Commercial Break

Thursday, December 19, 2013

Berminat nak menjalani praktikal atau latihan industri di Tabung Haji?

Tabung Haji menerima permohonan praktikal daripada pelajar IPT berdasarkan pada keperluan semasa. Permohonan perlulah dihantar kepada:

Bahagian Pembangunan Sumber Manusia & Kualiti
Lembaga Tabung Haji
Lantai 25,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur.

Sekiranya ingin menjalankan latihan industri di cawangan tertentu, pemohon dikehendaki memaklumkan dalam surat permohonan bagi pertimbangan selanjutnya. Bahagian Pembangunan Sumber Manusia & Kualiti akan menghubungi semula melalui e-mel untuk memaklumkan sekiranya permohonan tersebut berjaya atau sebaliknya.

Syarat-syarat permohonan praktikal:

1. Tempoh mestilah melebihi 3 bulan.
2. Keutamaan pemilihan berdasarkan kelulusan CGPA 3.00 ke atas.
3. Bidang pengajian adalah bersesuaian dengan tempat menjalani latihan amali.

Dokumen yang perlu di sertakan bersama permohonan:

1. Resume pemohon.
2. Surat sokongan dari IPT.
3. Satu salinan keputusan peperiksaan terkini (transkrip).
4. Sekeping gambar berukuran passport.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Center di talian 03-6207 1919 

Monday, December 16, 2013

Rahsia awet muda dengan jus pegaga bersama epal dan limau

Assalamualaikum blog kesayanganku yang ku rindui,

Echeh bukan main lagi intro, nampak sangat dah lama tak berblog. Actually sempena cuti sekolah ini jadual saya full dengan aktiviti cuti sekolah bersama anak-anak. InsyaAllah kalau rajin saya akan ceritakan apa aktiviti yang bagus untuk memenatkan anak-anak tanpa mereka mengadap gadjet dan akhirnya mereka akan tertidur keletihan seawal pukul 8 malam supaya ibunya dapat berpoya di waktu malam yeay!!

Entri kali ini saya nak cerita pasal rahsia awet muda.

Saya bukanlah seorang yang mengamalkan makan ulam-ulaman walaupun saya amat tahu akan khasiat dan kepentingan makan ulam. Paling banyak saya makan ulam ialah sewaktu berpantang. Hampir tiap-tiap hari makan ulam. Tetapi sebaik sahaja habis tempoh berpantang, saya say bye-bye to ulam.

Agar khasiat ulaman dapat di manfaatkan oleh tubuh,  saya mulai mencari alternative lain. Antara cara berkesan nak dapatkan khasiat ulaman ialah melalui jus pegaga. 

Buweekkk!” Mula-mula dulu memang rasa takut nak cuba minum jus pegaga sebab terbayang jus berwarna hijau yang penuh rasa payau. Tapi, belum cuba belum tahu, rupa-rupanya jus pegaga ni memang sedap di minum. Rasanya macam rasa air tebu sikit-sikit. Bukanlah rasa tebu 100%, tetapi ala-ala tebu.  Kalau nak rasa kemisterian rasa jus pegaga, boleh cuba ikut resepi di bawah ini.



Bahan-bahannya:
Segenggam pegaga
Sebiji epal
2 biji limau kasturi a.k.a.limau comel
Madu sesudu atau ikut suka rasa

Sangat mudah caranya. Kesemua bahan di atas di blend bersama (kecuali madu). Epal tu blend dengan biji-biji sekali. Saya pernah terbaca bahawa biji epal mengandungi khasiat yang tinggi. Akhir sekali masukkan madu secukup rasa. Kalau nak masukkan gula boleh, tapi nak lagi sihat masukkan madu.

Tara! Jus pegaga sedap yang banyak khasiat.

Actually, jus pegaga ni kita tak perlu campurkan dengan epal dan limau kasturi pun tak pe, atau pun nak campur dengan salah satunya pun boleh, tetapi saya saja je campurkan semua sekali agar khasiat kesemuanya boleh di manfaatkan. 

Macam epal tu, kalau nak makan biji epal gitu-gitu je rasa macam tak tertelan. Tapi bila blend biji, dah hancur memang kita tak rasa biji tu. Apa yang kita rasa ialah kelazatan epal itu sendiri. Secara tak lansung, dapat sekali khasiat si biji epal. Pegaga pula, khasiatnya memang amat banyak, kalau sape nak tahu boleh google :-).

Jom meh cuba resepi jus pegaga lazat ini. Amalkan makan dan minuman sihat untuk kualiti hidup yang terbaik.




Wednesday, October 23, 2013

Dua zikir yang mendatangkan rezeki

DUA zikir nama Allah ini, yang kalau kita amalkan dengan ikhlas dan kushuk InsyaAllah akan dilimpahkan rezeki yang tak putus-putus serta setiap apa yang kita mahu akan diperkenan oleh-Nya. 

1. YA WAHHAAB
 Yang Maha Pemberi
 - Dizikir 300 kali sehari selepas solat fardhu dan 100 kali selepas solat tahajjud 3/7 malam berturut-turut. InsyaAllah setiap permohonan kita akan dimakbulkan. 

2. YA ROZZAAQ
 Yang Maha Pemberi Rezeki
 - Dizikirkan mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, InsyaAllah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga dan dari arah yang tidak disangka-sangka!



Tuesday, October 22, 2013

Amalan ketika berwuduk

Banyak hikmah akan amalan berwuduk dalam Islam. Untuk menambah keberkatan dalam wuduk, ketika ambil wuduk niatkanlah dalam hati seperti ini:

1. Ketika berkumur:
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka:
"Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan:
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri:
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala:
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga:
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan:
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri:
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau, tempat-tempat yang baik dan bukan tempat-tempat maksiat"

Thursday, September 26, 2013

Selawat Tafrijiyah




Sudah ramai di antara kita yang tahu akan fadilat ayat seribu dinar dalam usaha berdoa kepada Allah agar Yang Maha Pemurah kurniakan dan murahkan rezeki kepada kita. Tetapi ramai yang tidak tahu akan kepentingan doa selawat Tafrijiyah ini. Selawat ini fadilatnya amat besar, ia bukan sahaja murahkan rezeki, InsyaAllah, tetapi sekiranya kerap di amalkan, InsyaAllah akan sentiasa di tunjukkan jalan keluar untuk menghadapi masalah dalam hidup serta dimudahkan segala urusan. Amalkan 100 kali sehari pada bila-bila masa dan 11 kali selepas solat Fardhu. Mari ramai-ramai hafal selawat ini dan kemudian amalkannya :-).

