Commercial Break

Sunday, November 3, 2019

Pengalaman percutian ke Bangkok

Assalamualaikum wbt. 

Entri kali ini saya ingin berkongsi tentang pengalaman, kos-kos terlibat serta itinerary percutian di Bangkok, Thailand.

Laaa...kenapa tak berkongsi mengena trip Europe dan Balkans dahulu? 

Maybe ada yang bertanya begitu sebab ramai juga yang dm bertanya mengenai trip Europe-Balkans. 

InsyaAllah, entri Europe dan Balkans akan menyusul selepas entri ini kerana trip di Europe dan Balkans amat panjang berbanding short trip di Bangkok ini, jadi saya dahulukan yang mudah dahulu.

         Pengalaman di Floating Market, Bangkok




Percutian kali ini adalah lebih kepada percutian santai, shopping, relaks-relaks, SPA, stress-free, tak terkejar-kejar, makan-makan ataupun lebih tepat lagi ianya adalah 'gegurls trip' aka 'trip kengkawan'. Kami lebih banyak borak-borak daripada tengok handphone atau update media social..gitew. Memang release habislah. So kalau anda mencari percutian begini, anda sedang berada di halaman yang tepat. Sambil-sambil tu, saya akan share tips berguna untuk mereka yang mahu ke Bangkok. Lagi-lagi saya ada rahsia bagaimana nak duduk hotel yang best dengan harga yang reasonable :-) 
Nantikannnnn..

Untuk first entry, saya akan berkongsi mengenai perancangan percutian, hari penerbangan ke Bangkok dan hari pertama di Bangkok:

Jangkamasa: 3 hari 2 malam (short trip de santai-santai) - Nampak tak kadar repeat adalah tinggi muhehehe

Jumlah pax: 3 persons

Bulan & Tahun : Oktober 2019 (walaupun Kuala Lumpur hujan lebat everyday, tapi Bangkok tidak pula) ringkasannya, cuaca adalah baik sepanjang di Bangkok.

Airlines : AirAsia melalui AirAsiaGo
Accomodation: Mandarin Hotel Managed by Centrepoint (four stars hotel)
HARGA untuk Tiket Flight dan Hotel: MYR 635 PER PAX

Kami menempah tiket penerbangan dan hotel 4 bintang ini melalui AirAsiaGo, which is cheaper berbanding jika membuat tempahan berasingan.

Bayangkan, tarikh dan hari yang kami pilih adalah jatuh pada cuti umum, malah weekend pula tu.
Hotel pula, bukan setakat 4 stars, malahan hotel ini mempunyai review yang bagus dan terletak di kawasan yang sangat strategik. Hotel ini ada juga menyediakan shuttle percuma ke attractions tertentu. Servis SPA pula bukan calang-calang.

Kalau booking separately memang taklaa nak dapat harga begini.

Cuma kalau anda mahu lebih murah, tipsnye sila tempah tiket ke Bangkok pada hari biasa dan hotel biasa-biasa. Pasti dapat harga yang lebih murah daripada ini. Cubalah!

Insurans : Etiqa Tripcare 360
HARGA: MYR 26.00

Pada mulanya saya rasa macam tak mahu ambik insurans sebab trip ni kejap sangat tapi bila pikir-pikir balik malas nak tanggung risiko maka taraaa ini ialah insurans yang saya pilih untuk trip ini.

Simcard: Thailand Truemove Travel Prepaid Sim Card 
HARGA : (RM 20 + RM6 postage) = RM 26.00 

Simcard ni saya order semenjak di Malaysia lagi, sebab malas nak pening-pening pilih simcard di airport Thailand. Dah namanya trip santai, haruslah santai sepenuhnya.

Waktu Bangkok: Tepat-tepat awal 1 jam daripada Malaysia.


Itineray Bangkok


Hari Pertama:

Saya tiba awal 2 jam sebelum penerbangan dijangka berlepas pada pukul 11am. Saya dah check-in awal sehari, dan sudah siap-siap ada boarding pass. Jadi tak perlu document check. Lebih-lebih lagi tiada check-in luggage, maka saya hanya terus melalui security check.



Sila tiba lebih awal seperti yang dimaklumkan jika belum check-in atau mahu check-in luggage.

Penerbangan ke Bangkok DMK (Don Mueng Airport) memakan masa selama 2 jam 15 min sahaja. 

