Commercial Break

Friday, June 28, 2013

Berhenti lakukan tabiat buruk ini dan kita akan menjadi lebih sihat

Agak ngeri mendengarnya tetapi ada beberapa tabiat buruk yang akan memendekkan usia.

Tabiat buruk ini yang jika kita berhenti lakukannya dari saat ini, ia akan menyelamatkan usia selama beberapa tahun. Ya, tidak dinafikan jodoh dan ajal di tangan tuhan, tetapi kita juga harus berusaha untuk menambahkan kualiti hidup demi orang tersayang. Samalah seperti kita yang mahu mendekatkan diri dengan tuhan, mesti membuat perkara-perkara yang mendekatkan diri denganNya. Jadi kalau nak sihat, buat perkara-perkara yang menyihatkan dan menjauhkan diri dari tabiat-tabiat yang buruk. Antaranya ialah:

1) Berhenti merokok - dapat selamatkan 10 tahun usia anda
2) Flos gigi secara teratur - dapat selamatkan 6 tahun usia kerana flos gigi yang tidak teratur akan menyebabkan sakit jantung, gums problem dan plak pada pembuluh darah.
 3) Berhenti makan lewat malam- dapat selamatkan 2 tahun usia.




Thursday, June 27, 2013

Anda berstatus muflis atau bankrupt, tetapi mahu pergi haji?

Untuk makluman, Bakal Haji berstatus muflis boleh di pertimbangkan untuk menunaikan haji tertakluk kepada:

1. Menemani mahram (terdekat) yang TERPILIH pada tahun semasa.
2. Membuat surat permohonan kepada Tabung Haji.
3. Menguruskan sendiri urusan membuat Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA).
4. Mendapat surat pelepasan dari dari pihak yang berkuasa dan berkaitan (contohnya: Insolvensi, Imigresen). 

Semuanya kuasa Allah. Manusia merancang, Allah yang menentukan.

Perkara yang mesti di lakukan oleh bakal-bakal Haji 1434 Hijriah

Masa belalu amat pantas, sedar tak sedar kita sudah menghampiri puasa. Dan selepas itu, pejam dan celik, akan tiba saat yang mendebarkan bagi bakal haji. Saya pernah melalui saat itu, dan percayalah, ia adalah saat yang tak mungkin akan di lupakan seakhir hayat ini.

Kepada bakal haji 1434 Hijriah, anda amat bertuah, bersyukurlah dan ucapkan tahniah pada diri anda sendiri. Anda akan melalui pengalaman yang amat manis sekali di tanah suci, Insya Allah. Pengalaman yang akan membuat anda tersenyum sendiri, walaupun ianya telah lama berlalu di telan masa. Pengalaman yang akan membuatkan anda mengalirkan air mata tanpa di tahan akibat rindu yang tidak tertanggung. Pengalaman yang akan membuatkan anda sebak di dada serta mahu mengalaminya walau berjuta kali. Pengalaman yang akan anda ulangi di kotak memori, tanpa pernah ada rasa jemu dan kesal walau sedikit.

Namun sebeum itu, banyak persediaan yang anda perlu lakukan. Jangan lupa, antara perkara wajib dan terpenting perlu anda lakukan ialah:-

1) menjalani pemeriksaan kesihatan,
2)membuat Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA)- Bakal Haji perlu menghantar Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) ke pejabat pengendali masing-masing untuk urusan penyediaan visa haji apabila diminta berbuat demikian. 

Pastikan anda melakukan semua perkara ini, selain daripada persediaan mental dan ilmu yang secukupnya sebelum menjejakkan kaki di tanah suci. Kepada para bakal-bakal Haji tahun 1434 Hijiriah kirimkan salam saya kepada Rasulullah s.a.w, dan doakan saya agar dapat menjejakkan kaki di sana lagi. Sobs..sobs


Sunday, June 23, 2013

Diet plan untuk turunkan berat badan dalam masa 2 minggu

Hari ni saya nak share diet plan atau cara-cara untuk turunkan berat badan secara sihat selama dua minggu. (Waa macam slim sangat siap nak share diet plan dengan orang lain, hik hik ). Jangan salah sangka, tetapi niat di hati ikhlas, sebab Malaysia semakin maju ke depan dalam statistik penduduk obesiti. Ia agak menakutkan kerana obesiti adalah punca banyak penyakit. Jadi, entri kali ini adalah juga sebagai peringatan bukan sahaja untuk pembaca, malah saudara mara dan juga untuk diri sendiri.

