Commercial Break

Monday, April 15, 2019

Tempat makan sedap di Penang

Selepas buat keputusan nak jalan-jalan ke Penang pada hujung tahun lepas, perkara pertama yang saya google ialah "makan sedap di Penang". Nampak nau-nau trip ini tujuan utamanya ialah jalan-jalan cari makan, so dah memang pesan kat diri sendiri janganle bising gemuk bila balik dari Penang haha!

Namun sememangnya tersangatlah ruginya kalau dah ke Penang tapi tak cuba makanan-makanan femes kat Penang, sebab Penang memang terkenal dengan 'Food Paradise'!

Ini dia review ikhlas saya setelah mencuba pelbagai makanan sedap di tempat-tempat makan yang famous di Penang.


1) Nasi lemak Cili Bilis di Gurney Drive




Hari pertama tiba di Penang kami dinner di Nasi lemak Cili Bilis di Gurney Drive ni. Lokasi tempat makan ni terletak betul-betul di Gurney Drive, warung ni terletak di tepi sekali di antara warung-warung lain.


Nasi lemaknya memang harum mewangi, sambalnya pun ada umphh. Ada banyak lagi lauk yang boleh di pilih selain daripada lauk basic seperti telur dan sambal ikan bilis. 


Cuma yang tidak berapa kondusifnya ialah agak sukar untuk mendapatkan tempat untuk meletak kereta, kekurangan meja dan tempat duduk dan juga harus beratur jika mahu order nasi lemak. Mungkin juga kerana kami datang Jumaat malam. maka orang agak ramai? Atau pun memang selalu ramai begitu, saya pun tidak pasti.

Alamat: No 1, Gerai Kawasan Penjaja Gurney Drive, 10250 George Town, Penang

2) Astaka Taman Tun Sardon
     



Astaka Taman Tun Sardon ini ialah sebuah foodcourt.  Tempat ini memang syurga sarapan kerana terdapat pelbagai aneka sarapan boleh didapati di sini.

Antara makanan unik yang kami cuba ialah:

Sandwich ketam - saya suka sebab rasa ketam dan pedas!

Serabai dan Apom Bakar cicah kuah manis - Okla, pertama kali makan ini dan tak pernah pula terjumpa di tempat lain. Bukan citarasa saya, tapi rasanya ok. 

Kami datang weekend, orang agak ramai, agak sukar untuk mendapatkan tempat duduk. 

Alamat: Taman Tun Sardon, 11700 Gelugor, Penang



3) Mee Sotong Hameed Pata



Ianya sejenis mee goreng yang di tambah sambal sotong di atasnya. Sedapppp. Enak. Berbaoi-baloi. Lain dari yang lain. Sememangnya made in Penang only.

Sementara menunggu mee sotong di siapkan, boleh cuba coconut shake, antara minuman popular di sini.

         




Lokasi warung ini terletak di foodcourt di Padang Kota. Senang jer nak carik restoran ni. Mana yang ramai orang beratur, disitulah terletaknya Mee Sotong Hameed Pata. Tak boleh nak cari hanya berpandukan signboard restoran ini sebab kecil je, dari jauh memang tak nampak.


Address: 19, Lebuh Pantai, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang


4) Restoran Mohammed Raffee Nasi Kandar

       

Orang kata tak lengkap kunjungan ke Penang kalau tak cuba Nasi Kandar. Sebenarnya banyak sekali restoran-restoran di Penang yang menyajikan nasi kandar yang enak, pilih je yang mana satu. Kami telah ke sini dan nyatalah Nasi Kandarnya amat enak dan tidak mengecewakan.

Alamat: No. 295, Burma Road, Pulau Tikus, Georgetown, Penang




5) Pondok Style


              



Makanan, dessert dan minuman di sini memang wowwww sangat. Dahleer semuanya sedap, enak, dan amat unik, malah harganya tidak mahal, berbaloi-baloi. 

                                    


Alamat: 21, Lintang Bayan 11, Taman Tunas Muda, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Begitulah review ikhlas tentang restoran-restoran yang sempat kami kunjungi d Penang.

Sebenarnya banyak lagi tempat makan best-best tapi tak femes. Kalau pergi Penang dan rasa-rasa tak suka nak makan di tempat-tempat yang ramai orang, boleh je try makan di tempat-tempat makan biasa, banyak je yang sedap….yang pasti Penang memang syurga makanan!

No comments:

Post a Comment