Kami tiba di airport DMK awal 10 minit daripada jangkaan.

Jika rasa-rasa lapar setibanya di airport Bangkok, jangan risau. Makanan halal dalam airport? Senang je. Selain dalam 7 Eleven, ada juga restoran halal di dalam terminal. Betul-betul di arrival.

Transport ke hotel:

If ada yang plan nak naik bas ke accommodation, keluar je airport memang sentiasa ada bas. Cuma kena tahu nombor berapa dan nak hala tuju.

Kalau train? Haaa yang tak berapa bestnya kalau nak naik train ke city dari DMK, jalan ke train station agak jauh. Lagipun train adalah local train, train laju sedang dalam pembinaan. Jadi options yang paling bagus ialah bas, grab atau teksi.

Both grab and taxi, sama gak macam bas, keluar je airport memang berlambak.

Kami pilih menaiki teksi bermeter ke hotel. Alang-alang dah bertiga, kos teksi boleh di kongsi. Pastikan teksi guna meter tau!

Jika mahu naik train, hotel ini berdekatan dengan stesyen Metro Samyan (400 metre.)

Setibanya di hotel kami check-in dahulu.

Actually ini gambar hari kedua

Pada mulanya kami booking bilik twin sharing. Rakan yang ketiga kemudian buat keputusan nak join, kami just minta hotel upgrade bilik yang sama ke triple sharing, jadi harga top-up hotel tidak jadi terlalu mahal. 

Jadi pihak hotel hanya tambah ekstra katil di penjuru bilik.

Toilet pun best. Terlupa pula mahu ambil gambar toilet, aiseh.


Katil tambahan penjuru bilik haha




Selepas check-in dan solat. mengikut perancangan awal kami nak follow free shuttle from hotel, tapi disebabkan kami tiba agak lewat, kami tak sempat join free shuttle yang terakhir yang disediakan hotel pada hari tersebut.

Hari pertama kami ke MBK, antara shopping kompleks yang popular di Bangkok.

MBK terletak hanya 800 meter dari hotel. Kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke MBK. Maklumlah, first day, excited nak tengok tempat orang. Cuaca pulak cantik sangat. Tak panas lansung. 

Harap maklum, MBK berdekatan dengan stesyen BTS National Stadium. 

MBK juga berdekatan dengan Siam Paragon, Siam Discovery dan Central World.

Setibanya di MBK, kami lunch di restoran halal, Yana Restaurant yang terletak di tingkat 5.







Walaupun harganya agak pricey sedikit, tapi makanannya sedap plus dapatla makan selesa dalam aircond dan suasana yang bagus.

Selepas makan kami mula bershopping.

Ada pelbagai barangan terdapat disini. 


MBK sangat besar. Untuk rujukan, ini tips bershopping di MBK:

1) Tingkat 2&3 MBK-International & Local Fashions 

2) Tingkat 5 - Food Area & Cheaper shops 

3) Tingkat 6 - Foodcourt & Craft Village Zone, a street market style with cheap clothing 

4) Surau terletak di Tingkat 5

5) Kalau agak-agak banyak nak shopping, standby beg sandang atau beg beroda.

6) Spa / Massage banyak yang murah-murah, boleh survey dahulu.


Leka bershopping sampai tak sedar kedai-kedai di sini banyak yang mulai tutup.















S
elepas shopping sepatutnya berangan nak naik cruisela...nak pergi night market la...
tapi sebab tadi dah shopping beria, terus terbayang katil empuk di hotel.

Maka tamatlah hari pertama.

By the way, selain daripada perbelanjaan di atas, ini perbelanjaan lain yang berkaitan:

Teksi bermeter ke airport:
Total : 590 THB
Per pax : 197 THB

Makan di Yana Restaurant:
Total: 1076 THB
Per Pax: 358 THB

TukTuk dari MBK ke Hotel:
Total: 100 THB
Per Pax: 33 THB
 

Untuk itinerary hari kedua, nantikan sambungan seterusnya ya..if nak tanya apa-apa boleh tinggalkan komen or dm me di instagram @khate.ija

terima kasih banyak-banyak :-)

Monday, August 5, 2019

TIPS PILIH SUNBLOCK

SUNBLOCK.
Salah satu langkah dalam penjagaan kulit yang orang sering pandang enteng.
Ramai yang tak aware, betapa pentingnya pakai sunblock. Juga sangat-sangat pentingnya pilih sunblock yang betul untuk make sure kulit terpelihara sentiasa. Pilih sebarangan sunblock mungkin akan memudaratkan kulit.