Dua minggu, wah sesingkat itu? Oh tentu tidak. Bukan maksudnya selepas dua minggu je tiba-tiba kurus, 100% jawapannya adalah tentu tidak sebab nak kurus bukannya senang. Tapi apa yang saya nak share kat sini, ialah jika kita mahu mulakan diet secara sihat, maka 2 minggu adalah waktu yang sangat kritikal. Kalau dah lepas waktu dua minggu tu InsyaAllah pasti boleh amalkan diet sihat bila-bila masa sahaja. Yang penting dua minggu yang pertama azam mesti kena kuat. Ini cara-caranya.

1) Singkirkan makanan yang tidak sihat dari peti ais kita. 5 top foods yang perlu di singkirkan ialah gula, soda, tepung putih, lemak tepu dan lemak trans.
2)Makan dengan menggunakan pinggan yang kecil
3) Mula membeli belah untuk makanan yang sihat sahaja
4) Masak resepi yang sihat.
5)Menipu tunas rasa kita. Kita banyak makan makanan yang tidak sihat kerana deria rasa kita mahu makan yang manis dan bergoreng. Cuba kita tekadkan dalam hati dengan mengatakan yang makanan sihat kita sangat sedap!
6)Sebelum mula program diet anda, sila jumpa doktor atau ambil tahu tahap kesihatan anda seperti tahap kolestrol, kadar gula daram darah dan sebagainya. Dengan itu kita tahu perbezaan tubuh kita sebelum dan selepas mengamalkan diet sihat.
7)Beritahu semua orang yang anda sedang berdiet. Jangan malu-malu. Biarkan orang hormati keputusan anda.
8)Sentiasa mengukur ukuran pinggan anda sebelum dan selepas, anda akan tahu perbezaannya. Ia akan membuatkan ada lebih bersemangat untuk mengamalkan diet sihat.
9) Katakan pada diri anda yang anda mahu sihat, anda mahu kelihatan hebat, anda mahu kelihatan cantik dan menarik. Beritahu pada diri anda yang anda boleh!!!

Selamat berjaya, jangan tunggu lagi..dan mulakan sekarang!!

Thursday, June 20, 2013

Perkhidmatan Dalam Talian Tabung Haji (Perkhidmatan online)

Ini maklumat dari Tabung Haji, ianya berita gembira untuk para pendeposit tabung haji.

Adalah dimaklumkan bahawa kini Tabung Haji menawarkan perkhidmatan dalam talian kepada semua pendeposit TH. 

Perkhidmatan dalam talian TH ini boleh diakses melalui; 

1) Portal Maybank2U (M2U), www.maybank2u.com.my mulai 15 Jun 2013.
2) Portal mytaha, www.maytaha.com.my mulai 20 Jun 2013.
1. Jenis Perkhidmatan di maybank2u.com
• Pindahan Simpanan (Caj perkhidmatan dikenakan kepada pendeposit adalah RM1 bagi setiap transaksi)
· TH (Sendiri) – TH (akaun di bawah jagaan dan sebaliknya)
· TH (Sendiri) – TH (Pihak Ke-3)
· TH (Sendiri) – Bank (Sendiri)
· TH (Sendiri) –Bank(Pihak Ke-3)
· Bank (Sendiri) – TH (Sendiri)
· Bank (Sendiri) – TH (Pihak Ke-3)

• Pendaftaran Haji (Tiada caj perkhidmatan dikenakan)

• Pertanyaan Baki (Tiada caj perkhidmatan dikenakan)

