Commercial Break

Friday, September 6, 2013

Mahram bagi bakal haji wanita dibawah umur 45 tahun

Lately banyak terdengar akan keraguan kawan-kawan dan saudara-mara terutamanya wanita yang berumur di bawah 45 tahun. Mereka mahu pergi haji tetapi masih muda. Bolehke pergi sendiri, tanpa mahram?
Jawapannya adalah jelas. TIDAK BOLEH. 
Bermula musim haji 1434 H ini, kerajaan Arab Saudi telah menguatkuasakan peraturan mewajibkan mahram lelaki bagi setiap bakal haji wanita berumur bawah 45 tahun. Peraturannya jelas. Bakal haji wanita yang berumur 45 tahun ke bawah hendaklah pergi bersama mahram lelaki. Tidak boleh tidak.
Untuk musim 1434 H ini, bakal haji yang terlibat akan dimaklumkan melalui surat makluman dan  panggilan telefon oleh Tabung Haji bagi tujuan meminta mereka untuk mencari mahram lelaki yang menepati hukum syara' bagi membolehkan mereka (bakal haji wanita) tersebut dapat menunaikan ibadat haji pada tahun ini bersama mahram lelaki yang dikemukakan dan tertakluk juga kepada kekosongan kuota.

Sekiranya bakal haji wanita yang terlibat tidak mengemukakan mahram lelaki sehingga pada 12 September 2013 ini, maka secara automatiknya pemergian hajinya akan dibawa ke tahun hadapan iaitu pada tahun 1435H/2014M dan pemergiannya pada tahun 1435H itu juga tertakluk kepada syarat mahram lelaki yang akan dikemukakan kelak.

Jadi, pastikan anda mengenal pasti mahram yang akan pergi bersama, cuba sedaya upaya agar peluang ini tidak sia-sia.

Selamat berjaya dan selamat menunaikan haji kepada yang berjaya. 

No comments:

Post a Comment