokasi wajib yang perlu kunjungi selain daripada Eiffel Tower.


Louvre Museum


Sekiranya meminati sejarah dan kesenian, ini adalah lokasi pertama yang perlu pergi. Ia merupakan muzium seni yang terbesar di seluruh dunia. Ia juga terkenal sebagai lokasi pergambaran filem The Da Vinci Code dan disini jugak lah terletaknya lukisan asal Mona Lisa yang dilukis oleh pelukis terkenal di dunia ia itu karya daripada Leonardo Da Vinci. Selain itu, jangan lupa untuk bersiar-siar di bahagian luar muzium ini dan melihat keunikan seni bina yang ada.

Luxembourg Gardens
Luxembourg Gardens adalah satu taman yang sering menjadi tumpuan para pelancong untuk menjadi lokasi bergambar. Ia dipenuhi dengan bunga-bunga mekar yang berwarna-warni dan hamparan rumput yang kehijauan pasti membuatkan kita teruja sepanjang berada di sana. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini antaranya ialah melihat pertunjukan teater boneka dan persembahan jalanan, menunggang kuda, berehat dan bersiar-siar di sekeliling taman ini. Selain daripada itu, boleh juga berkunjung ke muzium Luxembourg yang terletak bersebelahan dengannya.


Musee D’Orsay
Disebabkan France mempunyai keunikan daripada sumber sejarahnya, muzium ini telah dinobatkan sebagai muzium yang memiliki koleksi seni yang terbanyak di dunia. Ia menjadi muzium tarikan utama di Paris dan muzium ini mempunyai 3 tingkat dengan pelbagai kategori seni yang dipamerkan. Antaranya ialah seni lukisan, seni rekabentuk, seni fotografi dan beberapa lagi bahagian yang lain. 

Parc des Buttes Chaumont
Untuk yang suka kan alam semulajadi dan ingin menghirup udara segar, boleh lah ke sini untuk berehat, bersantai dan bergambar dengan keunikan alam semulajadi yang ada di sini. Apa yang menariknya, tiket masuk adalah percuma dan taman ini merupakan taman kelima yang terbesar di Paris. Juga terdapat pelbagai spesis hidupan seperti burung dan itik yang menjadikan taman ini sebagai habitat mereka.
Pont Alexandre
Ada peminat James Bond dan Adele? Pernah tengok tak jambatan mewah yang menjadi tempat penggambaran bagi filem dan video clip Someone Like You? Yes! Inilah jambatannya. Jambatan mewah ini terletaknya ditengah-tengah kota Paris dan menjadi tumpuan utama pelancong untuk bergambar. Boleh bersiar dan melihat sendiri keunikan jambatan ini dengan seni ukiran dan seni bina yang ada di sepanjang jambatan mewah ini. Lebih menariknya di waktu malam, limpahan lampu yang romantik di jambatan ini. Sudah pastinya menjadi lokasi yang sangat romantik jika melancong bersama pasangan.

Jadi, itulah dia beberapa lokasi lain selain Effiel Tower yang saya dapat kongsikan. Jadi, sudah bersedia untuk bercuti ke France? Jika sudah, boleh la masukkan lokasi-lokasi yang menarik ni ke dalam senarai. Saya harap dapat membantu dan memberi sedikit idea ke mana lokasi yang boleh dikunjungi. Sehingga kita berjumpa lagi. Selamat bercuti dan jaga keselamatan anda.


Sunday, February 23, 2020

Itinerari dan Bajet Lengkap Percutian di Bosnia Herzegovina



Entri ini adalah sambungan daripada entri Europe dan Balkans : 
dan transit Doha:


HARI PERTAMA

Kami tiba di airport Sarajevo lebih kurang pada pukul 11.30 am. Perkara pertama yang kami lakukan ialah ke ATM Machine untuk membuat pengeluaran antarabangsa. Harap maklum bahawa duit Bosnia TIDAK boleh didapati di mana-mana negara dan TIDAK boleh di tukar di mana-mana, jadi bajet harus di kira dengan teliti supaya tak banyak duit terlebih. Kalau ada lebih, sila tukar siap-siap sebelum meninggalkan Bosnia setelah tamat pelancongan di Bosnia.

Lagi satu boleh bawa Euro kerana Euro di terima dan di gunapakai di kebanyakan tempat di Bosnia, cuma tak semua.

Boleh juga tukar duit euro di money changer di airport.

Vrole Bosne

Kami telah menempah siap-siap tour guide untuk membawa kami ke Vrole Bosne. Vrole Bosne ialah sebuah taman indah yang terletak di kaki gunung Igman yang akan berubah wajah setiap kali bertukar musim. Namun setiap pertukaran panoramanya tetap indah memukau.




Salah satu cara nak ke sini selain menaiki kenderaan ialah dengan menaiki tram daripada Bascarcija. Cuma jalan dari tram nak ke taman ini agak jauh dan sunyi, jadi kami tempah tour guide untuk lebih selamat.

Makan tengahari di Bascarcija

Selepas itu kami lunch dan berjalan-jalan sekitar Bascarcja sebentar sebelum menaiki train ke Mostar yang akan bertolak pada pukul 4.49 petang. Untuk yang mahu naik train ke Mostar daripada Sarajevo train hanya ada dua kali sahaja tau iaitu satu pagi-pagi, dan satu lagi petang, jadi kena rancang betul-betul perjalanan. Bas pun ada tapi kami tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati pemandangan indah yang di lalui oleh train ini.


Keretapi SARAJEVO-MOSTAR

Pemandangan sepanjang perjalanan menaiki keretapii ini di akui adalah antara yang paling indah. Jangkamasa perjalanan pula hanya 1 jam 45 minit sahaja.


MOSTAR

Walaupun kami tiba di Mostar pada pukul 6.44 pm tetapi hari telah malam kerana maghrib masuk pada pukul 6.20 petang. Nasib baik saya booking hostel yang sangat strategic iaitu Hostel Musala.

Saya pilih hostel ni sebab ianya terletak di antara train & bus station Mostar (5 mins walk) dan Old Town Mostar (10 mins walk). Berhampiran dengan train station, jalan untuk ke hostel juga amat mudah.


Hostel ni bersih dan bilik untuk dua orang sangat luas. Katilnya besar. Cuma toilet berada di luar bilik, tapi bersih dan tidak berkongsi dengan ramai orang sekiranya di tingkat kami.
 

HARI KEDUA.

Kami breakfast di area berdekatan di restoran yang teletak di antara laluan hostel ke Old Town Mostar. Saya order grilled veggie dan alahai sedapnya vegetable kat Bosnia ni. Hot chocolate pun ok. Pasta sedap lagi yang Malaysia punya kot.





Selepas itu kami ke Old Town Mostar, survey a few tour dan akhirnya decide untuk ambik satu personal tour untuk ke Kravice, Pocitelj dan Blagaj Tekija. Tempat-tempat ini perjalanannya memakan masa lebih kurang 1 jam lebih dari Mostar Oldtown. Oleh kerana mahukan harga yang murah, kami pilih pakej driver sahaja, seorang yang tak reti cakap English tapi yang penting boleh bawa ke ketiga-tiga tempat ini sebab memang tempat-tempat ini agak jauh dari Mostar. Ada je bus tapi kekerapan agak rendah dan takut tak sempat nak cover ketiga-tiganya kalau naik bas. Lebih-lebh lagi tak ramai rakyat tempatan yang reti berbahasa English so tak mahu ambil risiko buang masa untuk bertanya banyak perkara seperti tempat tunggu bas etc. 

Yang bagusnya driver yang kami dapat baik orangnya dan reti juga cakap English sikit-sikit, banyak dia cerita pasal perang bosnia dan kehidupan di Bosnia. Cerita dari rakyat yang alami itu sendiri yang mahal tu.

Kravice, Pocitelj & Blagaj Tekija

Perjalanan menuju ke ketiga-tiga tempat ini memang sangat mengujakan. 

Tidak terdapat di negara kita.

Tempat yang pertama kami tuju ialah Kravice. Unik sungguh keindahan Kravice Waterfalls ini sangat sukar di gambarkan dengan kata-kata. Airnya jernih hijau kebiruan sudah cukup untuk menggambarkan keindahan dan kebersihannya. Syurga dunia.


Tempat seterusnya ialah Pocitelj. Haaa.. di Pocitelj ni kena memanjatlah sikit. Pociltelj ialah sebuah perkampungan lama a.k.a Open Air Museum yang terletak di atas bukit di tepi sungai Neretva. Yang menariknya, kampung ini dikatakan telah wujud semenjak zaman middle age lagi, dan seterusnya di makmurkan semasa pemerintahan Uthmaniyah.

Nak memanjat ke atas tu memang memerlukan tenaga dan stamina yang banyak, tapi keindahan daripada atas sangat memukau dan memuaskan hati, nak lepak lama-lama kat sini pun takde hal.



Selepas itu kami ke Blagaj Tekija, salah satu tempat yang sangat popular berdekatan Mostar. Selain daripada keindahan landskapnya, tempat ini menjadi tumpuan kerana menjadi pusat ahli sufi Derwish. Ianya dibina pada zaman kerajaan Uthmaniyah kira-kira 600 tahun dahulu. 


Di sini kami menikmati ikan trout yang segar dan makanan tadisional Bosnia yang enak. Menikmati hidangan sambal menjamu mata dengan keindahan alam sekeliling yang memukau.


Selepas itu kami pulang ke Mostar dan pada malam hari kami berjalan sekitar Old Town Mostar. 

HARI KETIGA

Hari di mulai dengan kami bersiar-siar di sekitar Old Town Mostar selepas menikmati breakfast yang super enak.