2. Jenis Perkhidmatan di mytaha.com.my
• Perkhidmatan Persendirian (Berdaftar)

Perkhidmatan Haji
· Pendaftaran Haji
· Semakan Pendaftaran Haji
· Cetakan Slip Pendaftaran Haji

Perkhidmatan Deposit
· Kemaskini Profil
· Semakan Baki Akaun
· Kemaskini Akaun (Kemudahan untuk membuat penambahan akaun kanak-kanak di bawah jagaan dan akaun pelaburan KWSP) 

• Pindahan Simpanan Antara Akaun TH

• Permohonan Penyata Akaun (5 transaksi terkini)

• Perkhidmatan Awam

Perkhidmatan Haji
· Semakan Pendaftaran Haji

Kelab TaHa
· Pendaftaran Kelab TaHa/TaHa@U
· Semakan Pendaftaran Kelab TaHa/TaHa@U

Untuk maklumat lanjut boleh mendapatkannya di laman web tabung haji www.tabunghaji.gov.my
 

Sunday, June 16, 2013

Postpone Haj if you can

Tajuk di atas adalah pengumuman yang baru dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi. Kerajaan Arab Saudi mengurangkan kuota sebanyak 20% jemaah luar dan 50% jemaah dari Arab Saudi sendiri. Ia adalah langkah keselamatan demi mengelakkan kesesakan dan memastikan keselamatan para jemaah kerana kerja-kerja pembesaran Masjidil Haram masih giat di jalankan. Sekiranya saya yang mahu pergi tahun in, pastinya berasa sedih, tetapi bila difikirkan semula ianya pasi ada hikmahnya. Di harap mereka yang berharap untuk pergi pada tahun ini berdoa banyak-banyak dan mohonkan pada Allah agar diberikan yang terbaik. Moga dapat bersabar ya..

Postpone Haj if you can

 
 
 
JEDDAH: P.K. ABDUL GHAFOUR

Sunday 16 June 2013

In an unprecedented move aimed at preventing congestion and stampedes and ensuring safety of the guests of God, Saudi authorities have urged domestic and foreign pilgrims to postpone their Haj plans for this year if possible due to ongoing expansion work at Makkah’s Grand Mosque.
The call follows the government’s decision to reduce the number of foreign pilgrims by 20 percent and domestic pilgrims 50 percent this year. Grand Mufti Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh has backed the measure, saying it was taken in public interest.
In a series of announcements through the Holy Qur’an television channel, which is aired from Makkah, the government advised pilgrims intending to perform Haj and Umrah this year to postpone their plans to reduce congestion at the Grand Mosque.
“By making this announcement our government is not preventing anybody from Haj, but asking them to postpone in order to avoid congestion and help first-time Hajis to perform their religious duties without difficulties,” Saeed Al-Qurashi, a member of the Haj & Umrah Committee at Makkah Chamber of Commerce and Industry, told Arab News.
He said the mataf (the circumambulation area around the Holy Kaaba) could hold now only 39,000 faithful per hour, suggesting an influx of a large number of pilgrims could cause congestion inside the mosque.
“Once the mataf expansion is completed, it can accommodate more than 130,000 pilgrims per hour. So, it would be better for our brethren to come for Haj next year or after two years, when they will be able to perform their rituals with ease,” he explained.
Hatem Qadi, deputy Haj minister and spokesman of the ministry, emphasized the need for reducing the number of foreign and domestic pilgrims this year.
“The period for cutting the number of pilgrims will not exceed two years,” he said. The ongoing expansion work at the two holy mosques are aimed at accommodating more pilgrims in the coming years, he pointed out.
Qadi cited the grand mufti’s statement on the issue saying the government took the decision because it was essential. “The ongoing expansion is for the benefit of pilgrims,” the mufti said.
Mohammed Noor Rahman Sheikh, Indian consul for Haj, said his country would send more than 170,000 pilgrims this year. “We have been informed about the government’s plan to cut the number of foreign pilgrims by 20 percent,” he told Arab News.

