Assalamualaikum kepada semua pembaca setia blog heavenku ini, (macam ye je ada pembaca setia eceh).
Hari tu saya ada berkongsi petua dan tips mudah untuk rambut yang cantik dan menawan di sini.
Hari tu saya ada berkongsi petua dan tips mudah untuk rambut yang cantik dan menawan di sini.
Kali ini saya nak berkongsi petua yang sudah lama di amalkan oleh mak mentuaku yang baik hati. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki beliau sebab sentiasa tak kedekut ilmu dan suka berkongsi petua tak kira dengan siapa sahaja. Sampaikan Afiq pernah kata "Opah tu serba tahu, semua benda dia tahu". See, cucu yang baru berumur 8 tahun pun pandai kagum. I wish I can be like her one day, know many things and share everything :-)
Petua di adaptasi daripada pengalaman dan hidup sendiri. Petua ini ternyata berkesan, kalau yang bermasalah memang sangat-sangat di galakkan mengamalkannya. Ini adalah petua untuk tumbuhkan rambut bagi mereka yang sering keguguran rambut dan mempunyai rambut yang nipis dan jarang. Yang paling bestnya, mereka yang sebelum ini rambut beruban, bila tumbuh akan tumbuh yang warna hitam.
InsyaAllah dengan langkah-langkah mudah sesiapa sahaja boleh amalkannya.

Pertama sekali, kita kena ada buah betik.
Betik?
Yesss betik. Seperti yang kita tahu betik memang banyak khasiatnya terutamanya dalam melancarkan proses penghadaman tetapi tidak pernah kita terfikir betik juga amat berguna untuk rawatan rambut, bukan?
Ya, itulah rahsianya.
Ya, itulah rahsianya.
Jadi pertama sekali kena dapatkan betik, tidak kira betik bagaimana pun, asalkan betik.
Betik. Buah betik amat bagus, sape-sape yang susah buang air sila makan betik, best tau rase perut..kempis je hehe. Rugi sape tak suka betik. |
Biasanya kalau kita makan betik..kita buang bijinya kan? Kali ni jangan buang. Ambil semua biji betik tu.
Langkah seterusnya basuh biji betik tu bersih-bersih.
Bila dah bersih, jemur biji betik sampai kering. Biji betik yang dan kering tadi di blendkan sampai halus dan jadi serbuk. Simpan dalam bekas. Serbuk biji betik yang dah di simpan di dalam bekas tadi boleh di gunakan pada bila-bila masa sahaja.
Jadi, apa kaitan serbuk biji betik tadi dengan rambut?
Sila dapatkan minyak, antara minyak yang boleh di gunakan ialah minyak zaitun, minyak kelapa dara atau apa sahaja jenis minyak rambut. Mak mentua saya guna minyak india, minyak ni boleh di dapati daripada kedai India sahaja.
Campurkan sedikit minyak tadi dengan sedikit serbuk biji betik tadi dan sapukan ke atas kepala yang kurang rambut tadi. Amalkan dua kali sehari, tiap-tiap hari. InsyaAllah hasilnya amatlah memuaskan.
Selamat mencuba!!

minyak india tu bagus tapi bau die busukkkk xtahan betul..
ReplyDeletemmmmm..... bahan yg diperlukannx de la susah nk dicari. boleh la sy mencuba. terima kasih atas perkongsian ini.
ReplyDeleteSelamat mencuba Fiza, semoga berjaya mendapatkan hasil yang di idamkan :-)
DeleteTrm ksih sngt2.. kerana brkongsikn petua..
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi membaca :-)
ReplyDeleteboleh di cuba tak untuk yang nak lebatkan rambut?
ReplyDeleteboleh tak di guna untuk melebatkan rambut?
ReplyDeleteHi dear...boleh lebatkan rambut :-)
DeleteMcm best ja nk try in syaa allah..
DeleteMcm best ja nk try laa in syaa allah
DeleteBlh bantu utk rambut jarang & kering?
ReplyDeleteMinyak serbuk biji betik tu perlu bilas dengan air atau syampu? atau xperlu bilas?
Ya, InsyaAllah.
DeletePerlu bilas
Sapu kt kulit kepala ke?
ReplyDeleteSapu kt kulit kepala ke?
ReplyDeleteYa betul, sapu kat kulit kepala ye
DeleteTkasih...sy sgt runsing sbb rambut byk gugur...tq
ReplyDeleteBrapa lama bleh nmpk kesannya
ReplyDeleteTq info..saya baru beli minyak rambut berasaskan biji betik
ReplyDeleteMinyak india tu minyak lenga ka..?
ReplyDelete