Sunday, September 22, 2013

Amalan supaya anak tidak degil

This sharing is for myself, for my family members, my circle of friends and of course for my silent readers. Somebody has shared it with me, and you also can share it with others. TQ!!



AMALAN SUPAYA ANAK TIDAK DEGIL (sesuai juga utk org yg rapat dgn kita spt isteri @ suami)


1.   Semasa anak, isteri @ suami kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.   Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.

3.   Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4.   Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya nasihatinya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5.   Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah anda berjaya dengan kaedah ini dengan pertolongan Allah SWT.


Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "saya didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.

Friday, September 6, 2013

Mahram bagi bakal haji wanita dibawah umur 45 tahun

Lately banyak terdengar akan keraguan kawan-kawan dan saudara-mara terutamanya wanita yang berumur di bawah 45 tahun. Mereka mahu pergi haji tetapi masih muda. Bolehke pergi sendiri, tanpa mahram?
Jawapannya adalah jelas. TIDAK BOLEH. 
Bermula musim haji 1434 H ini, kerajaan Arab Saudi telah menguatkuasakan peraturan mewajibkan mahram lelaki bagi setiap bakal haji wanita berumur bawah 45 tahun. Peraturannya jelas. Bakal haji wanita yang berumur 45 tahun ke bawah hendaklah pergi bersama mahram lelaki. Tidak boleh tidak.
Untuk musim 1434 H ini, bakal haji yang terlibat akan dimaklumkan melalui surat makluman dan  panggilan telefon oleh Tabung Haji bagi tujuan meminta mereka untuk mencari mahram lelaki yang menepati hukum syara' bagi membolehkan mereka (bakal haji wanita) tersebut dapat menunaikan ibadat haji pada tahun ini bersama mahram lelaki yang dikemukakan dan tertakluk juga kepada kekosongan kuota.

Sekiranya bakal haji wanita yang terlibat tidak mengemukakan mahram lelaki sehingga pada 12 September 2013 ini, maka secara automatiknya pemergian hajinya akan dibawa ke tahun hadapan iaitu pada tahun 1435H/2014M dan pemergiannya pada tahun 1435H itu juga tertakluk kepada syarat mahram lelaki yang akan dikemukakan kelak.

Jadi, pastikan anda mengenal pasti mahram yang akan pergi bersama, cuba sedaya upaya agar peluang ini tidak sia-sia.

Selamat berjaya dan selamat menunaikan haji kepada yang berjaya. 

Thursday, August 22, 2013

Petua dan tips untuk rambut lebat dan menawan

Assalamualaikum kepada semua pembaca setia blog heavenku ini, (macam ye je ada pembaca setia eceh).

Hari tu saya ada berkongsi petua dan tips mudah untuk rambut yang cantik dan menawan di sini.


Kali ini saya nak berkongsi petua yang sudah lama di amalkan oleh mak mentuaku yang baik hati. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki beliau sebab sentiasa tak kedekut ilmu dan suka berkongsi petua tak kira dengan siapa sahaja. Sampaikan Afiq pernah kata "Opah tu serba tahu, semua benda dia tahu".  See, cucu yang baru berumur 8 tahun pun pandai kagum. I wish I can be like her one day, know many things and share everything :-)

Petua di adaptasi daripada pengalaman dan hidup sendiri. Petua ini ternyata berkesan, kalau yang bermasalah memang sangat-sangat di galakkan mengamalkannya. Ini adalah petua untuk tumbuhkan rambut bagi mereka yang sering keguguran rambut dan mempunyai rambut yang nipis dan jarang. Yang paling bestnya, mereka yang sebelum ini rambut beruban, bila tumbuh akan tumbuh yang warna hitam.

InsyaAllah dengan langkah-langkah mudah sesiapa sahaja boleh amalkannya.

Pertama sekali, kita kena ada buah betik.

Betik?

Yesss betik. Seperti yang kita tahu betik memang banyak khasiatnya terutamanya dalam melancarkan proses penghadaman tetapi tidak pernah kita terfikir betik juga amat berguna untuk rawatan rambut, bukan?

Ya, itulah rahsianya.

Jadi pertama sekali kena dapatkan betik, tidak kira betik bagaimana pun, asalkan betik.

Betik. Buah betik amat bagus, sape-sape yang susah buang air sila makan betik, best tau rase perut..kempis je hehe. Rugi sape tak suka betik.

Biasanya kalau kita makan betik..kita buang bijinya kan? Kali ni jangan buang. Ambil semua biji betik tu.



Langkah seterusnya basuh biji betik tu bersih-bersih.

Bila dah bersih, jemur biji betik sampai kering. Biji betik yang dan kering tadi di blendkan sampai halus dan jadi serbuk. Simpan dalam bekas. Serbuk biji betik yang dah di simpan di dalam bekas tadi boleh di gunakan pada bila-bila masa sahaja.

Jadi, apa kaitan serbuk biji betik tadi dengan rambut? 

Sila dapatkan minyak, antara minyak yang boleh di gunakan ialah minyak zaitun, minyak kelapa dara atau apa sahaja jenis minyak rambut. Mak mentua saya guna minyak india, minyak ni boleh di dapati daripada kedai India sahaja.

Campurkan sedikit minyak tadi dengan sedikit serbuk biji betik tadi dan sapukan ke atas kepala yang kurang rambut tadi. Amalkan dua kali sehari, tiap-tiap hari. InsyaAllah hasilnya amatlah memuaskan. 

Selamat mencuba!!


Tuesday, July 30, 2013

Penyertaan wanita beragama Islam dalam pertandingan Ratu Cantik

Wanita beragama Islam adalah di haramkan menyertai pertandingan Ratu Cantik.

Fatwa yang di keluarkan di bawah Akta/Enakmen: Seksyen 34 – Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah – Wilayah Persekutuan) 1993 itu menyatakan begini

'Adalah haram dan berdosa bagi orang Islam menyertai atau menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik.'

Oleh kerana perkara ini telah difatwakan, maka ia telah menjadi satu undang-undang syariah, dan pihak yang melanggar undang-undang tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 165 Enakmen Kanun Tatacara Jenayah Syariah kerana menghina Islam.

Maklumat lanjut boleh di dapati di sini www.e-fatwa.gov.my









Sunday, July 28, 2013

Pengurangan kuota jemaah Haji tahun ini - Wabak MERS


Nampaknya pembesaran kawasan Masjidil Haram bukanlah satu-satunya punca kerajaan Arab Saudi mengurangkan kuota jemaah Haji pada tahun ini.

Penyebaran wabak MERS, iaitu kembar kepada wabak SARS, merupakan salah satu punca utama kerajaan Arab Saudi mengurangkan kouta jemaah haji sehingga separuh dari negara sendiri dan 20 peratus dari luar negara.

Berita sepenuhnya adalah sepeti berikut:
 
Virus fears, Mecca work downsize hajj pilgrimage

JEDDAH, Saudi Arabia (AFP) – Fears of an outbreak of the deadly MERS virus in Saudi Arabia and construction in the holy city of Mecca have forced cuts in the numbers of pilgrims permitted to perform this year's hajj.

Millions of Muslims during the annual pilgrimage head to Mecca and Medina, Islam's two holiest sites, providing a possible means for MERS to spread around the globe as pilgrims who may become infected return to their home countries.

Fearful of such a scenario, the authorities have reduced by half the number of pilgrims coming from within Saudi Arabia, and by about 20 percent those from abroad.

"This is an exceptional and temporary decision," Hajj Minister Bandar Hajjar announced last month.

MERS, short for Middle East Respiratory Syndrome coronavirus which can lead to acute pneumonis and renal failure, claimed its first victim in Saudi Arabia in June 2012.

Since then, a total of 90 cases and 45 confirmed MERS deaths have been recorded worldwide, in countries including Jordan, Qatar and the United Arab Emirates, Tunisia, Britain, France and Italy.

Saudi Arabia, which has already recorded 69 MERS cases, 38 of them fatal, has urged the elderly and chronically ill, as well as children and pregnant women, not to perform the annual hajj that falls this year in October.

But the health ministry so far has not taken any special measures at airports to detect visitors who may be infected, deputy health minister Ziad Memish told AFP.

"We have not taken any precautionary measures at airports since the World Health Organisation has not recommended them," he said.

WHO health security chief Keiji Fukuda said the organisation would issue general guidelines aimed at minimising the risk of infections spreading.

"We do recognise that this is a risk for travellers and that there are certain steps that individual travellers and countries can take, for example for people who have serious medical conditions," Fukuda told reporters.

In a statement on Thursday, the WHO also urged countries with pilgrims heading to Saudi Arabia to raise awareness of the threat.

"It is important for countries to use all practical and effective means possible to communicate information on a range of issues before, during and after umrah and hajj to all key groups," the agency said.

Experts are struggling to understand MERS, for which there is no vaccine.

It does not appear to spread easily but currently has an extremely high fatality rate of 55 percent. It is a cousin of SARS, which erupted in Asia in 2003 and infected 8,273 people, nine percent of whom died.

Like SARS, MERS is thought to have jumped from animals to humans, and shares the former's flu-like symptoms -- but differs by causing kidney failure.

The 2012 hajj drew 3.1 million people -- and this year's event occurs as the northern hemisphere slides into the season for coughs and sneezes.

-- 'We have to be worried' --

So far, MERS has essentially been found in nations with health services capable of tracing and tackling such diseases. But the hajj draws a broad spectrum of Muslims, including from poor countries which struggle to cope even with commonplace diseases.

The hajj has successfully ridden out two previous viral episodes in the past decade -- SARS in 2003 and H1N1 influenza in 2009.

The difference this time is that Saudi Arabia itself is the apparent incubator of MERS.

Leading virologist Laurent Kaiser of Geneva University Hospitals told AFP: "It's really a balance between too much precaution and no precaution. At this time, we have to be worried, we have to be careful."

So far no outbreaks of the virus have been reported in Mecca where millions of Muslim faithful have for months been performing the minor pilgrimage umrah that takes place all year round.

"Their numbers have reached five million since the beginning of the umrah season" 10 months ago, Mecca governor Prince Khaled al-Faisal said on Sunday.

"There are currently 400,000 pilgrims" in the kingdom's holiest shrines Mecca and Medina, Faisal added.

Aside from the virus fears, Saudi authorities have also cited construction work to expand the Grand Mosque in Mecca as reason to keep down the number of pilgrims being allowed to perform this year's hajj.

Hajjar said the expansion work would increase the area of the mosque by 400,000 square metres (4.3 million square feet), raising its capacity to accommodate 2.2 million people at the same time.

The mosque houses the Kaaba -- the cube-shaped structure towards which Muslims worldwide pray.

Hajj officials have also reported a decrease in the numbers of pilgrims performing umrah during the Muslim fasting month of Ramadan that began on July 10, compared with past years, due to the expansion work.

"Companies here have received permits for 500,000 pilgrims from all over the world for Ramadan, while this number was one million last year," a board member of the Mecca Chamber of Commerce, Saad al-Qurashi, told AFP.

Sumber: foxnews.com

Thursday, July 25, 2013

Tips Kebahagiaan Anak

Salam Ramadhan untuk semua..


Lebih dari seminggu juga saya tak update blog heavenku ini kerana sempena berpuasa ni saya sengaja  slow downkan rentak saya, salah satunya termasuklah memperlahankan rentak blog ini, walaupun dalam kepala banyak benda mencurah-curah mahu di abadikan melalui keybord komputer. Ini kerana sempena waktu baik bulan baik ni saya nak cuba ambik banyak masa untuk muhasabah diri, tenangkan diri, tidak kelam kabut, tidak terlalu asyik mengejar kejayaan keduniaan walaupun saya mahu, kerana bak kata Prof Muhaya "Ramai manusia di dunia ini menggunakan umurnya dari 20 tahun sehingga ke 40 tahun untuk mencari harta dan menggunakan 40 tahun ke atas umurnya menggunakan hartanya untuk mengubati dirinya." 

Saya bukan seorang yang sudah lama mengkagumi Prof Muhaya kerana saya mengenali kata-katanya adalah melalui siri Celik Hati, baru-baru ini sahaja. Namun, dalam masa yang singkat itu banyak kata-kata Prof Muhaya yang menarik hati saya. 

Paling saya suka ialah Prof Muhaya sering menekan bahawa orang-orang yang paling sihat, ceria, bahagia dan gembira serta macam-macam lagi kebahagiaan diperolehinya ialah orang yang berfikiran positif. Sebenarnya saya dah lama tahu mengenai teori ini terutama daripada suami sendiri yang selalu mengajar saya berfikiran positif. Tetapi, bila Prof Muhaya, seorang doktor bertahun-tahun yang merawat pelbagai pesakit, menyatakan bahawa biasanya orang yang sakit itu adalah mereka yang berfikiran negatif dan keladak(favourite words of Prof Muhaya), makinlah teori itu menjadi kepercayaan. 

Alhamdulillah nak di jadikan cerita seseorang berkongsi tips untuk kebahagiaan dan kecemerlangan anak-anak ini by Prof Muhaya, dan di bawah ni saya berkongsi juga dengan para pembaca setia semua.

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

@drmuhaya (siap ada signature Prof lagi..)

Ok, jumpa lagi di lain waktu. Mari kita gunakan masa Ramadhan yang tinggal sedikit sahaja lagi ini untuk memperbaiki diri dan amalan..


Wednesday, July 17, 2013

Haid di bulan Ramadhan - Pahalanya sama banyak dengan orang yang berpuasa?

"Alahai, period!! Wahh tensennya."


Saya rasa ramai kawan-kawan dan para wanita anggun di luar sana akan mengalami perasaan yang sama seperti saya apabila di datangi haidh di bulan Ramadhan yang mulia. Hati sudah berkobar-kobar untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Azam baru nak bertekad dan menjadikan Ramadhan ini adalah yang terbaik berbanding Ramadhan yang lepas. Siap ada prepare checklist - tak nak mengumpat, nak habiskan Quran satu kitab, nak sembahyang terawikh tiap-tiap malam, nak bangun solat Tahajjud, nak jaga pandangan mata, nak jadi isteri paling solehah etc.

Bila datang haid terasa angan-angan yang telah dibina musnah buat sementara, tambahan lagi nanti nak kena qada' lagi puasa di bulan lain. 

Tetapi tidak ramai dari kita yang sedar bahawa wanita yang di datangi haidh di bulan Ramadhan juga dapat pahala sama banyak dengan orang yang sedang berpuasa, malah mungkin lebih lagi dengan rahmat Allah s.w.t. 

Alhamdulillah, di takdirkan pagi tadi selepas sahur saya 'ter'menonton rancangan Tanyalah Ustazah bersama Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria di kaca tv. Ustazah ni bahasanya lemah lembut, tutur katanya enak di dengar. Wajahnya jernih, mekap pun tak tebal. Antara serba-sedikit intipati perkongsiannya mengenai fadhilat di datangi haidh di bulan Ramadhan ialah:

1) Membaca doa pada hari pertama di datangi haid.

Di riwayatkan daripada Saiyidina Aishah R.A, diambil daripada kitab yang bernama Durratun Nasihin Fil Wa, zi Wal Jsrar dikarang oleh Osman Bin Hasan Ahmad As Sakiril Khubuwi


"Tidak ada daripada seorang perempuan yang kedatangan haid melainkan adalah haidnya itu menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu daripada segala dosa-dosanya dan sekiranya ia membaca doa (dibawah) pada hari yang pertama yakni:

"Alhamdulillahi `Alaa Kulli Haalin Wa Astaghfirullaha Min Kulli Zanmbin"

Ertinya:

Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan aku
memohon keampunan kepada Allah daripada segala dosa.

Maka menulis oleh Allah baginya terlepas daripada api neraka dan dapat lalu di atas Siratul Mustaqim dengan selamat dan aman daripada azab dan meninggikan oleh Allah Taala baginya dengan tiap satu hari dan satu malam akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid manakala adalah perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taala di dalam masa haidnya.

Baca ayat di atas kemudian lanjutkan dengan berdoa dengan perasaan rendah diri, khusyuk, dan penuh harapan dan sungguh2 yang lainnya seperti memilih waktu yg doanya di makbul yaitu waktunya mustajab seperti setelah shalat, hari jumaat, bulan ramadhan, tengah malam. dan satu sepertiga malam.

MasyaAllah, baru kita tahu kan pahala dan rahmat yang boleh kita dapat walaupun haidh?

2) Semasa di datangi haidh, jangan resah walaupun tidak dapat bersolat terawkh kerana kita akan dapat pahala sembahyang terawikh apabila suami pergi menunaikan solat terawikh di Masjid sambil kita duduk di rumah menjaga anak-anak dan rumah tangga. Tingginya darjat seorang wanita ialah apabila rumahtangganya terjaga, aman dan bahagia. Lebih-lebih lagi jika seorang surirumah yang duduk di rumah, dia bukan sahaja dapat pahala kerana menjaga anak dan rumah tangga, malahan dia dapat pahala, sama dengan suaminya yang keluar bekerja mencari rezeki. MasyaAllah. Mulianya seorang isteri yang menjaga rumah tangga dengan sebaik-baiknya. The most honoroble proffesion. Dan adalah di ingatkan, pahala yang si isteri / ibu perolehi ialah apabila dia menguruskan rumahtangganya dengan baik dan sang suami redha akannya.

3)Tambahan, salah satu cara untuk mendapat pahala di bulan Ramadhan ialah, membasahi lidah dengan berzikir. Lagi pula, membaca AlQuran. Menurut ustazah, ada banyak mazhab berbeza pendapat mengenai wanita haid yang membaca Al Quran. Ada pendapat yang mengatakan tidak boleh. Ada pendapat yang mengatakan boleh dengan surah yang pendek, tetapi tidak boleh sentuh Al Quran itu. Dan Ustazah mengikut pendapat yang mengatakan boleh baca AlQuran dengan surah yang pendek, tetapi jangan di sentuh AlQuran itu.

Harapannya dengan perkongsian ini wanita di luar sana tidak mengeluh dan rasa bersyukur apabila di datangi haidh di bulan Ramadhan. Maha suci Allah, rahmatnya amat luas..bergantung kepada kita untuk memilih jalanNya..


Tuesday, July 16, 2013

Harga bilik hotel di Makkah jatuh sehingga 150%

Harga bilik hotel di Makkah jatuh sehingga 150%

16 Julai 2013

JEDDAH: Harga bilik hotel di Makkah telah melalui perubahan radikal dengan sesetengah bilik hotel mengalami penurunan sebanyak 150 peratus.

Hal ini disahkan ketua Jawatankuasa Hotel dan Pelancongan di Dewan Perniagaan dan Perindustrian Makkah, Encik Fahad Al-Wethyiani.

"Kami telah menyaksikan penurunan harga sebanyak 150 peratus bagi bilik hotel sekitar Masjidil Haram dan bilik suite yang ada pemandangan terus ke Kaabah," katanya, ditukil laporan Arab News.

Projek pembangunan di sekitar Masjidil Haram bermakna hotel-hotel besar dengan puluhan ribu bilik akan dibina dan hotel-hotel ini akan menetapkan harga sebenar bilik-bilik hotel di bandar suci itu.

"Tahun ini, tempahan bilik berkurangan 15 sehingga 20 peratus. Pelabur kini menawarkan bilik hotel dengan harga lebih rendah kepada pasaran tempatan untuk meningkatkan tempahan," kata Encik Al-Wethyiani.

Tambahnya, harga bilik hotel kini kembali rendah setelah bertahun-tahun, sambil menambah syarikat pelancongan luar negara dan wakil penyedia khidmat Haji berperanan besar dalam mencipta pasaran spekulasi harga bilik hotel.

"Sebelum ini, sebuah bilik suite dengan pemandangan terus ke Kaabah pada 10 hari terakhir Ramadan berharga 180,000 riyal Saudi ($60,712.36)," katanya.

Harga bilik serupa, tambahnya, kini turun kepada 70,000 riyal Saudi untuk tempahan sepanjang bulan dan ini melambangkan penurunan harga sebanyak 150 peratus.

Menurut Encik Al-Wethyiani, kekurangan jemaah tahun ini telah menyebabkan keuntungan menurun, namun secara peribadi beliau mengalu-alukan keputusan untuk mengurangkan jumlah jemaah.

Katanya, ia bukanlah isu peribadi kerana projek pembangunan yang dilaksanakan kerajaan Arab Saudi akan memberi manfaat kepada masyarakat Islam seluruh dunia, selain sektor swasta kerajaan itu.

Kerajaan Arab Saudi sejauh ini telah membelanjakan 100 bilion riyal Saudi untuk membangunkan Makkah menjadi bandar moden dengan perkhidmatan yang dipertingkatkan untuk memenuhi keperluan berjuta jemaah.

Pembangunan di kawasan sekitar Masjidil Haram telah sampai kemuncak dengan pelbagai projek pembinaan hotel dan bangunanbangunan lain.

Antara projek pembangunan yang dirancang ialah Jabal Omar, di mana dua hotel akan dibangunkan setiap enam bulan.

"Ini akan menyumbang kepada kestabilan harga dan mengehadkan spekulasi harga bilik hotel yang menyebabkan kenaikan harga seperti yang pernah dilihat sebelum ini," kata Encik Al-Wethyiani.

Hal ini turut diakui naib pengerusi Jawatankuasa Penasihat Suruhanjaya Pelancongan dan Barang- Barang Purba Arab Saudi, Encik Hafez Al-Juhani.

Menurutnya, sektor perhotelan menjangkakan kerugian tahun ini.

Hal itu, tambahnya, telah mencetuskan rancangan penyusunan semula dan pelan harga untuk menarik jemaah tempatan serta dari negara-negara Teluk Arab.

Hasil tinjauan yang dilakukan pada bulan Syaaban dan Ramadan, Encik Saad Al-Qurashi menganggarkan kerugian 450 juta riyal Saudi bagi tempoh dua bulan itu.

"Dijangka kerugian mencecah 700 juta riyal Saudi bagi musim haji tahun ini," katanya, namun menjelaskan angka itu bukan rasmi. - Agensi.

"Terdapat usaha menurunkan harga bilik hotel 20 hingga 50 peratus. Jumlah visa yang dikeluarkan telah dikurangkan daripada 1.5 juta kepada 500,000 kerana projek-projek pembangunan. Ini telah memaksa hotel menurunkan harga."

- Encik Hafez Al-Juhani, naib pengerusi Jawatankuasa Penasihat Suruhanjaya Pelancongan dan Barang-Barang Purba Arab Saudi.

Sumber: http://cyberita.asia1.com.sg/

Saturday, July 13, 2013

Doa dan tips dari Al Quran untuk suami, anak-anak dan juga isteri

Bagi yang dah berkahwin dan yang terutamanya sudah mempunyai anak-anak, kita ni kalau boleh memang nak hidup bahagia dan sentosa sentiasa bersama yang tersayang. Selain daripada pelbagai usaha yang mesti di lakukan untuk mengeratkan hubungan sesama keluarga, marilah kita sama-sama amalkan tips dan doa dari Al Quran ini, InsyaAllah moga-moga Allah perkenankan permintaan kita.

1) Doa untuk elak suami isteri @ anak-anak bergaduh - SURAH AL BAQARAH, AYAT 102

2) Doa untuk anak-anak pandai dan rajin belajar - SURAH AL ANBIYAA', AYAT 79

3) Doa untuk anak-anak lembut hati @ mengelakkan panas baran - SURAH AL ANBIYAA', AYAT 69 dan SURAH AL HASYR, AYAT 22-24

4) Doa untuk anak-anak yang malas sekolah / belajar -SURAH TOHA, AYAT 1-5

5) Doa untuk suami @ isteri tidak curang - SURAH TOHA, AYAT 39

6) Doa pendinding diri - SURAH TAUBAH, AYAT AKHIR.

AL QURAN adalah mukjizat Rasul terakhir, di dalamnya terkandung banyak hikmah dan rahsia. InsyaAllah, di dalamnya banyak ilmu dan doa yang pasti makbul apabila di amalkan.

Thursday, July 11, 2013

Panduan berpuasa ketika hamil



• Pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.

• Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma dan kekacang untuk berbuka puasa.

• Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.

• Pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. protein diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.

• Minum air yang banyak pada waktu malam. anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan ramadan.

======
hubungi doktor anda jika:
======

• Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.

• Anda loya atau mula muntah.

• Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.

• Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.

• Anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.

• Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.

• Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam

Pengertian puasa bagi seorang budak kecil

Hari pertama Ramadhan Al Kareem.

Pukul 8 lebih, Rania bangun terpisat-pisat. Jarang-jarang dia bangun pukul 8 ke atas. Biasanya dia yang kejut orang lain solat Subuh. Mungkin penangan tidur lewat malam semalam kerana mengikut kami pergi solat terawikh di Masjid.

Seperti biasa bangun pagi-pagi saya akan buat susu untuknya dahulu dan terus bagi dia minum, kalau tak budak kecik yang tembam ni memang tak tahan lasak.

Saya suakan susu padanya, “Ni Rania, drink this milk.”

Tanpa segan silu budak kecik ni ambik susu dan cakap, “Rania puace (puasa) eh ibu.” Dan tanpa segan silu dia habiskan susu tersebut dengan beberapa kelip mata sahaja. 

Itu pengertian puasa bagi seorang budak kecil berumur 3 tahun. Mungkin dia masih tak faham erti puasa yang sebenar-benarnya, tapi yang penting apabila dia bangun tidur pagi-pagi dia sedar yang hari itu adalah hari pertama puasa. Mungkin dia tak ikut solat bersama-sama semasa di masjid, hanya duduk di tepi bermain-main tetapi janji yang pentingnya kita ajari dia kepentingan menghormati masjid contohnya jangan buat bising semasa di masjid dan sebagainya. Apabila kita terangkan erti puasa dan tarawikh padanya, mungkin dia hanya terkebil-kebil pada masa sekarang, tetapi  InsyaAllah lama kelamaan dengan sendirinya dia akan hayati dan seterusnya cintakan Ramadhan berkat doa dan usaha kita. 



Wednesday, July 10, 2013

10 kesalahan paling hits ketika Ramadhan



1) Tidak sahur

Puasa orang Yahudi dan Orang Islam sama sahaja, kecuali puasa Orang Islam ada sahur. Sahurlah walau dengan segelas air kosong.

2) Sahur terlalu awal
Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas Azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper.

3) Terlebih tidur
Lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah. Tidur boleh di niatkan sebagai ibadah tetapi kalau over sangat di anggap bedebah.

4) Berbuka secara buffet sampai buncit.
Ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Terawikh pun tuang!

5) Membazir sehingga membazir.
Lapar mata. Setiap jenis makanan nak di borong. Tak habis, makanan di buang.

6) Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.
Bulan Ramadhan bulan yang di muliakan oleh Allah, bukan Syawal. Syaitan di belenggu pada Ramadhan dan di bebaskan pada 1 Syawal.

7) Solat Terawikh tapi tak qiyamullail pada Lailatul Qadar.
Mari struggle pada 10 malam terakhir untuk cari Lailatul Qadar.

8) Puasa tapi tak solat.
Pahala puasa pending, sebab tak solat. Entah-entah, tak diterima? Wallahualam

9) Sibuk beribadah, lupa cari ilmu
Bulan Ramadhan bulan ilmu. tiada guna ibadah tanpa ilmu.

10) Gagal upgrade iman selepas lalui Ramadhan.
Ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar tetapi kotoran di badan sengaja tak di bersihkan.

Mari renung diri, let us make this Ramadhan is the best ever!!

Tuesday, July 9, 2013

First phase of Mataf expansion work will finish in Ramadan



Makkah, , Monday, 13 Jamad Al-Awwal 1434/25 March 2013 (IINA) – The mataf (circumambulation area around the Holy Kaaba) will have the capacity to hold 105,000 worshippers in an hour with the completion of the first phase of the expansion project during the fasting month of Ramadan, which will begin on July 9.

The entire roof of the Grand Mosque and mataf will have air-conditioned sunshades, said Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, head of the Presidency for the Affairs of the Two Holy Mosques. He made the remarks during a ceremony to launch an exhibition on mataf expansion at the headquarters of the presidency. Prince Khaled Al-Faisal, governor of the Makkah region, opened the exhibition. The exhibition showcases more than 50 artworks illustrating, for the first time, the current position of mataf, phases of its expansion, and future design plans, in addition to two huge models about the phases of expansion. 

Sheikh Al-Sudais briefed the Emir on the mataf expansion plan and its features. After watching a documentary film on various phases of the expansion, Prince Khaled also launched the project for the expansion of the presidency building with an additional two floors, the Saudi Press Agency reported. Al-Sudais said people can get to know all details about the project by visiting the exhibition. He said the ongoing expansion project will be completed within three years, and that was in line with the instructions of Custodian of the Two Holy Mosques King Abdullah. 
“Up to first floor of the new mataf will be completed in the first phase in Ramadan, and it will have five floors with the completion of the three-phase project within three years. The presidency is also keen to achieve the expansion with a total of seven floors with air-conditioned sunshade for the holy mosque and the mataf as well,” he said, adding that the works have been intensified to complete the project on time as per schedule.
Al-Sudais said the expansion plan also consists of an automated system for the garbage disposal and centralized cleaning besides a monitoring system for hygiene of buildings. The expansion is being carried out on the basis of a plan prepared by the Custodian of the Two Holy Mosques Institute for Haj and Umrah Research. The plan focuses on making maximum use of available space while maintaining the architectural features of the Grand Mosque. 



According to the plan, the mataf will be separated from prayer areas of the mosque and will be linked to different levels of the mosque, with entrances to and exits from the mataf on all levels, and direct access from the mataf to the masaa (the running area between the mounts of Safa and Marwa). There is also a plan to connect all courtyards of the mosque with the mataf area via escalators to facilitate smooth flow of pilgrims. The current mataf is a circle with a diameter of 95 meters and a capacity for 28,000 people per hour, though at peak seasons it rises to 40,000 people per hour.


Al-Sudais said that the presidency is currently seeking alternative arrangements for the elderly and the disabled to perform tawaf and saai. He noted that the government is keen to use top quality and high standard goods and systems that would ensure safety and sustainability of the project with fulfilling all the operational and environmental requirements irrespective of the cost for them. The presidency chief also welcomed suggestions and proposals by posting them on its website. King Abdullah last year launched the largest ever expansion of the Grand Mosque in history, which will increase the mosque’s capacity to more than 2.5 million worshippers at a cost SR80 billion.

IINANews

Monday, July 8, 2013

Tips dan petua untuk rambut yang cantik dan menawan

Kebanyakan wanita selepas melahirkan atau semasa menyusukan anak dengan susu badan, kadangkala akan mengalami masalah rambut rapuh dan mudah gugur. 

Bukan tidak berusaha menyuburkan rambut dengan pelbagai produk di pasaran, tetapi kadang-kadang produk yang mahal juga tidak dapat membantu.

Ini beberapa tips di bawah yang saya dapati yang mungkin dapat membantu sesetengah dari kita. Ia bukan sahaja untuk rambut gugur malah juga untuk pelbagai jenis masalah rambut.

1) Rambut beruban-Isi Avokado pada rambut dalam masa lebih kurang setengah - satu jam dan cuci.

2) Rambut jarang - Kismis. Makan banyak kismis. Makan kismis juga merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w

3) Rambut kasar, dan mahu menjadikan rambut licin dan berkilat? Bubuh mayonnis di rambut dan biarkan selama 15 minit. Hehe lepas ni habislah mayonnis kat rumah.

4) Rambut lebat dan hitam - Isi santan kepada kepala dan rambut serta biarkan selama lebih kurang 20 minit.

Ada lagi satu petua yang sering di amalkan oleh mak mentua saya, iaitu untuk rambut yang mengalami keguguran yang agak kronik. Akan saya kongsikan di entri yang akan datang.

Selamat mencuba! 


Saturday, July 6, 2013

Sesi temuduga terbuka bagi pengambilan pelatih di bawah Skim Latihan 1 Malaysia (SLIM) siri ke-3

PENGUMUMAN yang bersumberkan Tabung Haji.


Pihak TH akan mengadakan sesi temuduga terbuka bagi pengambilan pelatih di bawah Skim Latihan 1 Malaysia (SLIM) siri ke-3, maklumat temuduga adalah seperti berikut :

Tarikh: 20 Julai 2013
Masa: Bermula dari pukul 9:00 pagi
Tempat: Ibu Pejabat Tabung Haji, 201 Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut dan syarat kemasukan, layari: http://www.tabunghaji.gov.my/web/guest/temuduga-sl1m

**Sebarang perubahan atau lokasi baru bagi temuduga SL1M akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Setakat ini, anda diminta mengikuti lokasi yang telah ditetapkan di dalam iklan yang disiarkan. 

Tawaran menjadi Sukarelawan Musim Haji 1434H

Assalamualaikum w.b.t,

Ini maklumat daripada Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Lembaga Tabung Haji. Ia kenyataan yang di keluarkan oleh Tabung Haji, telah pun disiarkan sedikit di kaca tv.

Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima banyak pertanyaan daripada orang ramai yang inginkan kepastian mengenai tawaran menjadi Sukarelawan Musim Haji 1434H anjuran sebuah pertubuhan yang beralamat di Kota Damansara. 


Kenyataan dikeluarkan untuk menjelaskan bahawa TH TIDAK PERNAH terlibat, melantik, meluluskan atau memberi kuasa kepada mana-mana pertubuhan atau organisasi untuk menganjurkan Misi Sukarelawan Musim Haji 1434 Hijrah atau mana-mana program seumpamanya.

TH telah menghubungi pihak kedutaan Arab Saudi di Malaysia untuk pengesahan dan dimaklumkan bahawa TIADA VISA dikeluarkan untuk program seumpama itu.

Salah seorang peserta yang terbabit telah memaklumkan kepada pihak TH bahawa, tujuan misi tersebut kononnya adalah untuk memberi bantuan kepada jemaah haji yang berada di bawah kelolaan TH. Taklimat yang disampaikan oleh pertubuhan tersebut meminta peserta-peserta yang berminat supaya mendaftar dan membuat bayaran sebanyak RM5,000 kepada pertubuhan berkenaan untuk menyertai misi tersebut.

TH merupakan satu-satunya agensi kerajaan yang telah diamanahkan dan dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menguruskan jemaah haji Malaysia sama ada di Tanah Air mahupun Tanah Suci. TH mempunyai petugas-petugas terlatih dan berpengalaman yang terdiri daripada anggota-anggota TH, pembimbing ibadah haji dilantik oleh TH dan petugas perubatan dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ketika musim haji, hanya petugas-petugas ini sahaja yang dibenarkan dan diberi kuasa untuk mengendalikan urusan jemaah haji di bawah pengelolaan dan seliaan TH.

TH menegaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai sebarang kaitan atau perhubungan dengan mana-mana pihak yang menganjurkan Misi Sukarelawan Musim Haji 1434H mahupun membenarkan pihak berkenaan atau mana-mana pihak ketiga menggunakan nama Tabung Haji bagi tujuan aktiviti berkenaan.

Sehubungan dengan itu, TH menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan program seumpama itu yang ditawarkan oleh mana-mana individu, pertubuhan, syarikat atau organisasi. Orang ramai turut dinasihatkan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengesyaki terdapat unsur-unsur yang mencurigakan terhadap program atau aktiviti yang dianjurkan. Untuk maklumat lanjut, mereka boleh menghubungi Pusat Panggilan TH, di talian 03-6207 1919.

Memang ramai di luar sana yang terpengaruh, ialah siapa yang tidak mahu pergi Haji, menjadi sukarelawan dengan tambang hanya RM 5,000 kan?

Namun begitu, untuk makluman pada tahun ini dan dan juga telah bermula pada tahun lepas (2012) perkhidmatan Operasi Haji Tanah Air (OHTA) tidak mengambil sukarelawan TH untuk berkhidmat semasa musim haji oleh kerana TH kini telah memiliki graduan lepasan ijazah yang sedang berkhidmat bersama TH sebagai anggota SL1M (Skim Latihan 1 Malaysia). Anggota-anggota SL1M ini berperanan untuk membantu petugas-petugas TH(anggota Lembaga Tabung Haji) untuk berkhidmat kepada bakal-bakal jemaah haji dan hajah yang terpilih untuk mengerjakan Haji sepanjang musim Haji berlangsung di stesen-stesen yang terlibat. 


Nota: Info ini bersumberkan tabung haji.

Nota: Bagi yang berminat untuk berkhidmat sebagai anggota SL1M di Tabung Haji, sila klik link ini http://ijaie.blogspot.com/2013/07/sesi-temuduga-terbuka-bagi-pengambilan.html

Thursday, July 4, 2013

Sekembali dari Haji (part 2)


Subuh yang pertama di Malaysia selepas pulang dari Tanah suci..

Suasana hening dan udara terasa dingin. Yang tedengar hanya bunyi deruan nafas sendiri. 

Sejadah di renung. Sejadah yang di beli di Mekah, dan terus sengaja di jadikan sejadah harian kepunyaan sendiri. Niat di hati agar apabila solat, diri akan mengingati solat di hadapan Kaabah. Membayangkan seoalah-olah tubuh sedang berada di Masjidil Haram dan Nabawi, kerana di sana Allah sangat dekat di hati. Memujuk diri, di sini Allah jua sangat dekat di hati. Berada di mana-mana. Istiqamah yang di cari.  

Ianya memang berjaya. Hati jadi sebak walaupun dengan hanya merenung sejadah. Sehelai sejadah sahaja sudah mampu menggamit banyak nostalgia. 

Solat memang terasa manis. Terasa sangat dekat pada Ya Rabbi. Terasa sangat cinta pada Ya Rahman. Terasa hati sangat ikhlas dan dekat padaNya. Cuma..

Cuma kerinduan yang menjerat perasaan. Mencarik-carik rantai hati. Mencelarukan fikiran.

Masih terdengar lagi suara merdu kepunyaan Imam Masjidil Haram, mengalunkan ayat-ayat bacaan sembahyang yang menusuk jiwa. Suara Sheikh Ghazzawi yng terasa sangat dekat di hati. Assudaisy yang menggetarkan jiwa. AlMuaiqly yang mendayu merdu.

Masih terdengar lagi suara pengawas yang memanggil-manggil, “Ya ibu, sini ibu. Sini Ibu”. Ia suara nyaring unik kepunyaan wanita arab, barangkali. Tekaan kerana mereka memakai purdah sepenuhnya, hanya menampakkan mata coklat bersinar cantik, segelintirnya. Ada juga yang berwarna hitam bulat. Arab juga? Tidak pasti.

Malah tiba-tiba rindukan kata-kata ‘Malaysia baguss’., tatkala di umpan oleh peniaga-peniaga di kedai-kedai di lorongan semasa melalui jalan debu pasir yang kering.

Masih terasa lagi betapa dinginnya air zam zam yang tak pernah kering malah mampu menghilangkan rasa dahaga di tekak juga menjadi penawar segala penyakit.

Masih terasa betapa enaknya Nasi Arab berlaukkan kambing. Baunya yang pasti membuka selera. Roti Arab unik Kafe Madeina yang pasti tidak pernah di temui di sini. Makan sangat berselera kerana banyak tenaga yang di gunakan terutama selepas bertawaf dan bersaie.

Masih terasa betapa nikmatnya duduk-duduk bersantai di hadapan Menara Jam sambil memegang aiskrim di tangan kanan dan jus mangga di tangan kiri. Tatkala itu dan setiap kali pun, pasti memuji keunikan aiskrim Arab dan jus buah-buahan yang pekat lazat. Tidak kira walau musim sejuk di Mekah hatta di Madinah sekali pun, aiskrim dan jus mangga di nikmati sambil berdoa agar YaAllah jauhkan aku dari sakit tekak!

Masih terbau lagi keharuman yang datang secara tiba-tiba semasa menunggu di Raudhah. Keharuman unik yang tidak pernah di hidu sebelum ini.

Masih terbau lagi wangian Arab di Surrati Perfume dan keramahan tuan kedai yang tak jemu-jemu mengusik kami.

Masih terbayang betapa bersyukurnya di beri peluang tak terduga oleh Allah melalui insan yang baik hati, membawa kami menikmati keajaiban di tarik di Bukit Magnet dan pertama kali merasai nikmatnya susu segar unta, malah unta itu sendiri amat mengkagumkan. 

Masih terbayang debu semasa mabit di Mudzalifah dan betapa heningnya saat-saat matahari mulai terbenam di Arafah serta betapa berdebarnya melalui terowong untuk melontar Jamrah juga betapa kerdilnya insan yang sedang bertawaf mengellingi Kaabah.

Masih terasa himpitan semasa bersesak bertawaf di hadapan Kaabah, yang serta merta mengingatkan diri akan nasib di Padang Masyhar kelak.

Masih terasa betapa tiba-tiba hati sangat rindu kepada Rasululah s.a.w walaupun tidak pernah menatap wajah baginda s.a.w.

Semua itu bukan nostalgia yang sia-sia. Ia menjadi memori yang menunjuk hala kehidupan yang seterusnya, malah kehidupan yang bakal di tempuhi ini adalah yang paling getir dan penting, pastinya!

Dan apa yang pasti kami akan menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini, InsyaAllah moga-moga Allah kekalkan begitu.