Kenapa sunbock penting?
Seriously, sunblock amat-amat juta-juta kali sangat penting untuk maintain kulit wajah yang sihat. (Dah berapa kali perkataan penting keluar dalam ayat yang belum nak berapa banyak ni haha!)
Bab-bab pilih sunblock, saya memang fussy.
Dah berpengalaman, dulu sejenis tak kisah hantam saja apa jenis sunblock pun boleh masuk kononnya asalkan namanya sunblock. SPF apa pun tak kisah asalkan ada SPF. Sejenis perangai tak titikberatkan sunblock jadi pernah rasa burn yang teruk di muka semasa travel. Menyesal weh.
Lepas tu baru sedar betapa kulit wajah akan jadi tak elok dek matahari, bukan sahaja akan alami kesan burn. 

Malah ikut study, ianya boleh jadi lebih teruk kerana matahari mengakibatkan kurangnya keanjalan kulit (kedut), pigmentasi, jerawat, kulit kusam dan banyak lagi masalah kulit bakal melanda.
Kali ini saya nak share sunblock kesukaan saya sekarang. Setelah di tawarkan by Dr Eslee untuk cuba produk diorang dan sebelum amalkan sunblock ini , puas saya research dulu just to ensure agar sunblock ini menepati ciri-ciri sunblock yang bagus. Nak tepek kat muka secara berterusan lah katakan. Dan kini ianya menjadi sunblock kegemaran saya.


Itulah Dr Eslee Physical Sunscreen SPF 50++ PA+++.

Banyak betul +++ kan. Sebab sunblock ini memang superb +++ pun.


CIRI-CIRI YANG SAYA SUKA pada sunblock Dr Eslee ini ialah:

1) UV Protection dengan PA+++.

PA bermaksud kekuatan pelindung matahari tersebut daripada cahaya jenis UVA. Semakin banyak simbol “+” bermaksud semakin kuat pelindung matahari daripada cahaya jenis UVA.

Sunblock Dr Eslee ini mempunyai PA+++. Superb giler kot.

2) SPF 50++.
Ianya bermaksud Sun Protection Factor. Ianya melambangkan berapa lama mampu melindungi kulit kita dari sinaran UVB.


3) Mineral Based Sunscreen.
Tiada parabens, pewangi, pewarna dan chemical UV absorbers yang bukan-bukan, maka ianya sangat sesuai untuk semua jenis kulit hatta kulit sensitif sekali pun. Actually bahan-bahan chemical absorbers dan bahan-bahan yang tak semenggah inilah yang buatkan kulit gatal-gatal dan tidak selesa. Jangan coba-coba. Tak kena jangka masa pendek, maybe kesan teruk akan jadi bila gunakan untuk jangka masa Panjang.


4) 100% Physical Protection from UV Rays
Bagusnye Physical Suncreen ini kerana ianya tidak berminyak/melekit dan nampak glow, but still matte kat skin. Kalau pakai sunscreen jenis Physical ni takdela nampak bertompok-tompok bila berpeluh. Sesuai sangat kalau berpeluh-peluh atau sedang lakukan aktiviti luar.



5) Sangat selamat sehinggakan baby pun boleh guna tau
.
Sesuai untuk semua jenis kulit kekdahnya. Tak kira usia.

6) Jenama Dr Eslee itu sendiri!
 Korang yang belum pernah pasal Dr Eslee, jenama ini telah ada sejak tahun 2000 di Korea dan diasaskan oleh Dr Lee,proffesor dermatologi yang terkenal. Jenama ini adalah peneraju utama kosmetik dermatology di Korea dan kini digunakan oleh hampir 700 pusat penjagaan kulit dan kecantikan di Korea. Ianya terbukti berkesan dan selamat dengan terdaftarnya ia di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Gambar menunjukkan kebaikan-kebaikan sunblock Dr Eslee.

Sunblock Dr Eslee Bersama pecuci muka kesukaan

Bagaimana caranya untuk dapatkan Dr Eslee Physical Sunscreen SPF 50++ PA+++ ni?

