Commercial Break

Monday, January 28, 2019

ITINERARY DAN BAJET 10 HARI PERCUTIAN DI JAPAN (TOKYO–NIKKO–KAWAGUCHIKO(FUJI)–DISNEYSEA)

                  

Alhamdulillah syukur, hasil perancangan selama lebih kurang 6 bulan sebelum berlepas, akhirnya musim luruh (autumn) yang terchenta terbentang di hadapan mata, berwarna warni dan memukau jiwa. Musim luruh sememangnya mendapat tempat nombor satu di hati ini bukan sahaja kerana pemandangannya nan indah, malah jika kena pada waktu yang tepat, cuacanya nyaman dan tidak sejuk yang melampau. 

Di Jepun, warna warni autumn serta tahap kesejukan berbeza-beza mengikut lokasi pada waktu yang sama.


Untuk entri kali ini, saya cuba berkongsi seringkas mungkin itinerary dan kos-kos terlibat yang mungkin dapat membantu seseiapa yang sedang merangka percutian ke Japan. Percutian ini adalah percutian selama 10 hari 9 malam dan destinasi di Jepun meliputi Tokyo, Nikko, Kawaguchiko (Fuji) dan Disneysea. Ringkas tak ringkas panjangler juga ;-)

Untuk entry penuh, InsyaAllah semoga diberi kekuatan untuk saya update satu persatu tips-tips, makanan halal, shopping, day-to-day, tempat yang menarik, accomodations dan segalanya mengenai Jepan. Gituuu. Besar sungguh hajat..Tunggu ya…


Terima kasih pada yang sudi jenguk dan baca blog ini. ;-)










1)PENGANGKUTAN / TRANSPORTATION 

KUL- TOKYO (HANEDA) -KUL = MYR 1,245 PER PAX

Saya telah membeli tiket return Air Asia ke Tokyo (Haneda) lebih kurang 6 bulan sebelum tarikh berlepas. Harga MYR 1,245 ini sudah termasuk check-in bagasi pergi (25 kg) dan pulang (30 kg) serta makanan di dalam flight. 








2)PENGANGKUTAN DI JAPAN
JUMLAH KOS PENGANGKUTAN DI DALAM JAPAN : MYR 1,040 PER PAX

Di Japan, kami banyak menggunakan pengangkutan awam seperti train dan bas.

Untuk tujuan ini, kami telah mendapatkan beberapa pass dan tiket seperti berikut:

a)Tokyo Subway Ticket (Tokyo Metro & Toei Subway) – kami beli 2 pass yang berharga 1,200 yen setiap satu. Pass khas ini sememangnya khas untuk pelancong sahaja. Gunakannya kerana ianya sangat menjimatkan untuk cover sekitar bandar Tokyo dengan menggunakan train line Metro dan Toei.

b)PASMO CARD – 3,000 yen . Bagi laluan train yang TIDAK menggunakan Tokyo Subway Ticket seperti di atas, saya telah menggunakan Pasmo Card. Ianya IC card ala-ala Touch N Go.

d)Tiket bas dari Haneda Airport ke Nikko -3,300 yen (tiket di beli secara online di Malaysia)
(saya terus ke Nikko selepas tidur satu malam di Haneda)

e) Chuzenji Onsen Free Pass – 2,000 yen (pass ini untuk cover attractions sekitar Nikko. Ianya berkonsepkan hop on hop off, boleh naik banyak-banyak kali pun takpe, asalkan melalui route dan hari yang dibenarkan mengikut pass).

f) Akechideira Plateu Ropeway - 730 yen (return trip) untuk menyaksikan keindahan Nikko dari puncak bukit.

g) Direct Limited Express Train Ticket from Nikko to Shinjuku – 4,000 yen. Beli tiket di kaunter dalam stesen bas Nikko.

h) Kawagoe Pass – 700 yen. Kawagoe Pass ini untuk kegunaan menaiki Tobu Tojo Line ke Kawagoe.

i) Return Bus to Kawaguchiko – 3,400 yen (perlu tempah awal kerana bas ke Fuji laris seperti goreng pisang panas. Kami booking online sejak di Malaysia lagi).

j)Sightseeing Bus All Lines (Red Line, Green Line and Blue Line) with Mount Kachi-kachi Ropeway and Kawaguchiko “En Soleil” Sightseeing boat Ride - 2,300 yen. Pass ini dibeli untuk cover attractions di sekitar Fuji dengan menaiki bas. Pas ini valid untuk 2 hari sahaja. Kami beli sekali dengan pakej Ropeway dan boat ride kerana harganya lebih murah berbanding beli berasingan.
Namun personally saya rasa, Mount Kachi-kachi Ropeway and Kawaguchiko “En Soleil” Sightseeing boat Ride Pass ini agak over rated. Di entri yang kemudian akan saya cerita alasan kenapa tidak perlu beli pass ini.

k) Airport Limo Bus from Akihabara ke Haneda Airport – 930 yen. Tiket ini di beli on the spot. Last minute decision yang paling tepat dan menggembirakan.

Untuk penerangan lengkap tentang pass-pass ini, sila klik PASS PENGANGKUTAN http://ijaie.blogspot.com/2019/04/tips-jimat-pengangkutan-awam-di-jepun.html




3)PENGINAPAN / ACCOMODATION
JUMLAH KOS PENGINAPAN: MYR 1,605 PER PAX

Berikut adalah harga setiap accommodations yang telah kami tempah:

1) First Cabin (1 malam): 5,300 yen per person
2) Hotel Famitic Nikko (1 malam) : 9,000 yen per room.
3) E-Hotel Highashi Shinjuku (3 malam): 35,000 per room for 3 nights.
4) Plaza Inn Kawaguchiko (1 malam) : 8,500 yen per room
5) Akhibara Hotel 3000 (3 malam) : 21,342 yen per room for 3 nights.

Demi sebuah keselesaan, HAMPIR KESEMUA penginapan yang di pilih ialah bilik untuk 2 orang, dengan tandas di dalam bilik.

KESEMUA penginapan yang di tempah adalah AMAT berdekatan dengan train station kerana memikirkan saya membawa ibu yang sudah berusia terutamanya pada hari-hari awal di Japan. (2 orang lagi menyertai kami setelah beberapa hari di Jepun).

Untuk tujuan ini, saya tetap sedaya upaya mengambil masa untuk membuat pilihan terbaik, iaitu accomodations yang terbaik dengan kos yang terbaik, tidak terlalu mahal. Tentulah banyak lagi pilihan yang murah terutamanya jika anda memilih hostel yang berkongsi tandas dan seumpamanya.

Saya hanya berkesempatan untuk survey dan tempah penginapan lebih kurang 3 bulan - 2 bulan sebelum tarikh berlepas. Pada pendapat saya, sekiranya tempahan di buat lebih awal, maybe ada terdapat lebih banyak pilihan dengan harga yang lebih murah.

Review pula saya hanya akan pilih yang skor 7.5 dan ke atas.  

Penginapan di Jepun telah di tempah melalui website AGODA.

Klik di sini untuk lihat tempat-tempat penginapan yang telah dipilih dan personal review saya > REVIEW ACCOMODATIONS.





4)TIKET MASUK / ENTRANCE FEES 
JUMLAH KOS TIKET MASUK/ENTRANCE FEES : MYR 335 PER PAX

Wow tak sangka kos entrance fee adalah yang paling murah sekali. Nampak sangat trip kali ini ada trip scenery. Eh! tak jugak. Sebenarnya dalam perancangan asal, banyak tempat yang kami plan ada entrance fees, tapi kebetulan kebanyakan tempat-tempat yang dirancang ini kami tak sempat nak cover kerana kekangan masa. Kebetulan pula banyak attractions yang Berjaya di jelajahi adalah PERCUMA. Menarikkan? Dan hasilnya, hanya ada 2 attractions yang memerlukan tiket masuk iaitu Disneysea (MYR 275) dan Onsen Odaiba (MYR 56).






