Commercial Break

Monday, June 22, 2015

Tahrir Square



Muzium sudah di tutup. Agak hampa.

Namun masih awal sebenarnya. Baru pukul 4 petang, bagi muzium yang seharusnya pukul 5.30 petang baru ditutup. Adakah buka dan tutup muzium juga mereka buat peraturan sesuka hati? Begituah yang bermain di kepala.

Sebentar tadi kami terperangkap di dalam lalu lintas yang yang agak teruk. Kereta tidak bergerak. Jadi ustaz tour guide mencadangkan kami berdua turun berjalan kaki ke Muzium daripada tengah kesesakan, kerana risau jika lama-lama akibat lalu lintas yang kelihatan seakan tidak mahu bergerak, tidak sempat kami berdua ke muzium. 

Oleh kerana tadi masih awal, kami berdua singgah makan di Hardees dahulu. Restoran fast food ala-ala McDonald an KFC. Makanan di sini, bagi saya biasa-biasa sahaja. Sedap lagi KFC dan Mcdonald di Malaysia.


Selepas itu baru kami meredah jalanraya ke seberang sana muzium. Oleh kerana kenderaan masih tidak bergerak terlalu cepat akibat lalu lintas yang masih lagi sesak, kami berdua berjaya melintas jalan dengan selamat menyeberang jalan raya Cairo yang bagi saya agak menyeramkan.

Memandangkan masih ada masa lagi, Muzium yang ditutup tidak mematahkan semangat kami. Kami menuju ke Tahrir Square. Ianya terletak bersebelahan sahaja dengan Muzium. Cadangnya mahu duduk lepak-lepak dan melihat-lihat sekitar.

Tidak sampai 3 minit kami berjalan, seorang lelaki Mesir menegur kami.

“Where are you going?”

“Tahrir Square,” kami menunjuk kearah dataran yang amat terkenal yang menjadi tumpuan dunia satu ketika dahulu, semasa Egyption Revolution pada tahun 2011 yang menyaksikan kejatuhan Presiden Hosni Mubarak. Malah, demonstrasi-demonstrasi sebelum dan selepas itu juga di adakan di sini. Sehingga sekarang pun ia terkenal di seantero dunia kerana demonstrasi dan rusuhan yang pernah mencecah sehingga ke ratusan ribu dalam satu masa.

Nama lainnya ialah Martyr Square, terletak di Downtown Cairo.


Lelaki Mesir itu melarang kami ke Tahrir Square. Katanya, ada golongan tertentu yang mahu buat kacau di Tahrir Square untuk membantah hukuman yang baru sahaja di jatuhkan ke atas Morsi, dan pihak polis dan tentera sudah bersiap sedia di situ untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Malah, pejabat sekitar dan kedai-kedai mulai di tutup, kesemua pekerjanya bergegas bersiap sedia untuk pulang.

Ohh. Baru paham. Ia menjelaskan keadaan trafik yang sesak teruk sebentar tadi, dan juga muzium yang ditutup awal.  

Lelaki itu menerangkan lagi, dia seorang pensyarah di salah sebuah kolej berdekatan. Dia bertanyakan arah tujuan kami. Kami menceritakan segala-galanya. Lantas dia mengajak kami mengikutnya..Mahu di tunjukkan kedai souvenir yang murah katanya. Suami saya mulai mengikut jejak langkah lelaki itu.

Rasa sangsi mulai menyelebungi. Terbayang entah ke mana-mana akan di bawanya kami. Rompakan setelah di bawa ke tempat sunyi? Di culik? Ohh tidak sanggup membayangkan keadaan itu. Lantas saya menarik lengan suami. Saya mendesaknya agar berhati-hati, jangan terlalu percayakan lelaki yang baru sahaja di temui. Syak wasangka saya berasas. Berdasarkan ekonomi Mesir yang belum terlalu kukuh kerana keadaan politik yang masih bergolak, maka kerana itu saya tidak mudah terlalu percayakan orang asing, lebih-lebih lagi ini baru hari pertama kami di bumi Cairo ini.