Sumber: Arab News

Tips-tips untuk mewujudkan keluarga bahagia

Berikut ialah antara tips-tips penting untuk mewujudkan keluarga yang bahagia:-

1) Ingat Allah bukan sahaja di waktu susah, malah juga di waktu senang.

2)Sabar dalam menghadapi apa jua rintangan

3)Sentiasa berdoa kepada Allah tidak kira masa.

4) Jangan mengharapkan balasan dalam apa jua yang di lakukan. Biarlah apa yang dilakukan ikhlas kerana sayangkan keluarga.

5)Bergantung sepenuhnya kepada Allah. Kepunyaan Allah segala yang di langit dan di bumi.

6)Expect the unexpected. Sentiasa bersedia, kehidupan ini penuh liku, sekejap kita di bawah dan sekejap kita di atas.

7)Kerjakan solat tidak kira senang atau susah. 

8)Semai sifat kasihani pada yang muda dan hormati pada yang tua.

9)Jangan lupa mencium dan memeluk ahli keluarga.

10)Bersikap lemah lembut terhadap ahli keluarga

11) Menahan sikap marah.

12)Menunjukkan sikap yang terbaik kepada ahli keluarga.

13)Menunjukkan penghargaan kepada ahli keluarga

14)Mengekalkan kehidupan yang seimbang. Bersederhana dalam makan dan minum, sentiasa memakai pakaian yang bersih, malah memelihara rumah agar sentiasa bersih.

15)Berkongsi masalah dengan ahli keluarga

16)Berbincang dengan ahli keluarga dalam membuat sesuatu keputusan

17)Menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga

18) Sama-sama ingat mengingati agar menjauhkan diri dari perbuatan yang berdosa.

Friday, June 14, 2013

Vitamin Rasulullah s.a.w

Suatu hari, puteri kesayangan baginda Rasulullah s.a.w iaitu Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada Rasulullah akan kepenatan, keletihan dan kepayahannya sehari-harian melakukan kerja rumah. Malahan sampai menunjukkan tangannya yang dulu licin dan putih bersih yang kini telah pudar mudanya, melecet dan kusam. 

Oleh kerana tidak tertahan, Fatimah r.a memohon bantuan Rasulullah s.a.w agar menyediakan seorang pembantu baginya.

Tiada ayah yang tidak sebak, tiada ayah yang tidak sedu melihat anak kesayangan mengadu susah. Tetapi Rasulullah s.a.w bukannya ayah biasa. Baginda kekasih Tuhan. Baginda manusia agung. Baginda manusia terpilih. Baginda insan yang amat mulia.

Baginda duduk di tengah-tengah di antara Saidina Ali r.a dan Saidatina Fatimah r.a. "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 34 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam"  

Kepada tak kira siapa di luar sana yang merasa kepenatan dalam melaksanakan tugas-tugas seharian, mari kita sama-sama istiqamah dalam mengamalkan bacaan-bacaan ini sebelum tidur. Ianya rahsia yang menjadikan Saidina Ali seorang pemuda yang sentiasa bertenaga.. 

Words of Rasulullah is like a diamond in the sky :-)

Wednesday, June 12, 2013

Hukum wanita yang menunaikan Fardhu Haji bersendirian

Assalamualaikum semua.

Soal haji ini adalah bersumberkan Tabung Haji.

Soalannya:
Adakah wajib seorang perempuan menunaikan Fardhu Haji bersendirian?

Jawapan:
Tidak wajib, ia di syaratkan pergi bersama-sama suami atau mahramnya atau perempuan yang 'thiqat' iaitu yang di percayai, sekurang-kurangnya dua orang tetapi harus baginya pergi dengan seorang perempuan thiqah atau seorang diri sekiranya ia yakin terjamin keselamatan dirinya.

Tuesday, June 11, 2013

Tips mengurangkan kesan radiasi kerana penggunaan handphone

Pagi tadi saya menonton rancangan kesihatan bersama Dr. Oz. Pada siri tersebut beliau telah menjemput seorang doktor pakar juga bersamanya, membincangkan kesan radiasi handphone terhadap manusia. Daripada sessi tersebut beliau mendedahkan bahawa walaupun kajian tidak menunjukkan 100% penggunaan handphone boleh membawa kepada cancer, terutamanya barah otak, tetapi ada kemungkinan bahawa penggunaan handphone dalam jangka masa panjang boleh membawa kesan yang buruk kerana radiasi dan gelombangnya. 