5)LAIN-LAIN KOS :

a)F&B : MYR 380 per pax

Kami memang banyak makan di restoran-restoran halal di Jepun, saja nak merasa. Lagipun ini pertama kali jejak Jepun, rasa rugi pula tak cuba makanan di Jepun.

Harga untuk 1 meal lebih kurang 1,000 yen per pax jika makan di restoran di Jepun. (Ikut pilihan makanan)

Kadang-kadang kami beli f&b dari convenient store seperti Family Mart dan 7 Eleven yang mana harganya lebih murah berbanding makan di restoran.

Namun, kami ada juga bawa makanan segera dari Malaysia. Anda boleh jimat banyak jika membawa bekalan makanan dari Malaysia.

Klik di sini untuk info tentang makanan halal di Jepun >> makan halal


b)Simkad : MYR 112 (MYR 56 per pax setelah di kongsi berdua)

Kami mengunakan simkad Hello 1010 yang berharga MYR 112 untuk 10 hari kami di Jepun. Harganya setelah di bahagi dua orang ialah RM 56.


c)Travel Insurans: MYR 71

Wajib weh ada insurans di Jepun sebagai langkah berhati-hati kerana kos perubatan di Jeoun teramatlah mahal. Saya membeli insurans Etiqa Takaful yang berharga RM 71 untuk tujuan ini.


d) Shopping:

Boleh tahan juga saya berbelanja shopping di Jepun. Antara barangan yang saya dapat grab di Jepun ialah produk-produk kecantikan, beberapa barangan elektronik dan snack halal seperti cokelat dan sebagainya.

Shopping di Jepun ni ikut bajet dan nafsu masing-masing la ye..lagi banyak fulusnya lebih banyaklah hasilnya..kalau tak banyak fulusnya bolehlah menabung dari sekarang khas untuk shopping di Japan ;-)





JUMLAH KESELURUHAN PER PAX

JUMLAH KOS PER PAX ialah RM 4,408 setelah di campurkan jumlah tiket penerbangan perbelanjaan penginapan, pengangkutan, entrance fees, simkad dan travel insurans.

JUMLAH KOS PER PAX ialah RM 3,163 sekiranya tidak termasuk tiket penerbangan.

JUMLAH KOS PER PAX keseluruhan termasuk F&B ialah MYR 4,788.

Harus di ingatkan bahawa trip ini bukan trip JIMAT. Namun banyak cara untuk berJIMAT di Jepun, terutamanya dari segi penginapan dan F&B.

Jumlah ini ialah untuk 10 hari 9 malam di Japan.







RINGKASAN ITINERARY

Ini pula ringkasan itinerary di Japan (TOKYO–NIKKO–KAWAGUCHIKO(FUJI)–DISNEYSEA). Untuk details yang sangat details, tunggu next post ya.


1)HARI PERTAMA

Tiba di Haneda International Airport Terminal, terus settlekan pembelian pass perjalanan yang berkenaan. Selepas itu naik free shuttle ke First Cabin Hotel yang terletak di Haneda Terminal 1. Memang purposely pilih First Cabin Hotel ni kerana memandangkan ketibaan di Tokyo adalah lewat malam dan juga besok pagi-pagi nak gerak ke Nikko dari Haneda International Terminal.


2)HARI KEDUA

Naik free shuttle ke Haneda International Terminal. Naik bas ke Nikko. Tiket ke Nikko ni memang dah plan and booking awal since di Malaysia lagi. Tiba di Tobu Nikko bus station terus beli pass yang bersesuaian untuk cover attractions di Nikko. Di sini juga kami tempah tiket untuk Direct Limited Express Train ke Shinjuku. Check in Hotel Famitic Nikko.

Selepas tu terus naik bas menggunakan pas tadi untuk ke Toshogu Shrine dan Shinkyo Sacred Bridge.


3)HARI KETIGA

Teruskan jelajah Nikko dengan pass yang sama. Pagi-pagi kami ke Akechideira Plateu. Then kami naik bas hingga ke Chizenji Onsen. Attractions yang terdapat di sini ialah Kegon Waterfalls, Lake Chuzenji, Chuzenji Temple, British Embassy Villa dan Italian Embassy Villa.