Old town Mostar merupakan tempat yang wajib lawat jika berada di Mostar. Ianya merupakan attraction yang di pelihara oleh UNESCO. Antara tempat yang kami singgah di sini ialah Old Bridge (Stari Most) (tak boleh skip!). Old Bridge ini kira macam penanda arah di Old Town Mostar. Pemandangan di sini sangat gah dan unik. Dapat pandang bridge sahaja dah rasa berdebar, apatah lagi apabila berada di atas bridge. 

Tips nak melalui Old Bridge - kasut yang selesa sebab batu bata di jalanan old bridge sangat licin.



Di Old Town ini bukan sahaja Stari Most yag menjadi attraction, malahan bangunan di sekelilingnya sangat unik seolah-olah seperti kita berada di satu dunia yang lain. Antara tempat yang kami pergi di sini ialah Mehmed Pasha Mosque dan Kriva Cuprija.

Selain itu, Old town itu sendiri bangunannya unik.






Tengahari, makan lagi.





Selepas itu kami ke Sarajevo menaiki keretapi semula.

Di Sarajevo saya booking sebuah guesthouse iaitu Guesthouse Simsir.

Guesthouse Simsir ini memang bestla, kawasan sekitar lawa, view lawa, deko lawa, bilik pun besar cuma jangan tertipu dengan Google Maps yang ditunjukkan (Saya booking GH ini through Agoda). Tujuan Utama saya pilih GH ini sebab dalam google maps ianya terletak sangat dekat dengan Bascarcija area Sebilj tapi rupa-rupanya kedudukan dalam Google Maps tidak tepat. Korang kena tambah lagi 10 minit berbanding kedudukan asal untuk berjalan kaki ke GH ini. Dan bila tak tepat tu paham-paham jerla nak carik tu memang jenuh...nasib baik owner bagi no phone untuk call if anything, tapi stress jugakla mencari sambal tarik beg besar. Tapi kalau korang tak kisah, guesthouse ini sangat selesa, cantik dan confirm tak berhantu hahahha.

Malam kitorang tiba dah tak merayau ke mana dah...ZzzZzzzZzzz terusss.











HARI KEEMPAT

SATU HARI DI SARAJEVO

Kami meneruskan penjelajahan di sekitar Bascarcija. Jalan kaki je dari GH sebab memang tak jauh sangat all the attractions dengan our accommodation.

Bascarcija ini ialah kawasan sejarah peninggalan zaman Ottoman yang kini meriah dengan pelancong. Antara tempat menarik yang kami singgah di Bascarcija ialah Sebilj iaitu water fountain yang terdapat di tengah-tengah Bascarcija yang penuh dengan burung merpati di sekelilingnya. 




Kami juga bersembahyang di Gazi Husrev Mosque iaitu di antara masjid yang sangat tua di Bosnia yang wujud sejak abad ke 16. 


Kami juga melalui Ferhadija Mosque, Miljacka River, Latin Bridge dan kemuncak lawatan kami di Sarajevo ialah Vijecnica, iaitu sebuah bekas perpustakaan dan balai yang mempunyai senibina dan rekabentuk yang mengkagumkan yang kini di buka sebagai muzium. Selain daripada menyelusuri sejarah Bosnia Herzegovina yang informative, kami juga menonton dokumentari mengenai kehidupan semasa zaman perang di Bosnia. Dolkumentari ini melankau jangkaan kami, kerana ianya sangat wow dan membuka minda tentang perang di Bosnia.




Oh ya, sepanjang berada di Bosnia, makanan halal mudah di dapati dan di antaranya yang kami sukai ialah makanan tradisional tempatan seperti Cevapi, Burek, Bosnian Baklava, Dolma, Bosnian Coffee, homemade aiskrim. Grilled Veggies pun sangat sedap! 







HARI KELIMA


Pagi-pagi kami telah ke stesyen bus Sarajevo untuk menaiki bas ke Zagreb, Croatia. Perjalanan memakan masa lebih kurang 7 jam. Bye bye Bosnia ...
  

TOTAL KOS PERCUTIAN DI BOSNIA HERZEGOVINA 

Kos (BAM)
Airport Transfer, railway transfer 
& trip to Vrole Bosne                   : 40 per car
Return Train Ticket to Mostar        :19 (per person)
Kravice, Pocitelj & Blagaj Tour       :120 (per car)
Tram in Sarajevo                         :10 (two person)
Vijecnica entrance ticket              : 28 (two person)
Bus from Sarajevo to Zagreb       :104 (two person)
F&B (kami makan ikut suka)        :125 (two person)
Guesthouse Simsir (2 nights)       : 113
Hostel Musala (2 nights)               : MYR 203


JUMLAH BESAR (PER PAX):  MYR 800

Jumlah ini hanya melibatkan jumlah kos di Bosnia sahaja, jika mahu lihat  tambang penerbangan, insurans, simkad dan lain-lain, sila rujuk entri ini > https://ijaie.blogspot.com/2019/12/catatan-perjalanan-ke-europe-dan-balkans.html


Catatan di Zagreb akan bersambung nanti. tungguuuuu…..