Di akhir rancangan mereka berkongsi 5 cara untuk mengurangkan kesan radiasi tersebut kepada kita. Cara-caranya ialah:-

1) Guna speaker phone supaya kurang pendedahan radiasi kepada telinga dan otak. Bayangkan kalau telefon ni sentiasa kat telinga, semua gelombang pun terus ke telinga dan otak kita.
2) Jangan simpan handphone di dalam poket seluar (bahaya kerana berdekatan dengan tulang sumsum.)
3) Elak menggunakan handohone tatkala liputan rendah kerana pada masa itu semua gelombang akan tertumpu kepada handphone kita. 
4)Tidak kira apa pun, sentiasa jauhkan handphone daripada badan.(Contoh jangan letak bawah bantal ketika tidur)
5)Jika ke mana-mana,cara yang paling selamat ialah bawa handphone di dalam beg tangan ( So to the many men out there, may be kena start bawa beg?)

Mari kita amalkan langkah-langkah di atas, dan sila berkongsi tips-tips ini dengan orang kesayangan anda..agar semuanya sihat sentiasa, InsyaAllah :-)


Thursday, June 6, 2013

Tips mengatasi rasa kuat marah pada anak

"Afiqqqqqqqqqqq!!!" Wah begitu kuat suara sampaikan satu lorong rumah kami boleh dengar (agaknya begitulah). Hilang entah ke mana azam untuk menjadi ibu yang paling penyabar dan penyayang dalam dunia, demi merealisasikan cita-cita agar anak-anak menjadi cemerlang dunia dan akhirat. Terus terlupa itu semua dek kerana terlalu geram akan kenakalan si kecil.

Sebenarnya, kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-8 tahun memang sangat lasak kerana ingin mencuba segala dan tidak mendengar kata. Oleh kerana saya tidak mahu azam yang dibina menjadi sia-sia, saya cuba mencari melalui pembacaan tips-tips berguna untuk mengatasi rasa tidak sabar dan marah terhadap anak-anak. Ada beberapa tips yang saya rasa amat berguna untuk kita semua amalkan, agar generasi yang terbina adalah generasi umat Islam yang terbilang dan cemerlang. Info ini saya dapati daripada  Excel Qhalif

Mari kita tengok TIPS TIPS untuk mengatasi masalah kuat marah pada anak ini

1) Ingatlah bahawa kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. Jadi, ini adalah peraturan yang pertama perlu di ingati setiap kali rasa nak marah pada anak.

2)Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Ingat, kita kena berusaha untuk memahami kehendak anak. Sekiranya hendak marah, tahan dulu, sabar dulu dan mengucap dahulu.

3) Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. 

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil. 

Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.

Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

4) Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.
The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

5) Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.

Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

6) Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.

Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. 

Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.

Jadi lepas ni kalau rasa macam nak marah,kita sebagai orang dewasa yang penuh dengan pengalaman, sabar dahulu, tarik nafas dalam-dalam dan ingat Allah. Bayangkan kita masa kecil dahulu, hanya ingat nak bermain dan berseronok. Begitu juga anak kita.

Kita yang mengenalkan disiplin, peraturan dan galakan kepada anak. Mari baca buku tentang panduan mendidik anak agar dapat mengasah diri menjadi ibu bapa cemerlang.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada kita semua. Jangan sesekali berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.

Dan ingat, anak kita adalah cermin diri kita :-)

Wednesday, June 5, 2013

Tarikh-tarikh penting untuk Bakal-bakal Haji 2013

PERHATIAN kepada semua bakal-bakal Haji tahun 2013.

