Entri ini adalah sambungan Travelog Europe dan Balkans.
Jika belum baca entri sebelum ini, boleh jemput baca dulu entri tersebut.

Baiklah, jom sambung cerita Itinerari Hari Pertama Travelog Europe dan Balkans , iaitu transit di Doha sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang pertama yang dirancang iaitu Sarajevo, Bosnia Herzegovina.
Kami akan berada di Doha selama 19 jam. Waktu tempatan semasa kami tiba ialah 12 tengahari. Flight ke Sarajevo akan bertolak pada pukul 7.00 pagi keesokan harinya maka ada masa untuk kami explore Doha. Tak perlu gundah akan bagasi kerana bagasi akan terus tiba di Sarajevo. Maka kami sememangnya sudah bersedia dengan salinan pakaian dan barang keperluan untuk digunakan selama berada di Doha.
Selepas solat di airport, kami segera membeli Karwa Bus Pass Unlimited Card for 24 Hours yang berharga 20 QR per person . Pass ini membolehkan kami menaiki bas sebanyak mana pun selama 24 hours.
Destinasi pertama ialah Museum of Islamic Arts.
Kami pilih muzium ini sebab ianya mendapat rating yang tinggi di Tripadvisor. Lebih-lebih lagi kat luar tu cuaca Ya Allah panasnye cecah 39'celcius.
Lagi-lagi pada mulanya kami sangkakan muzium ni percuma sekali tu bila dah sampai baru tahu bayaran masuk ialah QR 50 .
Untuk yang sukakan muzium memang berbaloilah. Kami suka tapi berbanding Topkapi di Turki dan Muzium Egypt & Alexandra di Mesir….muzium-muzium tersebut sejarah dan ketemadunan yang dipamerkan lebih wow..lagi hebat.
Namun muzium ini pun boleh tahan juga..banyak barang hebat dipamerkan di sini.
Berikut antara barang-barang yang dipamerkan di sini:-
Selepas itu kami menghabiskan masa di sekitar muzium dan di Corniche. Berjalan kaki sahaja dari Muzium. Ikut signboard je, memandangkan tak guna internet di sini, ialah sebab nak lepak sini tak sampai satu hari kan..Tapi tak risau pun, semua tempat-tempat ni terletak berdekatan di antara satu sama lain je..
Corniche ni kawasan tepi pantai. Jika berminat nak naik traditional boat boleh try kat sini. Kitorang tak naik pun..
Selepas itu kami ke Souq Waqif. Sesiapa suka shopping, boleh membeli belah disini. Kami tak beli apa-apa sebab lepas ni nak travel banyak negara, jenuh nak mengangkut..so kami just jalan-jalan,lepak-lepak, makan-makan.
Tips bagi yang mahu tukar duit, sebenarnya lebih murah tukar di sini berbanding di airport. Berbaloi-baloi.
Makanan pula, semuanya pastilah halal tapi agak mahal, sebab kawasan tumpuan pelancongkan..
Untuk yang mahu tahu sedikit gambaran di Doha, selain gambar- gambar di atas, saya sempat juga mengambil sedikit gambar video, tapi tak sempat capture banyak, sibuk berjalan..anyway aiskrim di kedai macam dalam video ni sangat sedap, siapa teringin boleh refer nama kedai dalam video
Keseluruhan bajet kami di Doha adalah seperti berikut:
Karwa Card : QR 20 per pax
Muzium of Islamic Arts : QR 50 per pax
Fridge Magnet : QR 18 (all)
Aiskrim : 15 QR (all)
Capati Tuna & Meat Cheese : QR 10 (All)
Grand Total Per Pax : QR 91
Tips tambahan :

1) Sediakan pakaian dan barang peribadi yang secukupnya untuk tukar di airport.
2) Mungkin boleh pertimbangkan naik teksi sekiranya harga tambang teksi lebih kurang bas sahaja sebab attractions seperti yang kami jejaki di atas berdekatan antara satu sama lain. Kami hanya guna khidmat Karwa Bus sebanyak dua kali sahaja.
3) Survey keadaan cuaca dahulu, lagi best jalan-jalan Doha di musim sejuk. Kalau panas sediakan payung, topi dan sebagainya.
4) Untuk yang mahu tidur di airport, ada beberapa tempat yang sesuai untuk tidur antaranya ialah Quiet Room. Ada juga port menarik seperti bersebelahan perfume shop, berdekatan playground dan tv.
5) Boleh memilih menginap di hotel sekiranya masa transit lebih panjang dan mahu rehat yang lebih. Pilih hotel yang berdekatan Souq Waqif.
Selepas transit di Doha, kami akan meneruskan penerbangan dengan Qatar Airways untuk tiba ke destinasi sebenar, iaitu Sarajevo, Bosnia Herzegovina.
Tungguuu update seterusnya :-)