Sungguh, bercerita tentang makanan-makanan sedap di Turki benar-benar membuatkan saya terliur dan rasa ingin terbang sekarang
agar makanan yang di impikan berada di hadapan mata. Kami tidak pernah
merasa jemu menikmati makanan lazat di Turki membuatkan kerinduan pada makanan Melayu Malaysia
tidak begitu dirasai.
Ada beberapa makanan yang saya benar-benar recommend agar anda mencubanya sekiranya anda sedang melancong ke Turki.
AISKRIM
Boleh di katakan hampir setiap hari saya akan mencuba aiskrim pelbagai perisa yang terdapat di merata-rata kedai di Turki. Namun, aiskrim yang paling sedap pernah saya rasa setakat ini ialah aiskrim perasa pistachio homemade yang terdapat di restoran Nazar Borek, Goreme, Cappadocia. Kisah ini telah saya ceritakan pada entri lalu http://ijaie.blogspot.my/2015/10/makanan-sedap-enak-di-cappadociaturki.html
COKLAT
Coklat-coklat di Turki bukan sahaja murah, tetapi sedap. Saya telah jatuh cinta dengan coklat Turki semenjak pertama kali merasainya di Kota Mekah lagi. Sebelum pulang ke Malaysia, kami telah memborong banyak jenis coklat Turki yang confirm sedap setelah 'bereksperimen' sendiri di Turki. Coklat-coklat ini dibeli di pasaraya di Haseki dengan harga jauh lebih murah daripada yang di jual di tempat-tempat lain. Kami juga mendapati coklat-coklat Turki boleh di dapati dengan harga lebih murah di pasaraya Sok.
KUNAFA
Kunafa ialah manisan tradisional Turki. Kunafa yang paling sedap pernah saya rasa ialah Kunafa yang di bakar
secara tradisional
menggunakan arang
kayu
di sebuah restoran di belakang Spice Bazaar.
BUCUK & PEYNER
Sekali pandang nampak macam roti pita biasa-biasa, tetapi rasanya lebih dari jangkaan. Sangat berbeza dengan roti pita yang pernah di rasai di Malaysia.
TURKISH COFFEE
WAJIB RASA!!!!! Sangat-sangat enak. Pekat dan beraroma. Sangat berbeza dengan segala jenis coffe yang pernah di rasai di mana-mana sekalipun.
KOFTE
Kofte ataupun lebih dikenali sebagai meat ball di Malaysia. Dagingnya terasa asli dan lembut, di perap dengan rasa resepi asli Turki.
MESHUR ISLAK HAMBURGER
Nampak macam simple tetapi keenakannya fuhh...sampai hari ini termimpi-mimpi. Dari luar kelihatannya seperti roti di goreng, tetapi intinyalah yang paling win. Satu-satunya hamburger jenis ini yang saya temui ialah di Taksim Barisim Bufe, iaitu restoran berdekatan dengan Taksim Square.
KEBAB
Jangan lupa cuba kebab Turki yang mudah di jumpai walau di mana jua. Jangan terperanjat, sesungguhnya rasa kebab di Turki amat berbeza dengan kebab-kebab yang di jual di Malaysia.
MANISAN HACI SERIF
Di kawasan luar berdekatan Spize Bazaar ada satu kedai manisan sedap, highly recommended dan wajib rasa manisan unik ini bagi yang sempat singgah iaitu Haci Serif yang telah wujud sejak tahun 1938.
LENTIL SOUP
Selain daripada rasanya yang enak, lentil soup ini adalah pilihan yang amat tepat untuk memanaskan badan, dan juga amat enak di makan tidak kira samada dicicah dengan roti ataupun makan begitu sahaja!
BAKLAVA
Rasanya tidak perlu di perkenalkan lagi, Baklava adalah manisan yang amat terkenal di Turki.
SULU YEMEKLER
Sulu Yemekler ini rasaya macam sate dan rasa Sulu Yemekler di YOLEM RESTAURANT, Selcuk ini sungguh sedap.
PIDE
Pide adalah pizza Turki dan ada pelbagai jenis pide di Turki, salah satunya ialah Donerli Pide yang tidak kelihatan seperti pizza pun!
Jika ke Turki, jangan takut-takut untuk bereksperimen dengan makanan, kerana banyak makanan Turki enak-enak belaka, yang pasti mungkin ada yang teringat-ingat jika sudah cuba!
wow ice cream!!
ReplyDeleteLooks so delicious and fresh ^^
ReplyDeletesis..pasaraya sok tu dimana ye..berhmpiran tram haseki ke
ReplyDeleteJauh dari train...kena berjalan
Delete