Berikut ialah tarikh-tarikh penting yg dikeluarkan oleh Kementerian Haji Arab Saudi. Harapnya ia berguna untuk anda :-)

Fanpage blogger

Untuk mereka yang biasa dengan dunia blog, fanpage di bawah mungkin sudah biasa di dengari, tetapi yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogger, fanpage di bawah adalah platform untuk anda berkenalan dengan ramai blogger lain serta bertukar-tukar fikiran dan pendapat. Mari jenguk.

Fanpage Kelab Blogger di Malaysia

1.KELAB BLOGGER
2.Blogger's Malaysia™
3.Blogger Melayu
4.1,000,000 MALAYSIAN BLOGGERS!
5.blogger tegar malaysia
6.MusLiM BloGGeR UniTeD
7.Kelab Blogger Tegar Malaya
8.Gengblogger


Monday, June 3, 2013

Demolition Of Hotels For The Masjid An Nabawi Expansion

Proses meruntuhkan hotel untuk pembesaran Masjid Nabawi seperti  yang ditunjukkan di dalam gambar.


Source: Sister Roukaya (SSC)

Saturday, June 1, 2013

Gambar lama dan baru kawasan Perkuburan Baqi'

Perkuburan Baqi’ adalah perkuburan paling mulia di antara kesemua perkuburan di dunia. Rasulullah saw pernah bersabda, " Aku adalah orang pertama yang keluar daripada Bumi(ketika hari kebangkitan), kemudian Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian giliran penghuni Baqi’ yang akan berhimpun bersamaku. Kemudian aku menunggu penduduk Mekah sehingga penuh di antara dua Masjidil Haram”.


Seperti yang di ketahui ramai, dahulunya banyak kubah dan struktur binaan di bina di Baqi. Gambar di bawah jelas menunjukkan kewujudan kubah dan struktur binaan di Baqi.






Pada tanggal 1 Mei 1925, seluruh moseleum, kubah dan struktur binaan Perkuburan Baqi’ telah dimusnahkan atas arahan Raja Abdul Aziz al-Saud dan ulama-ulama Mazhab Wahabbi yang berpegang teguh dengan prinsip anti-Bidaah. Ulama Wahabbi menggunakan beberapa hadis Rasulullah saw yang melarang sebarang binaan dan tulisan dicatatkan di kuburan.

Gambar di Baqi setelah semua monumen dan binaan di hancurkan pada tahun 1925



Dan sekarang, ini gambar Baqi terbaru. Sehingga sekarang ia sentiasa di kunjungi oleh jutaan umat Nabi Muhammad s.a.w



Saya juga pernah melawat Baqi, walau tidak masuk ke dalam. Namun Alhamdulillah, saya dapat melihat dari celah-celah pagar. Amat bersyukur kerana diberi kesempatan mampu marakam dan menulis mengenai detik itu di sini http://www.ijaie.blogspot.com/2012/09/day-37-28-november-2011-part-3-baqi.html



Sehingga sekarang ini, ada beberapa tempat di dalam Baqi yang sering menjadi tumpuan kerana ianya Maqam para Ahlul Bait, isteri-isteri Rasulullah s.a.w, para sahabat dan para ulama, walaupun ianya tidak bertanda, ia seperti di dalam gambar-gambar di bawah.

1)Hasan bin ra, (2) Ali Zainal Abidin ra.(3) Muhammad al-Baqir ra dan (4) Jaafar al-Sadiq ra (5) Saidina Abbas ra



Maqam Siti Fatimah ra.



Makam Safiyyah binti Abdul Muthalib, Ummul Baiza yang juga ibu saudara Rasulullah Saw dan maqam Atikah binti Abu Mutallib.




Maqam Fatimah Binti Assad


Maqam HalimatusSaadiah


Maqam Jaafar bin Abu Talib



Maqam Imam Malik dan Imam Hanafi


Maqam Abbas Bin Abdul Mutalib, bapa saudara Nabi


Maqam Ister-isteri Nabi seramai 9 orang


Maqam Syuhada Al Hurrah



Maqam Saidina Uthman Bin Affan


Semoga Allah merahmati mereka dan kita semua. Semoga kita termasuk dalam golongan yang beruntung dan terpelihara.