Tepat pukul 9.15 malam tanpa bertangguh walau seminit, bas bertolak meninggalkan Istanbul menuju ke Cappadocia (Kapadokya).
Mesti you all bayangkan bas long distance ni macam bas-bas kat Malaysia kan?
Salah, salah dan salah.
Kalau nak cuba sesuatu yang BARU, saya sangat-sangat menggalakkan sesiapa pun ke Turki naik LONG DISTANCE BUS ini kerana:
1) Harganya yang MURAH untuk jarak perjalanan yang amat panjang dan servis yang tiptop – 70 lira untuk 11 jam perjalanan adalah harga yang berbaloi.
2) Couch yang SELESA- Bas yang besar dan seat yang sangat-sangat selesa ala-ala kabin luas kapal terbang seat jenis Business Class.
4) ENTERTAINMENT CONSOLE untuk tengok movie, main games atau browse-brose internet juga di sediakan.
5) PRAMUGARA – Memang win sebab ini pertama kali saya jumpa pramugara (ada yang muda,yang tua pun ada!!) dalam bas. Pramugara mungkin hanya tahu berbahasa Turki, tetapi mereka akan membantu sedaya upaya.
6) MAKANAN dan MINUMAN ringan percuma seperti biskut, kek, coklat,air kotak, air suam malah kadang-kadang aiskrim di hidangkan oleh pramugara dari masa ke semasa.
7) PERHENTIAN YANG SELESA. Bas juga sentiasa berhenti dari masa ke semasa di perhentian-perhentian bas yang terdapat di sepanjang perjalanan. Perhentiannya sangat selesa, ada restoran, tandas, souvenir shop, surau dan banyak lagi.
8) Boleh JIMAT duit hotel jika naik bas malam / menikmati pemandangan cantik dan rare di Turki jika naik bas siang.
Namun, saya cadangkan sebelum naik bas jangan makan / minum terlampau banyak kerana satu-satunya kelemahan bas di Turki ialah TIADA TANDAS di dalam bas. Usah risau lapar atau haus kerana makanan dan minuman ringan sentiasa di hidang. Air mineral pun ada. Bas juga sentiasa berhenti di banyak perhentian.
Anyway, sebelum naik bas kami tetap alas perut dengan kebab daging yang sangat enak di beli dari gerai di stesen bas Buyuk Otogar di Istanbul dengan harga hanya TR 3 kongsi dua orang makan sebab saiznya yang amat besar.
NOTA:
Tips-Jangan terlambat naik bas walau sesaat kerana bas di Turki sangat PUNCTUAL.






























