This sharing is for myself, for my family members, my circle of friends and of course for my silent readers. Somebody has shared it with me, and you also can share it with others. TQ!!
AMALAN SUPAYA ANAK TIDAK DEGIL (sesuai juga utk org yg rapat dgn kita spt isteri @ suami)
1. Semasa
anak, isteri @ suami kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai
terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya
(subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah
conscius mind (minda sedar).
2. Sentuhkan ibu jari anda ke
langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari
diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah
surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan
putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh
janganlah diputuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara
yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang
ingin anda beritahunya. Kebiasaannya nasihatinya agar tidak selalu
melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah
orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan.
Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan
nasihat anda.
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak.
Insyallah anda berjaya dengan kaedah ini dengan pertolongan Allah SWT.
Pernah
di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya
kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "saya
didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan
ini aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum
dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit
(bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala
isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari
kandungan lagi.
Interesting. Zikir tu apa2 zikir pun boleh ek? Eg Asmaul husna, tasbih
ReplyDeleteYa betul. Zikir apa2 pun takpe. Kalau boleh pilih zikir yang sesuai dengan keadaan waktu itu. Cth ada zikir tertentu untuk anak malas. :-) Anyway zikir yang paling sesuai ialah Ya Latifu ( sesuai untuk suami dan anak)
ReplyDelete