Kami berada di Jepun (Tokyo – Nikko – Kawaguchiko – Disneysea) pada akhir musim luruh (autumn) selama 10 hari.
Selama tempoh tersebut, sebanyak 5 buah hostel/hotel telah kami pilih
sebagai tempat untuk menginap di Jepun. Kesemua accommodations ini telah di tempah
seawal 2 BULAN hinggalah 3 BULAN sebelum menjejakkan kaki di Jepun.
Berikut adalah jumlah harga
setiap accommodations yang telah kami tempah:
1) First Cabin (1
malam): 5,300 yen per person
2) Hotel Famitic Nikko
(1 malam) : 9,000 yen per room.
3) E-Hotel Highashi
Shinjuku (3 malam): 35,000 per room for 3 nights.
4) Plaza Inn
Kawaguchiko (1 malam) : 8,500 yen per room
5) Akhibara Hotel 3000
(3 malam) : 21,342 yen per room for 3 nights.
Penginapan di Jepun
telah di tempah melalui website AGODA.
Ketika memilih dan menempah accommodations yang sesuai untuk 2 orang,
saya telah mengambilkira beberapa faktor:-
1) SELESA YANG PALING MURAH. (atau BERPATUTAN). Percutian ini tidaklah bajet
sangat,, memandangkan saya membawa ibu bersama. Pilihan pertama ialah yang
selesa. Namun saya tetap dengan sedaya upaya cuba untuk meminimakan kos accommodations.
Lagipun kami keluar awal pagi dan hanya pulang lewat petang/malam, jadi agak
rugi jika pilih accommodations yang mahal.
2) RATING YANG TINGGI. Walaupun murah/berpatutan,
kesemua accommodations yang dipilih saya pastikan punya rating
Agoda sekurang-kurangnya 7.5 dan ke atas. Saya juga membandingkan rating di
Tripadvisor, Booking.com dan Hostelworld.com. Seperti yang telah dinyatakan di
atas, saya tetap pentingkan keselesaan dan kepuasan hati dalam memilih tempat
penginapan yang sesuai.
3) PRIVATE ROOM & PRIVATE BATHROOM Pilihan pertama, saya cuba untuk
mendapatkan accomodations Private Room & Private Bathroom. Jika tidak
mampu, saya akan aim hostel-hostel with shared bathroom dengan rating yang
tinggi. Jadi, separuh accomodations yang saya senaraikan ini adalah murah untuk
mereka yang mahukan private room. Jika anda pilih yang bukan private
room, mungkin harganya boleh dapat lebih murah lagi.
4) HEATER & HOT SHOWER – ini sangat penting kerana cuaca
autumn sejuk sedang menghampiri winter. Paling best kalau
accommodation yang dipilih ada floor heating, pijak lantai yang warm dalam
kesejukan yang mencengkam adalah sebuah kebahagiaan.
5) BERDEKATAN SUBWAY, BUS STATION atau EASILY ACCESSIBLE. Kalau tidak, jenuh menapak
sebab kami menggunakan pengangkutan awam sepenuh masa. Kena rajin baca review jika
mahu tahu betul atau tidak accomodations berkenaan berdekatan metro atau tidak
kerana 5 minit orang Jepun mungkin bersamaan dengan 15 minit orang Malaysia
berjalan kaki. Trust me!
6) BERSIH, BERSIH & BERSIH. Dah la murah, nak bersih pulak
tu. Itu sudah pasti! Banyak je accomodations di Jepun murah
dan bersih. Selain bersih, pastikan jangan ada bed bug (kena
baca review satu persatu jika mahu tahu ada bed bug atau
tidak.)
Semasa accomodations ini di tempah, ianya adalah pada waktu yang
berbeza-beza, maka rate semasa itu juga berbeza-beza.
Setelah study berulangkali, akhirnya berikut ialah
senarai tempat-tempat penginapan pilihan yang telah di tempah selama berada di Jepun.
1)First Cabin (Haneda)
Apa yang bestnya hostel ni?
Tujuan utama saya memilih tempat ini ialah kerana mahu
merasai tinggal di capsule hostel. Sebab kedua ialah saya merancang untuk
bergerak ke Nikko dengan menaiki bas dari Airport Haneda pada awal pagi, maka hostel
ini adalah pilihan yang paling sesuai memandangkan ia terletak di kawasan
airport. Ianya sangat dekat dengan Haneda International Airport, dan hanya perlu
menaiki shuttle bus untuk ke First Cabin, yang terletak di Haneda Terminal 1.
Selain itu, hostel ini sangat bersih, dengan toilet yang first class. Kemudahan
yang disediakan adalah first class dengan selipar, baju tidur dan toiletries
brand Sheiseido yang terdiri daripada pencuci muka, toner malah moisturizer. Ladies Cabin dan Men Cabin adalah berasingan.