Namun suami saya seakan di pukau. Dia hanya mengangguk mendengar kata-kata saya, tetapi langkahnya di teruskan mengikut lelaki asing itu. Mereka berbual-bual. Kata-kata saya seakan masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.

Ohh, akhirnya tidak sampai 7 minit, kami sampai di hadapan sebuah kedai souvenir. Rupa-rupanya lelaki itu benar mahu berbudi. Setelah kami ucapkan terima kasih, dia terus berlalu pergi. Lega, tiada rompakan. Namun, hanya 50% lega. Dalam hati saya masih bersarang wasangka. Melihat kedai tertutup rapat ini, ramalan lain pula yang datang menjengah.


“Entah-entah ini geng-geng laki tadi tu? Manala tahu tiba-tiba mereka yang berada di dalam kedai sudah merancang dengan lelaki tadi untuk merompak kami?”

Ya. Teruk betol perasaan wasangka perempuan ini.

Suami saya menerangkan, dia dapat merasakan keikhlasan lelaki tadi yang benar-benar melarang kami ke Tahrir Square kerana takut bahaya di situ.

Dan akhirnya  masuk juga kami ke dalam kedai berhawa dingin itu, yang sebenarnya tuan kedai juga sudah hampir mahu pulang barangkali. Namun tetap di tunggunya kami melihat barang-barang di dalam kedai.

Alhamdulillah, kami selamat. Di pertemukan dengan orang baik Mesir, menipiskan perasaan wasangka yang di bawa sebagai bekal untuk berhati-hati sejak dari Malaysia. 

Hari pertama kami di Mesir baik-baik sekali.

Saturday, June 20, 2015

Kubu Salahuddin Al Ayyubi - Salah Al Din Citadel


Selepas Giza, kami ke Citadel of Cairo / Salah Al Din (Saladin Citadel) yang terletak di Bukit Mokattam di tengah-tengah bandar Cairo.

Ianya adalah sebuah kubu pertahanan yang di bina oleh Salahuddin Ayyubi semasa Perang Salib sekitar 1183 Masihi.

Monumen ini menempatkan tiga buah masjid, muzium polis, muzium tentera serta sebuah bekas kediaman rasmi pemerintah. Ianya adalah di antara monumen bersejarah utama di Mesir yang tidak mempunyai kaitan dengan era Zaman Firaun.





Bayaran masuk bagi para pelawat adalah 50 EP (RM25).

Seperti tempat-tempat tumpuan awam Mesir yang lain, semua pelawat di kehendaki melalui pengimbas keselamatan sebelum di benarkan masuk. Jika ada yang meragukan, barang-barang dalam beg pun perlu di keluarkan dan di tunjukkan kepada pengawal yang menjaga.

Kawasan di dalamnya amat luas. Seni bina bangunannya, amat menggamit sejarah. Sayangnya, penerangan di dalam Bahasa Inggeris adalah tidak lengkap dan banyak kesalahan pada grammar dan susunan ayat. Ringkasnya, nak memahamkan penerangan dalam Bahasa Inggeris, kena baca dengan bersungguh-sungguh.




Di sinilah antara kedudukan strategik untuk menikmati sebahagian pemandangan seluruh Bandar Cairo. Dari kedudukan kubu yang tinggi ini, pemandangan dan kepadatan penduduk Cairo dapat di lihat saujana mata memandang.









Di sini juga letaknya Majid Muammad Ali, Masjid Al-Nasir Muhammad Qala’un, Masjid Suleyman Pasha, Gawhara Palace Museum (the Jewel Palace), Carriage Museum, Muzium Polis dan Muzium Tentera Kebangsaan Mesir (Egyptian National Police Museum and National Military Museum).



Senibina masjid, amat-amat mengkagumkan.













Ada juga Citadel Prison Museum, penjara di mana banduan di kurung di zaman Muhammad Ali Pasha.






Dan juga penemuan terbaru. Baru di gali barangkali.




Untuk menghayati kubu ini, saya cadangkan agar anda google, cari info mengenai kubu ini dan fahamkan sejarah berkaitan tempat ini, barulah anda benar-benar mampuymenghayati dan menghargai sejarah tempat ini.

