Commercial Break

Monday, June 25, 2012

Day 35 (26 November 2011, Part 5)- Maklumat tentang wheelchair & scooter

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

Surah Al Kauthar Ayat 1


 

Jika anda perlu dan mahu menggunakan wheelchair (di dalam Bahasa Arab dikenali sebagai Arobi), jangan merasa susah kerana di Masjidil Haram ini ada di sediakan perkidmatan sewaan wheelchair dan scooter. Jadi tidak perlu risau sama ada perlu atau tidak kita bersedia dari tanah air untuk menunaikan ibadah kita yang memerlukan kita berjalan jauh.

Wheelchair dan scooter ni bukan sahaja berguna untuk mereka yang uzur dan berusia emas, tetapi mungkin juga boleh di gunakan sekiranya anda membawa anak yang tidak mampu berjalan jauh.

Bukan itu sahaja, sekiranya anda mahu berbuat amal kebajikan yang lebih, bolehlah membeli satu wheelchair dari Farmasi di sini (dengan harga sekitar SR 280- 300 setiap satu). Niatkan dengan ikhlas untuk waqafkan sebagai kegunaan Jemaah atas nama ahli keluarga yg telah meninggalkan kita. InsyaAllah selagi ia digunakan pahala akan terus diperolehi. Dengar kata harga ini lebih murah daripada harga di Malaysia.


Bagi yang ingin menggunakan wheelchair, kebiasaanya terdapat banyak wheelchair di Maktab-Maktab penginapan jemaah Haji Malaysia. Semuanya diwakafkan oleh jemaah-jemaah terdahulu yang tidak mahu membawa pulang wheelchair tersebut ke tanah air. Boleh pilih yang mana satu sesuai dengan keselesaan kita.

Bagaimana pula mahu mendapatkan scooter berkuasa elektrik di Masjidil Haram?
 Info didapati daripada seorang hajah yang tidak keberatan berkongsi mengenai ilmu yang saya percaya sangat berguna kepada ramai di luar sana. Syukran! Ini kerana, yang menjadi tetamu Allah merupakan daripada pelbagai jenis ummah termasuklah tahap kesihatan dan fizikal yang berbeza-beza.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:


1) Sila cari pintu no 10 (Ismail Gate).  





2) Naik eskalator ke Tingkat 1

Eskalator ke Tingkat 1



                        Pemandangan eskalator dari atas



3) Itu dia pejabat sewaan


Pejabat untuk sewa scooter di sebelah kiri 



4) Di sini terletaknya tempat kaunter pertanyaan dan pembayaran untuk tujuan sewa scooter. Ada 2 kaunter di sediakan,satu untuk lelaki dan satu di khaskan untuk jemaah wanita. Selalunya tempat ni di buka 24 jam setiap hari. Dan hanya akan di tutup pada waktu solat.





5) Maklumat kegunaan dan harga (SR 50 untuk tawaf/ SR 50 untuk saie/SR 100 untuk tawaf dan saie)





6) Tempat simpanan scooter


Pilih yang mana satu berkenan di hati







7) Dah boleh di gunakan..


Lif yang bersebelahan dengan eskalator. Sekiranya bawa wheelchair boleh ikut sini. 






Kadang-kadang pegawai masjid tak beri duduk satu seat sampai dua orang. Seagalanya ikut rezeki masing-masing..












Friday, June 15, 2012

Day 35 (26 November 2011, Part 4)- 'Bahasa English' di Mekah



"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".


Surah Al Ikhlas Ayat 4



Ada sesuatu yang membuatkan saya respek dan kadang-kadang agak melucukan tentang penduduk kota suci ini. Iaitu 'keselambaan' mereka dalam menggunakan 'Bahasa English'. Paling utama bagi mereka adalah Bahasa Arab itu sendiri. Bahasa lain termasuk Bahasa Inggeris di sampaikan sekadar orang lain boleh faham, itu sahaja sudah memadai. Dan mereka di sini tidak kisah mengenai penggunaan tatabahasa atau ‘grammar’ yang betul
Kalau tidak faham apa yang saya maksudkan, sila lihat gambar-gambar di bawah.



Papan tanda kedai menunjukkan 'Any one 25 SR'. Hee..perkataan yang sepatutnya ialah 'Anything 25 SR'

Ejaan kat sini discound...ejaan yang betul ialah discount

Hmm yang ni betul tapi yang lawaknya huruf besar dan kecil bercampur baur

   Er bukan ke sepatutnya ia di tulis begini : Tanaeem Mosque, Makkah Holy City. Main Entrance

      Sepatutnya Please do not wait on the pathways.  Bukannya 'in' hee

Supermarket

Err..sepatutnya Women's Counter. Di sini tertulis 'Women's WIndow'.

Wahh..ayat-ayat ini sangatlah sukahati mereka..heee 
(gambar adalah ihsan seorang Hajah yang baik hati di FB)

Wah ayat kat atas tu macam nak ajak hisap rokok je...sepatutnya kena tulis begini ..Together for a smoke-free (cigarette-free) Makkah (gambar ihsan google)


Anyway Mekah tetap ku cintai.. :-)

Tuesday, June 12, 2012

Day 35 (26 November 2011, Part 3)-Dinginnya bumbung Masjidil Haram

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

Surah Al-A'raaf Ayat 180


Kami makan aiskrim dan lepak di Safwa Tower, sebelum memulakan tawaf sunat selepas asar. Kami berbual-bual mengenai Hajar Aswad. Nampaknya suami membawa bersama memori mencium Hajar Aswad sebelum pulang ke Malaysia nanti. Ini yang dikatakan rezeki.

Tawaf. Sangat tenang, tak putus berdoa pada tuhan terutama bila lalu di tempat yang di katakan makbul doa. Walaupun agak ramai dan berlaku tolak menolak tetapi saya seakan tidak peduli itu semua. Saya telah berdoa semampu yang boleh, dan berharap engkau makbulkan Ya Allah. Engkau Yang Maha Penyayang..makbulkan Ya Allah.

Untuk kelainan hari ini kami sembahyang Asar di Babul Bilal pintu yang berdepan dengan Hajar Aswad. Suasana di sini agak lain, masih ramai lagi solat di sini, ia seperti musim kemuncak haji. Berbeza dengan kawasan berhampiran Babul Fatah pada masa sekarang, iaitu As Shameia dan An Nadwa yang sudah agak lengang. 



Saya secara lazimnya lebih banyak menunaikan solat ditingkat bawah berhampiran pintu Shameia atau Nadwa kerana pintu ini berdekatan dengan laluan ke hotel kami dan kawasan ini juga mempunyai ‘direct’ view menghadap Kaabah. Di sini banyak tercatit segala memori. Suami pula lebih suka bersolat di kawasan Dataran Tawaf/Kaabah sekiranya berkesempatan dan ada ruang. Banyak memori kami sepanjang ‘berkampung’ di kawasan-kawasan ini.




Kawasan solat Muslimah di kawasan pintu As Shamiea dan An Nadwa. Sembahyang di sini nampak Kaabah secara pemandangan terus


Tetapi pada solat Maghrib hari ini, demi untuk tujuan menambah pengalaman disamping ingin merasai suasana yang berbeza,  kami mencuba peluang untuk bersolat di tingkat bumbung Masjidil Haram untuk merasa kelainan suasana dan menikmati pemandangan serta cuaca sejuk malam hari di situ. Tambahan pula, bersolat di tingkat bumbung ini masih dikira bersolat di Masjidil Haram kecuali di tempat bersaie.

Bagaimanapun, pengalaman yang dirasai agak berbaur. Jika di tanya kepada saya, ini merupakan pengalaman yang pertama kali dan juga yang terakhir saya bersolat disini. Kawasan kegemaran kami untuk bersolat bukan di sini. Kerana di sini suasananya agak 'bebas'. Jemaah wanita bebas bersolat disebelah lelaki semasa solat Fardhu. Tiada pegawai masjid di sini, jadi tiada sesiapa yang menguatkuasakan peraturan pemisahan jantina semasa solat Fardhu. Ramai juga jemaah yang cuba mengingatkan tetapi selalunya tidak diendahkan. Maklumlah, berada di bumi suci ini kita akan berdepan dengan ummah pelbagai mazhab, fahaman dan mentaliti yang berbeza-beza.

Namun tidak dinafikan, bersolat disini begitu selesa kerana kawasannya agak lapang jadi tidak perlu berhimpit dan bersesak. Safnya juga tidak serapat bersolat ditingkat bawah. Di samping itu, udara malam juga begitu nyaman dan pemandangan kota Makkah dari sini diwaktu malam begitu mengasyikkan. 


Di sini pasti pemandangan yang terbaik untuk melihat Menara Jam secara dekat.