Kelemahan capsule hotel ialah untuk orang yang mudah terjaga, mungkin
tidur akan sedikit terganggu sekiranya jiran-jiran capsule
keluar/masuk/bercakap walaupun dengan nada perlahan.
My rating : 7.0/10 - Capsule hotel adalah pengalaman yang unik, tetapi
saya suka tidur didalam keadaan yang senyap sunyi, maka mungkin saya tidak akan
memilih capsule hotel lagi selepas ini. Jika anda jenis yang tidak mudah terjaga semasa tidur, saya rasa
capsule hotel lebih bagus daripada hostel kerana keadaan tempat tidur yang
sangat privacy.
2) Hotel Famitic Nikko
Saya pilih hotel ini
kerana ia adalah hotel yang paling murah dengan rating yang paling tinggi di Nikko
mengikut ciri-ciri yang saya mahukan.
Hotel ini tersangatlah dekatnya dengan TobbuNikko station, tak sampai 5
minit berjalan kaki.
Bilik yang saya pilih mempunyai tandas dan sinki di dalam bilik, cuma untuk shower ianya terdapat di luar, bersebelahan bilik. Keluasan di dalam bilik adalah sederhana, tidak besar tetapi memadai untuk 2 orang.
Kebersihan adalah tip top, dengan pemandangan luar yang amat memukau.
Yang seronoknya, hotel ini berhadapan dengan Famili Mart, malam-malam
sempat kami ke sana minum coffee dan hot chocolate.
Malam tidur memang enak kerana suasana bilik yang sunyi, tambahan pula bilik di lengkapi dengan floor heating.
Malam tidur memang enak kerana suasana bilik yang sunyi, tambahan pula bilik di lengkapi dengan floor heating.
My rating: 9/10
3)E-Hotel Highashi Shinjuku
Segala-galanya yang ada di sini sememangnya seperti hotel. Harga sebenar hotel adalah mahal, tetapi saya dapat grab semasa promo oleh Agoda.
Keluasannya tidak besar, tetapi memadai untuk 2 orang, bergantung kepada saiz beg. Semuanya lengkap termasuklah ada ubat gigi dan siap dengan toiletries seperti pencuci muka, toner dan moisturizer. Kebersihan adalah tip top. Toilet sudah tentulah complete di dalam bilik.
Yang paling seronok, hotel ini terletak betul-betul di sebelah pintu
masuk mrt station.
My rating: 8.5/10
4) Plaza Inn Kawaguchiko
Mungkin kerana Kawaguchiko menjadi tumpuan ramai pelancong, jadi di saat-saat saya survey accomodations di sini, tak banyak yang tinggal mengikut jenis-jenis hotel yang saya mahukan. Pada mulanya saya agak ragu-ragu untuk menempah hotel ini kerana terbaca review bahawa ia merupakan bangunan lama. Namun nasib baik semuanya baik-baik sahaja haha!
Walaupun accommodation ini ialah sebuah hotel di bangunan yang agak lama, tetapi ianya bersih dan lengkap, toilet di dalam bilik. Ianya merupakan bilik yang paling besar sepanjang saya menginap di Jepun. Ntah mengapa saya lupa mengambil gambar bilik, mungkin kerana terlalu asyik mengambil gambar video dan pemandangan di luar. Jadi kalau nak tahu pemandangan di dalam bilik, boleh aje tonton video di bawah sekali.
Bilik saya menghadap belakang, view luar bilik memang super awesome! Paling best boleh lihat rumah-rumah orang Jepun secara dekat.
Ianya sangat dekat dengan Kawaguchiko Station, iaitu lebih kurang 5
minit berjalan kaki.
Cuma yang tak bestnya, ada receptionist yang agak kurang fasih berbahasa Bahasa Inggeris.
My ratings: 7.5/10
My ratings: 7.5/10
Antara semua tempat saya menginap di Jepun,
Akihabara 3000 adalah yang paling jauh dari stesen mrt iaitu sejauh 600 meter.
Ianya merupakan sebuah hostel dan kesemua tandas
terletak di luar bilik.
Seperti biasa, saya tetap memilih private room untuk
2 orang. Kekurangannya, semua katil adalah jenis dua tingkat, tiada double bed atau single bed. Namun yang bertuahnya, sepanjang kami menginap, hanya kami berdua di tingkat
tersebut dan penggunaan tandas juga amat privacy, iaitu kedua-dua toilet dan shower room sangat dekat terletak di
hadapan bilik.
Paling saya suka di hostel ini ada disediakan kemudahan coffe, tea etc 24 hrs di kafenya yang berada di tingkat bawah sekali.
My ratings: 7.5 /10
RINGKASANNYA, JUMLAH KOS PENGINAPAN PER PAX bagi 10 hari percutian kami di Jepun ialah MYR 1,605 Per pax.
Bagi yang berminat untuk lihat lebih lanjut, ini pula video accomodations di atas..harap dapat membantu.
Tq and stay tune for next entry!
Tq and stay tune for next entry!
Other similar posts: