"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
Surah Al Ikhlas Ayat 4
Ada
sesuatu yang membuatkan saya respek dan kadang-kadang agak
melucukan tentang penduduk kota
suci ini. Iaitu 'keselambaan' mereka dalam menggunakan 'Bahasa English'. Paling
utama bagi mereka adalah Bahasa Arab itu sendiri. Bahasa lain termasuk Bahasa
Inggeris di sampaikan sekadar orang lain boleh faham,
itu sahaja sudah memadai. Dan mereka di sini tidak kisah mengenai
penggunaan tatabahasa atau ‘grammar’ yang betul.
Kalau tidak faham apa yang saya maksudkan, sila lihat gambar-gambar di bawah.
|
Papan tanda kedai menunjukkan 'Any one 25 SR'. Hee..perkataan yang sepatutnya ialah 'Anything 25 SR' |
|
Ejaan kat sini discound...ejaan yang betul ialah discount |
|
Hmm yang ni betul tapi yang lawaknya huruf besar dan kecil bercampur baur |
|
Er bukan ke sepatutnya ia di tulis begini : Tanaeem Mosque, Makkah Holy
City. Main Entrance
|
|
Sepatutnya Please do not wait on the pathways. Bukannya 'in' hee
|
|
Supermarket |
|
Err..sepatutnya Women's Counter. Di sini tertulis 'Women's WIndow'. |
|
Wahh..ayat-ayat ini sangatlah sukahati mereka..heee
(gambar adalah ihsan seorang Hajah yang baik hati di FB) |
|
Wah ayat kat atas tu macam nak ajak hisap rokok je...sepatutnya kena tulis begini ..Together for a
smoke-free (cigarette-free) Makkah (gambar ihsan google)
|
Anyway Mekah tetap ku cintai.. :-)
:)
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteBahasa English ni...akak dr mula2 menjejak Madinah Airport lagi dah mula confius ngan arahan di situ & akhirnya faham & ketawa dlm hati, xper la as long as mesej nak disampaikan tu org faham...hehehehe....
Assalamualaikum
ReplyDelete:-) saya juga tergelak membaca panduan di tempat bayaran scooter tu. Rasanya mereka guna Mr Google je tolong translate pasal tu ayat macam tu.
Rindu, rindu dan sangat rindukan haramain. Menitis air mata saya membaca kisah JH yang meninggalkan anak di taska tadi. Allah.....
Dialah yang Maha mengetahui lagi terbaik aturannyya. Seorang sahabat kami, anaknya 6 orang ditinggalkan. Semuanya ditempatkan di 6 lokasi berbeza. Setiap kali berhubung, mereka perlu buat 6 panggilan berbeza ke malaysia.
Anak2 saya? Allah aturkan yang terbaik, di kembalikan dahulu yang bongsu dalam jagaanNya yang kekal abadi 5 bulan sebelum berangkat agar tidak perlu saya risau nasibnya yang sudah pasti bahagia di sana.