Senang jer, dan yang bestnya Dr Eslee ada buat promo gempak buat pembaca blog ini sahaja tau. Promo khas untuk Sunscreen ini iaitu diskaun tak boleh belah sebanyak 53%! Selain itu 20% diskaun untuk produk-produk Dr Eslee yang lain.

OMG kena dapatkan sekarang sebelum abes promo atau abes stok.

Bagaimana cara-caranya nak grab promo ini? Mudah saja:


1) Untuk pembelian sila daftar dulu dengan link di bawah. Kalau korang daftar dengan link di bawah, korang akan dapat special promo diskaun 52% untuk sunscreen ini dan juga sebarang pembelian produk lain korang akan automatic dapat 20% diskaun.
Daftar guna link ini:


2) Kalau korang klik link ni, korang akan di bawa ke page ini:





3) Lepas masukkan butir-butir diri, jangan lupa masukkan code IJA888 seperti dalam kotak merah kat atas tu. Dengan kod ni korang akan dapat banyak keistimewaan antaranya ialah 20% diskaun atas setiap pembelian produk, dan juga akan sentiasa up-to-date dengan segala promo khas Dr Eslee. Dr Eslee ni sentiasa buat promo khas gila-gila and mengancam tau.

4) Selain dari itu, korang akan dapat voucher reward untuk setiap pembelian. Voucher ini boleh di gunakan untuk dapat diskaun lebih pada pembelian seterusnya.

5) Penghantaran percuma untuk pembelian RM50 dan ke atas. Bawah RM 50 caj penghantaran hanya RM 5 sahaja.

6) Menjadi antara yang pertama mendapat maklumat promosi dan aktiviti dari produk Dr.Eslee

7) Korang juga boleh request sample tau kot-kot nak try dulu samada produk tu sesuai dengan kulit atau tidak.


Okeh, done bebel pasal penjagaan kulit hari ni. By the way, kalau korang nak tips pilih pencuci muka yang bagus, korang boleh klik sini tips pilih pencuci muka.

InsyaAllah banyak lagi post pasal kulit in the future. Please follow rapat-rapat..Thank uuuuu.


Saturday, July 27, 2019

Makanan dan Restoran Halal di Hong Kong

Melancong di Hong Kong dan kemudiannya mencari makanan halal memanglah tidak semudah seperti memetik jari namun tidaklah sesukar yang di bayangkan.

Lebih-lebih lagi di kawasan tumpuan pelancong contohnya seperti di Disneyland dan Ocean Park, ada restoran makanan halal di dalamnya.  Di tempat-tempat begini wujud restoran halal untuk kemudahan pelancong muslim. Cuma harga makanan tidaklah murah seperti di Malaysia. Lagi-lagi sekiranya restoran tersebut di dalam Theme Park, memang harga makanan yang di jual tidak murah.

Selain Disneyland dan Ocean Park, di lokasi-lokasi lain di HK ada beberapa restoran yang menghidangkan maknanan authentik yang lazat yang telah kami kunjungi.

Aalang-alang dah sampai, of course lah harus cubakan?



1) Islamic Centre Canteen


Restoran halal yang wajib singgah kalau melancong ke Hong Kong. Tak sah tak rasa dimsum sedap. 

Lagi-lagi restoran dimsum ni terletak di dalam masjid Ammar. Boleh singgah solat sekali.

Selain dari dimsum, restoran ini ada juga jual makanan lain. Namun yang paling famous ialah dim sum. Bagi saya, lauk pauknya yang lain kurang sedap berbanding lauk pauk yang saya makan di restoran halal Hong Kong yang lain. Tapi dim sum yang di jual memang best.
Kalau nak dapatkan dim sum ni tidak boleh terlalu lewat ke sini, kerana kebiasaanya lepas lunch dim sum selalu habis.

Macam kami, datang makan pukul 11 pagi. Lepas makan terus solat zohor di Masjid Ammar.

Cara nak ke sini?

Ada beberapa cara nak ke sini, namun kami gunakan cara yang kami fikir paling mudah iaitu turun di MTR Admiraly (Tsuen Wan Line), exit C ke arah Queensway Plaza. Keluar MRT ambil kiri, naik escalator betul-betul di sebelah pintu masuk MRT. Lepas tu belok kanan, ambil jejantas dan kemudian turun belah kanan. Boleh nampak stesen tram di bawahnya. Naik tram menuju ke arah Happy Valley. Turun di stesen Tonnochy Road (station no 47E atau 52W). 

