Hari ni saya nak share diet plan atau cara-cara untuk turunkan berat badan secara sihat selama dua minggu. (Waa macam slim sangat siap nak share diet plan dengan orang lain, hik hik ). Jangan salah sangka, tetapi niat di hati ikhlas, sebab Malaysia semakin maju ke depan dalam statistik penduduk obesiti. Ia agak menakutkan kerana obesiti adalah punca banyak penyakit. Jadi, entri kali ini adalah juga sebagai peringatan bukan sahaja untuk pembaca, malah saudara mara dan juga untuk diri sendiri.
Dua minggu, wah sesingkat itu? Oh tentu tidak. Bukan maksudnya selepas dua minggu je tiba-tiba kurus, 100% jawapannya adalah tentu tidak sebab nak kurus bukannya senang. Tapi apa yang saya nak share kat sini, ialah jika kita mahu mulakan diet secara sihat, maka 2 minggu adalah waktu yang sangat kritikal. Kalau dah lepas waktu dua minggu tu InsyaAllah pasti boleh amalkan diet sihat bila-bila masa sahaja. Yang penting dua minggu yang pertama azam mesti kena kuat. Ini cara-caranya.
1) Singkirkan makanan yang tidak sihat dari peti ais kita. 5 top foods yang perlu di singkirkan ialah gula, soda, tepung putih, lemak tepu dan lemak trans.
2)Makan dengan menggunakan pinggan yang kecil
3) Mula membeli belah untuk makanan yang sihat sahaja
4) Masak resepi yang sihat.
5)Menipu tunas rasa kita. Kita banyak makan makanan yang tidak sihat kerana deria rasa kita mahu makan yang manis dan bergoreng. Cuba kita tekadkan dalam hati dengan mengatakan yang makanan sihat kita sangat sedap!
6)Sebelum mula program diet anda, sila jumpa doktor atau ambil tahu tahap kesihatan anda seperti tahap kolestrol, kadar gula daram darah dan sebagainya. Dengan itu kita tahu perbezaan tubuh kita sebelum dan selepas mengamalkan diet sihat.
7)Beritahu semua orang yang anda sedang berdiet. Jangan malu-malu. Biarkan orang hormati keputusan anda.
8)Sentiasa mengukur ukuran pinggan anda sebelum dan selepas, anda akan tahu perbezaannya. Ia akan membuatkan ada lebih bersemangat untuk mengamalkan diet sihat.
9) Katakan pada diri anda yang anda mahu sihat, anda mahu kelihatan hebat, anda mahu kelihatan cantik dan menarik. Beritahu pada diri anda yang anda boleh!!!
Selamat berjaya, jangan tunggu lagi..dan mulakan sekarang!!
No comments:
Post a Comment