Selepas itu kami pulang ke Tobu Nikko bus station. Check out dan naik Direct Limited Express Train ke Shinjuku. Dari Shinjuku kami ke Highashi Shinjuku dan check in E-Hotel Highashi Shinjuku.


4)HARI KEEMPAT

Pagi-pagi kami teruskan perjalanan ke Meiji shrine dan Yoyogi Park dengan menaiki Metro. New experience sebab dapat hadap sendiri adat perkahwinan tradisional sebenar masyarakat Jepun.

Selepas itu kami jalan kaki ke Takeshita Street yang berdekatan. Makan ZakuZaku Ice cream yang sedap.

Untuk makan tengahari kami teruskan perjalanan menaiki Metro ke Shinjyuku Gyoen Ramen Ouka yang berdekatan dengan Shinjuku Gyoen Park. Pada mulanya kami plan nak ke Shinjuku Gyoen tetapi kami batalkan sebab rasa macam tak sempat.

Then kami ke Shibuya Crossing. Banyak juga kami bershopping di sini.


5)HARI KELIMA

Kami menghabiskan masa di Kawagoe dan jelajah hampir seluruh Kawagoe seperti Karazukuri Street, Taisho Roman Street, Warehouse District – Bell Tower, Candy Alley dan banyak lagi. Dalam perjalanan pulang kami singgah di Roppongi.


6)HARI KEENAM.

Check out hotel dan ke Shinjuku Expressway Bus Terminal untuk meneruskan perjalanan ke Kawaguchiko demi mengintai Fujisan. Setibanya di Kawaguchiko, kami check in Hotel Plaza Inn Kawaguchiko dan beli pass Sightseeing Bus All Lines (Red Line, Green Line and Blue Line) di Kawaguchiko Station.

Then kami ke Lake Kawaguchiko dan lunch di Aladdin. Then kami naik bas ke Kawaguchiko Natural Living Center and Oishi Park. Seterusnya kami sambung perjalanan menaiki bas ke Mapples Corridor yang sangat cantik! Akhir sekali kami ke Kawaguchiko Music Forest Museum dan Kawaguchiko Herb Hall.


7)HARI KETUJUH

Pagi-pagi selepas Subuh kami dah keluar demi mengintai Fujisan yang pemalu. Kami menaiki train ke Chureito Pagoda. Selepas itu menaiki bas ke Panaromic Gateway dan pusing bas melalui semua route Green Line.

Akhir sekali kami check out dan menaiki bas untuk ke Akihabara. Di Akihabara, kami check in Akihabara Hotel 3000 dan keluar semula untuk dinner di Cocoichibanya Akihabara. Selepas Dinner kami jalan-jalan di Akihabara.


8) HARI KELAPAN

Yehaaa..hari ini adalah hari untuk menjadi kanak-kanak. Kami menaiki train ke Disneysea. Dari pagi hingga malam memang enjoy-enjoy di Disneysea je, almaklumlah tiket mahal bebeno. Rugila balik awal.


9) HARI KE SEMBILAN

Menghabiskan masa di Odaiba. Antara yang kami singgah di Odaiba ialah Venus Fort, Shopping Malls, then kami enjoy-enjoy di Onsen. Selepas merasai aura ala-ala zaman Edo, kami ke Diver City Mall sebelum pulang ke Akihabara dan berjalan-jalan di Akihabara.


10) HARI KESEPULUH

Tak sangka dah nak tamat percutian di Jepun. Hari terakhir ni packing barang dan lepas tu shopping last minutes di Akihabara. Untuk ke airport kami naik Airport Limo dari Akihabara terus ke Haneda. Sambung shopping lagi di airport Haneda.



Sayonara Tokyo, Nikko, Fuji, Disneysea. 

See you soon Osaka, Sapporo, Fukuoka dan banyak lagi. Rindu Jepun.

Suka sangat dengan Jepun walaupun mahal hahaha.

Btw, ni video masa kat Jepun...enjoyyy






Thank u sudi baca. Ini Iti ringkas je ye.

Untuk penerangan setiap tempat sudi-sudi follow story selepas ini.