Turun dari tram, anda akan nampak basketball court. Ada garden. Di sebelahnya ada laluan. Ikut laluan naik tangga.

Kelihatan 7e. Ada traffic light di depan 7e. Belakang 7e inilah terletaknya bangunan Masjid Ammar. Jalan je terus sampai hujung bangunan. Belok kiri, taraaa jumpa pintu masuk. Masa tu dah legaaa sebab dah jumpa restoran yang di cari. Canteen yang jual dimsum sedap ni terletak di Level 5. Naik jer lif untuk ke tingkat atas hokay.

Address:

5/F, Masjid Ammar And Osman Ramju Sadick Islamic Centre,
40 Oi Kwan Road, Wan Chai, Hong Kong.

Operating Hours:
10 am till 9 pm daily.

Dim sum hanya ada dari pukul 10 am till 3 pm jer. Tu pun ikut nasib, kalua lewat kadang-kadang yang best-best dah habis.



2) Wai Kee Halal Duck

 

Wai Kee Halal Duck terletak di Wan Chai. Agak susah nak cari kerana ianya terletak di dalam bangunan Bowrington Road Market. 
Nasi itik dia memang super duper sedap. No complain.

 Cuma yang tak bestnya kawasan kedai ini terletak di celah-celah kedai tak halal di kiri kanannya. Kawasan sekitarnya agak kotor dan kurang teratur, kalau orang yang tak tahan confirm loya tekak. 

As for me, memang taklaaa repeat walaupun nasi itik dia sedap melelehhh. 


Namun kalau nak juga makan nasi itik sedap, tahap mengidam, ini cara nak ke sini,


Turun di MTR Causeway Bay Station, exit A – Times Square. Dari sini jalan kaki ke Bowrington Roada Market dalam 7 minit. Kedai makan ni terletak di Tingkat 2 di food centre.

Makanan wajib order: Roast Duck Rice/noodles.


Address:

Stall #5 Bowrington Cooked Food Centre 1/F
Bowrington Road Market, 23 Bowrington Road
Wan Chai, Hong Kong
Tel: +852 2574 1131

Operating Hours:
11.00am till 6.00pm daily.


3) Islam Food, 

Tak Ku Ling Road







Restoran muslim yang menghidangkan Chinese Cuisine ini terletak di Kawloon City. Ada dua branch iaitu satu di Lung Kung Road dan satu lagi di Tak Ku Ling Road. Kami telah ke cawangan Tak Ku Ling Road kerana ianya berdekatan dengan MTR. Masa kami tiba di sini dah off peak hour, so orang tak ramai sangat. Restorannya juga sangat-sangat selesa.

Kami pilih beberapa Chinese food seperti dumplings, Veal Goulash (sejenis mix roti bom & murtabak yang berintikan daging yang sangat juicy), fried noodles dan mcm-mcm lagi. Memang sedappp semua food kat sini!!! Berbaloi-baloi walaupun mahal hahaha, tapi porton besar, boleh share-share and puas hati la dapat rasa semua food. 

Worth it kuasa 10 sangat buat macam kami, beli food yang menarik-menarik dan kemudian kongsi makan sikit-sikit. Mengenyangkan!!

And higly recommended kalau nak rasa lauk pauk di sini sebab lauk pauknya memang sedap!

Address: 
Islam Food,

Shun King Building, 33-35 Tak Ku Ling Rd, Kowloon City, Hong Kong

Operating Hours: 
11.30am - 11.30 pm daily



3) Ma's Restaurant





Makanan di sini berasaskan Xinjiang Cuisine. 
Mereka masak on the spot, tapi servisnya bukan sahaja cepat malah sedap pulak tu.

Memang highly recommended.

kami telah merasai makanan seperti fried rice, noodles, lamb rolls dan pelbagai lagi. Semuanya enak!

Lokasi restoran ini terletak di CHeung Sha Wan Road. Hanya 5 minit berjalan kaki dari MTR Prince Edward.


21, Cheung Sha Wan Rd, Sham Shui Po, Hong Kong

Operating Hours: 
11am - 11pm daily.

Jadi ini semua restoran halal yang telah sempat kami cuba selama di HK. Ada banyak lagi, tapi tak berkesempatan nak try semua. Harapannya, entri ini dapat di jadikan rujukan untuk anda yang sedang merancang percutian ke HK.