Silat lihat itu lelaki bersolat di sebelah wanita.

Kubah berdekatan tempat saie




Sangat dekat rasanya mcm tercapai tangan


Segenap ceruk boleh dilihat dari atas


Ini pastinya entri istimewa, saya sempat merakam ketika laungan Azan Maghrib sedang di laungkan. Boleh di lihat Menara Jam sedang berkelip-kelip. Menara ini akan berkelip setiap kali masuk waktu Solat


Air zam zam yang sejuk pun ada kat atas. Bagi yang lelaki pasti mudah mengambil wudhu hanya di sini



Selingan. Ini bukan di atas ye. Ini dibawah sekali. Di basement. Sini sejuk, ada aircond, jadi ramai sangat yang tidur di sini.

Tuesday, June 5, 2012

Day 35 (26 November 2011, Part 2b)-Tips mencium Hajar Aswad

 Bersifatnya Allah dengan penuh kekuasaan dan luas ilmu pengetahuan itu kerana bahawasanya Allah Dia lah sahaja Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan bahawa segala yang mereka sembah selain dari Allah adalah palsu belaka. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

Surah Al Luqman Ayat 30
Tips-tips mencium Hajar Aswad:

1) Solat Hajat sebelum pergi mencium Hajar Aswad. Mohon bersungguh-sungguh kepada Allah agar di permudahkan dan niatkan dengan ikhlas semuanya kerana mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w.

2) Tanggalkan semua barang-barang berharga dari tubuh anda seperti beg, cermin mata dan kamera kerana ada potensi barang-barang ini akan jatuh, dan sekiranya jatuh maka ‘selamat’lah barang-barang tersebut kerana dipijak atau hilang dari pandangan mata sekiranya terjatuh.

3) Tidak kira musim Haji atau Umrah orang ramai sentiasa berebut-rebut mahu mencium Hajar Aswad. Mungkin ada masa-masa tertentu seperti 1 jam sebelum solat misalnya, jemaah di kehendaki beratur untuk mencium Hajar Aswad, di waktu musim Umrah tetapi itu adalah mustahil di musim Haji. Amalan ini tidak dipraktikkan kerana terlalu ramainya orang. Maka kawasan di sekitar Hajar Aswad ialah 'black area'. Di kawasan ini amat hebat tolakannya. Sekiranya anda terus menuju ke Hajar Aswad tanpa strategi tertentu, anda pasti akan di tolak oleh arus pergerakan ke kiri dan kanan, dan akhirnya anda pasti akan terkeluar jauh dari tujuan asal mencium Hajar Aswad. Kita yang bertubuh kecil berbanding bangsa-bangsa yang lain pasti tidak mampu untuk mengelak dan menahan diri dari tolakan gagah bangsa-bangsa yang lebih bertubuh besar.

4) Jadi, apakah cara yang paling sesuai dan selamat? Cara yang tidak mengasari orang lain dan di samping itu, 'arus' sendiri yang membawa anda ke Hajar Aswad? Tanpa anda perlu menolak dan berebut?

5)Caranya ialah anda pergi ke Multazam dahulu. Semasa berada di Multazam, cuba untuk berada sehampir mungkin dengan dinding Kaabah. Sedekat yang mungkin, serapat yang boleh. Pastikan tangan anda menyentuh dinding Kaabah dan tubuh badan anda kuat berpaut pada dinding Kaabah. Rapatkan diri betul-betul di hadapan dinding Kaabah, pastikan diri anda berada berhampiran dengan polis yang menjaga Hajar Aswad, kerana berhampiran polis tersebut ada divider. Sekiranya anda berjaya ke situ dan memegang divider tersebut, anda mempunyai pertahanan yang kuat. Sekiranya anda berada di sini, anda akan semakin di tolak ke hadapan menghampiri Hajar Aswad. Di hadapan Hajar Aswad ada arus pergerakan ke hadapan dan ke belakang akibat rempuhan dari pelbagai arah. Sekiranya arus manusia di hadapan anda ke hadapan, segera ambil peluang mencium Hajar Aswad dan segeralah keluar dari kesesakan.


6)Yang paling penting haruslah di ingat bahawa mencium Hajar Aswad adalah sunat, bukan wajib. Jangan kerana mengejar yang sunat kita lakukan yang haram contohnya mengasari dan menolak orang lain semata-mata untuk mencapai objektif sunat.