Sebenarnya tidak sah kalau kita ke Kota Kinabalu tanpa melawat ke pulau-pulau yang terdapat di perisiran Kota Kinabalu ini kerana pulau-pulau yang terdapat di sini terkenal dengan keindahan dan kebersihannya.
Ini adalah kali kedua saya melawat pulau-pulau di sini, namun demikian pengalaman kali ini takkan saya lepaskan,kerana di sini tempt yang sangat sesuai untuk relaks-relaks dan melepaskan tekanan. Bukan senang nak sampai kot.
Dengan menggunakan kereta yang di sewa hasil booking sejak di semenanjung lagi, kami bertolak pagi-pagi dari Tanjung Aru ke Jesselton Point Jetty. Di sini parking kereta ialah seringgit satu jam.
Selepas itu perkara yang harus di lakukan ialah mengambil tahu dahulu waktu berlepas ke pulau yang di pilih. Tiket untuk ke pulau-pulau boleh di beli di sini. Banyak kaunter yang menawarkan perkhidmatan ke pulau dengan pebagai harga, jadi jangan segan-segan untuk pergi ke beberapa kaunter dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli. Harga untuk ke satu-satu pulau ialah lebih kurang RM 20 -RM 30 seorang.
Kami memilih untuk pergi ke dua pulau iaitu Manukan dan Mamutik.
Kaunter-kaunter tiket di Jesselton Point |
Sebelum ke pulau pastikan bawa makanan dan minuman terlebih dahulu, sebab makanan yang disediakan di pulau kebanyakannya mahal belaka. Lepas swimming atau bermain-main air perut pasti menjerit minta diisi, jadi pastikan makanan dan minuman di bawa sama ke pulau.
Dan lagi, sebelum keluar ke Pulau, pakai sunblock siap-siap, jangan lupa bawa sekali. Sampai kat Pulau pakai lagi. Kira-kiranya double block la. Itu kalau kita tak nak kulit jadi merah terbakar di panah cahaya matahari. Tak nak pulak bila pulang ke Semenanjung nanti orang tak kenal kita kan..
Alhamdulillah kali ini kami tak perlu tunggu lama, tak sampai lima minit dah dapat naik bot ke Pulau Manukan.
Ini bot-bot yang tersedia untuk membawa penumpang ke Pulau-Pulau. Kat sini pun actually dah boleh nampak ikan berenang-renang. Memang geram, ala-ala rasa nak masak dan makan. |
Macam watak utama dalam filem, naik bot sambil rambut lembut di tiup angin bayu. |
Naik bot ke Pulau Manukan tidak lama, hanya lebih kurang setengah jam dah sampai destinasi. Bot laju sangat, takde rasa loya atau stress. Rasa seronok naik bot ni.
Sebenarnya masa kat dalam bot lagi dah sangat terpesona dengan keindahan illahi. |
Sampai je pulau, kita kena melaui pintu utama dahulu. Kat sini kena bayar RM 3 seorang (warganegara Malaysia) dewasa.
Ni dia Pulau Manukan. Camtik sangat kan? Hati akan terus terpana, dan terkesima dengan keindahan pulau ni sebaik sahaja bertentang mata.
Tengok ikan ni. Nasib baik penakut kalau tak dah lama kena cekup. |
Sebaik sahaja sampai di Pulau ini, budak-budak dengan bapak budak terus dengan tak sabarnya menerjunkan diri ke laut. Mak budak ngan nenek dan atuk budak pulak duduk tepi-tepi..enjoy--enjoy ala sun bathing.
Setelah puas memerahkan kulit, kami pulang ke pulau Mamutik pula. Kat Pulau Mamutik tak lama, sekejap je sebab budak-budak pun dah letih. Kami ke Jesselton Point menggunakan feri lebih kurang pukul 1 tengahari.
Bersambung..
No comments:
Post a Comment