Thursday, June 18, 2015

Piramid di Giza


Breakfast pertama di Cairo amat lazat. Ini Fatirah namanya (ya, bagaikan nama gadis cantik Arab Mesir).
Ianya di beli oleh Nazihah di salah sebuah kedai yang kebetulan di buka awal. Kebanyakan peniaga-peniaga Mesir, kedai mereka di buka sangat lewat (SANGAT bagi sarapan pagi). Fatirah ini di beli bungkus dan di bawa ke Rumah Perlis yang kami diami.
Ini Fatiraj berintikan daging. Sebenarnya Fatirah ada pelbagai jenis, ayam, tuna, malah cokelat pun ada!
Rasanya memang sedap, enak, lazat dan terbaik. Bila tengok gambar , memang rindu sangat nak makan Fatirah lagi sekali. Uwaaaa nak nanges mengidamkan Fatirha!!! (Ok, ada emosi nafsu-lapar, mengidam-bukan-mengandung dan rindu-makanan-arab, bercampur-baur dalam satu)
Hari pertama di Mesir kami akan berjalan-jalan di sekitar Cairo dahulu. Destinasi pertama pastilah Piramid di Giza, salah satu daripada 7 Wonders of the World.
Sebenarnya, untuk melancong ke Mesir ini, rata-ratanya akan mengupah mana-mana pelajar Malaysia yang sedang belajar di Mesir yang membuat pekerjaan sampingan sebagai tour guide di Mesir. Mereka sewakan kenderaan dan bawa kita pergi ke tempat-tempat menarik di Mesir mengikut kehendak sendiri ataupun boleh juga ikuti cadangan mereka. Jangan terkejut, ramai pelajar Malaysia cari rezeki di Mesir sambil belajar. Ramai yang bekerja sebagai tour guide, ada juga yang bekerja di restoran, malah yang buka restoran pun ada! Paling penting harus fasih berbahasa Arab dan faham perangai Arab Mesir, maka mudahlah kehidupan di Mesir. Pelajar-pelajar lelaki di Mesir ini lebih di kenali sebagai ustaz, dan pelajar wanita pula di kenali sebagai ustazah.
Seronoknya jika berjalan bersama-sama ustaz-ustaz pelajar Mesir ini, mereka memang pakar dalam sejarah Mesir dan pasti akan di selitkan sekali dengan ayat-ayat Al Quran dalam setiap penceritaan mereka. Bab ini memang kagum.
Terasa amat kerdil sebab lebih banyak yang kita tahu, lagi kita sedar yang ilmu itu amat luas, banyak lagi sebenarnya yang kita tidak tahu.
Untuk trip kami, seorang ustaz Thailand telah di tempah awal-awal. Dialah ustaz yang sama yang mengambil kami dari airport Cairo. Oh ya, untuk pastikan perjalanan dari airport ke mana-mana tempat yang anda menginap selamat, jangan naik teksi sebarangan. Banyak terjadi pelancong di rompak oleh pemandu teksi. Maka, untuk keselamatan, booking mana-mana ustaz sebelum trip bermula terutamanya untuk perjalanan dari airport sebab orang tahu anda berkemungkinan adalah pelancong. Ini adalah antara tips penting melancong di Mesir untuk keselamatan anda.
Tidak ramai yang benar-benar mampu memandu di Mesir. Jalanrayanya hampir tiada lampu isyarat dan tiada undang-undang. Saya pasti undang-undangnya ada, tetapi undang-undang jalanraya mereka tidak terlalu di gunapakai (atau tidak lansung?).  Gaya pemanduannya pula, Allah… Allah... Allah. Mereka pakar selit menyelit. Jadi, memang agak kurang selamat kalau tidak mahir. Lorongnya pula yang sepatutnya mungkin tiga, boleh bertambah hingga ke enam lorong mengikut keadaan. Tali pinggang pula, ikut sukahati mahu pakai atau tidak. Satu kereta boleh sesuka hati nak sumbat berapa orang pun takpe.

