Alhamdulillah, akhirnya setelah berada di dalam Feri dari Labuan ke KK selama 3 jam, akhirnya kami sampai di jeti Kota Kinabalu. Pengalaman naik feri kali ini. Terus terang, saya rasa ia adalah antara pengalaman yang paling tidak menarik menaiki feri, kerana keadaan di dalam feri yang agak panas dan tidak selesa. Ada beberapa penumpang yang mulai loya dan pening setelah beberapa jam di dalam Feri. Tapi tak apalah, yang penting selamat sampai.
Saya pernah ke jeti Kota Kinabalu sebelum ini, jadi saya perasaan jeti ini sudah banyak kemajuan dan pembaharuan. Antaranya ialah terdapat kedai-kedai makan terdapat di kiri kanan laluan jeti.
Welcome to Kota Kinabalu, Alhamdulillah! |
Maklumat mengenai Feri juga ada di sini. |
Di Kota Kinabalu pada kali ini kami memilih untuk tinggal di hotel biasa2 sahaja, memandangkan kami akan banyak berjalan dan kurang tinggal di hotel, jadi tak perlu hotel mahal cukuplah sekadar untuk bermalam. Hotel Megah D Aru ini terletak di Tanjung Aru, iaitu kira-kira 6 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan kurang dari setengah kilometer dari terminal 2 Airasia. Hotel kami dekat sangat dengan terminal Air Asia, jadi kejap-kejap dengar bunyi kapal terbang. Siapa yang tak biasa memang sakit kepala sikit mula-mula tu. Tapi lama-kelamaan alah bisa tegal biasa. Yang paling terkenal di sini ialah Pantai Tanjung Aru yang merupakan tempat perkelahan yang popular di kalangan masyarakat tempatan serta pelancong.
Ok je, boleh tahan, asalkan bersih. TV kecik je tau, bukan tv besar. Tapi kita tinggal sini pun bukannya nak tengok tv sangat. |
No comments:
Post a Comment