Rasa sayang pula nak
biarkan pendapat sendiri tentang tempat-tempat menarik di Penang yang telah di kunjungi baru-baru ini terperap
begitu sahaja. Walaupun tentu ramai orang Malaysia yang dah pernah ke
Penang, tapi maybe ada tempat-tempat menarik di bawah yang tidak pernah dikunjungi
lagi sebelum ini. Manala tahu...perkongsian ini mungkin dapat memberi idea
kepada sesiapa jua yang sedang merancang percutian ke Penang.
1)
Teluk
Bahang National Park
Kami telah menaiki bot ke Pantai Kerachut yang terletak di Taman Negara Teluk Bahang untuk menyaksikan sendiri tasik mekromatik yang unik, melihat penyu dan juga mengetahui lebih mendalam tentang fakta-fakta menarik tentang penyu. Ada banyak lagi aktiviti di Teluk Bahang seperti mandi laut dan bersantai-santai di pantai.
2) Bukit
Bendera
Bukit Bendera. Sudah pasti tempat ini
adalah merupakan lokasi wajib di kunjungi terutamanya bagi mereka yang belum
pernah sampai ke Penang. Namun kali ini saya mahu berkongsi tips untuk
mengelakkan kesesakan luar biasa yang sering melanda Bukit Bendera, iaitu datang
awal pagi.
Sebagai contoh, kami telah tiba
di kaki Bukit Bendera dan beratur untuk menaiki tram ke atas puncak seawal 6.30 pagi!
Strategi elak sesak ini amat berjaya kerana kami tidak perlu beratur panjang
lansung. Tambahan pula cuaca sejuk berkabus di atas amat menyenangkan.
Bonusnya, dapat pula bertemu dengan matahari terbit. Orang pun tidak ramai.
Sangat best untuk menerokai seluruh kawasan Bukit Bendera.
3) Komtar
Komtar bukan sahaja
merupakan bangunan yang tertinggi di Penang, malah merupakan pencakar langit
yang ke 6 tertinggi di Malaysia. Kalau rasa nak naik atas tu agak mahal, tengok
dari jauh pun dah cukup memukau.
4) Rumah P.
Ramlee
Rumah P. Ramlee pada saya adalah merupakan attraction yang cukup menarik di Penang. Tambahan pula dengan bayaran masuk yang PERCUMA, lagilah hati ini tidak dapat menolak untuk sama-sama menyelusuri laluan kenangan yang berkisar tentang perjalanan hidup tokoh seni negara itu.
5)
Upside
Down Museum
Tempat ini sesuai bagi
mereka yang suka menyimpan koleksi gambar-gambar unik dan menarik. Cuma kalau
nak explore sendiri tu memang tak lah…sebab bila masuk ke sini, sudah ada
pekerja yang susun atur kedudukan dan tolong tangkapkan gambar pengunjung.
Ianya sama sekali tidak free flow.
6)
Penang
Street Art
Menarik
sangat untuk mereka yang suka jalan-jalan tengok persekitaran dan mengambil gambar.
Di luar bangunan-bangunan Jalan Seni Penang ini banyak terdapat lukisan-lukisan
mural yang sangat menarik dan sesuai untuk fotografi.
Di harap perkongsian
di atas dapat membantu sesiapa sahaja yang sedang merancang percutian di
Penang. Selain dari itu, Penang juga sesuai untuk mereka yang merancang untuk
jalan-jalan cari makan. Boleh refer post ini http://ijaie.blogspot.com/2019/04/tempat-makan-sedap-di-penang.html
Terima kasih!
Berapa harga tiket train naik & return ke bukit bendera untuk tgok matahari terbit tu?
ReplyDelete