Bukan setakat orang, berapa banyak barang nak sumbat pun tak jadi hal.
Parking pun boleh sesuka hati. Dengan keadaan yang begini, entah bagaimana kereta di belakang mahu keluar?
Paling nostalgik, ada pelbagai jenis kenderaan dalam satu jalanraya yang sama. Kereta kuda, keldai, baghal semua pun ada bergerak bersama-sama dengan kenderaan moden di dalam satu jalan yang bukannya jalan kecil….aduhai. 

Sebenarnya memang gelak. Inilah uniknya mereka.
Walau begitu, terselit rasa kagum kerana yang saya perasan, mereka ini memang sangat confident bila memandu.
Ini hari pertama kami benar-benar dapat lihat Kaherah. Saya lihat Kaherah sekarang, sama macam Kaherah tahun 70-an yang saya lihat di TV. Mesir pernah maju dalam tamadun mereka, sayangnya mereka ketinggalan pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Kebanyakan bangunan-bangunan di Kaherah adalah empat segi dan bewarna cokelat. Debu katanya, baiklah bangunan juga berwarnakan debu.

Kadang-kadang, ia kelihatan seperti bangunan yang tidak siap, namun ada penghuni di dalamnya.




Perjalanan ke Giza dari Rumah Perlis tidak jauh, hanya setengah jam.

Bayaran masuk ialah 80 EP (RM40.00) seorang.
Ada beberapa tips yang harus di ketahui untuk masuk ke Piramid Giza dengan jayanya:


1)  Beli tiket di kaunter pintu masuk. Selepas melepasi pemeriksaan dan masuk ke dalam kawasan piramid, JANGAN layan sekiranya ada beberapa orang yang akan cuba tahan dan minta tiket daripada anda.  Mereka cuba menipu dan akan minta anda bayar semula harga tiket.

2) Di dalam kawasan piramid, JANGAN layan sekiranya ada yang cuba beri barang percuma kepada anda. TIADA istilah percuma hampir di semua tempat pelancongan di Mesir.

3) Sekiranya anda mahu naik unta, tanya betul-betul harganya. JANGAN Tanya sekiranya anda tidak mahu naik lansung.
Setelah berjaya buat derk berpandukan taktik-taktik di atas, akhirnya kami berjaya menikmati piramid yang mengkagumkan ini.
Piramid inilah yang setelah sekian lama membuatkan para saintis kebingungan akan keajaibannya. Banyak teori yang di kemukakan akan teknologi yang di gunakan dalam pembinaan piramid ini kerana berdasarkan teknologi pada zaman itu, seakan mustahil batuan besar yang mencapai ribuan kilogram dapat di angkat ke puncak bangunan yang tinggi.
Ada tiga piramid gergasi di sini. Kami menyaksikan sendiri saiz dan jenis batuan yang menegakkan piramid-piramid ini.







Piramid pertama. Diperbuat daripada bongkah-bongkah batu besar yang agak ajaib diangkat oleh manusia bersaiz seperti kita.



Piramid kedua dan ketiga. Dibina daripada batu-batu kecil. Binaannya tidak kukuh dan nampak runtuhan dan retakan.



Tidak cukup ilmu untuk saya ulaskan banyak mengenai piramid ini. Namun berkunjung ke tempat ini, amat-amat membuka minda.
Kawasan sekitar piramid



Tidak jauh daripada piramid-piramid ini, terletak kukuhnya patung Sphinx  yang berfizikal wajah manusia dan berbadan singa yang juga menjadi igauan oleh ramai pengkaji dan pengemar tamadun Mesir Purba.
Ia di anggap sebagai antara patung yang paling besar diperbuat daripada batu oleh manusia. Banyak pendapat dan perdebatan tentang tarikh dan siapa yang membinanya.

Sekali lagi, seiring dengan kewujudannya, banyak yang perlu dan boleh di kaji.



Antara yang unik juga, Sphinx ini tiada hidung, dan pelbagai pendapat juga yang muncul tentang hidung Sphinx ini.
Wallahualam.