Alhamdulillah, setelah lama
berangan-angan, akhirnya saya berjaya merealisasikan impian bercuti ke New
Zealand baru-baru ini.
New Zealand adalah salah satu negara
yang sangat-sangat saya mahu jejaki dalam senarai negara-negara idaman.
Sejak dahulu, dan lebih-lebih lagi setelah melihat keindahan bentuk muka bumi
negara ini dalam filem terkenal Lord Of The Rings.
Dan yang paling menarik dan
seronoknya, saya berada di New Zealand selama lebih kurang 3 minggu, jadi saya
dapat merasai dua musim, iaitu Spring dan Summer di New Zealand.
Untuk tiket penerbangan,
perancangan ke New Zealand tidak terlalu awal, maksudnya saya mengambil
keputusan untuk ke New Zealand lebih kurang tiga bulan sebelum tarikh
berangkat, jadi tiket yang saya beli
tidaklah terlalu murah, namun begitu ia tidaklah mahal seperti mana harga
penerbangan biasa ke New Zealand.
Namun begitu ia tetap harga tiket
yang paling murah semasa saya dapatkan tiket penerbangan Malaysia Airlines (MAS), KL – Auckland di Matafair ini.
Sebab utama saya memilih penerbangan
MAS ialah kerana ia adalah satu-satunya penerbangan direct / terus dari Kuala
Lumpur ke Auckland selama 10 jam yang paling murah ketika itu. Tetapi kini, Air Asia juga sudah menawarkan penerbangan direct / terus dari Kuala Lumpur ke Auckland.
Harga asal tiket penerbangan ke salah sebuah pulau tercantik di dunia ini sebenarnya lebih kurang sama sahaja dengan harga tiket penerbangan ke negara-negara Eropah. Malah, kadang-kadang ianya lebih mahal daripada itu.
Sebenarnya, ada banyak lagi cara dan
tips untuk dapatkan tiket tambang murah ke New Zealand antaranya ialah:
1) a) KL-SG (via any mode)
b) SG-NZ (via Jetstar/Emirates/MAS)
2) a) KL-Australia (via AirAsia),
b) Australia - NZ (via Jetstar/AirNewZealand/Emirates)
3) Dan mungkin sekarang ini yang menjadi pilihan ramai, iaitu penerbangan direct / terus dari Kuala Lumpur ke Auckland melalui Air Asia.
Ini di antaranya, ada lagi cara, yang penting kena selalu peka dengan sebarang promosi dari syarikat penerbangan.
Kalau anda rajin transit dan
banyak masa, anda boleh pilih cara ini. Mungkin ia agak memenatkan dan menggunakan banyak masa, tetapi ianya menjimatkan.
Berbalik kepada hari pertama dalam travelog New
Zealand.
Penerbangan berlepas pada pukul
8.55 pagi dan dijangka tiba di New Zealand pada pukul 6.55 petang waktu Malaysia. Namun begitu,
oleh kerana waktu di New Zealand adalah awal 5 jam dari Malaysia, ini bermakna
waktu ketibaan di New Zeland ialah pada pukul 12.05 malam.
Untuk penerbangan antarabangsa,
sebaik-baiknya kita kena berada sekurang-kurangnya 2 jam sebelum penerbangan. Manakala untuk daftar masuk(check-in) penerbangan MAS, kita boleh check-in di kiosk-kiosk yang
terdapat di KLIA sahaja. Lepas tu terus drop sahaja bagasi. Pengalaman saya, segala urusan pada hari tersebut berjalan lancar, beratur pun tidak panjang. Sekejap sahaja segala urusan sudah selesai.
Pada mulanya saya tertanya-tanya dan rasa agak berdebar untuk melalui pengalaman bersama penerbangan
MAS pada kali ini, banyak persoalan terutamanya kiranya
ada terdapat sebarang perubahan atau kekurangan setelah pelbagai perkara menimpa MAS baru-baru
ini.
Namun, setelah melalui lebih kurang 20 jam bersama MAS pergi dan
balik dari Auckland, saya tetap rasa bangga dengan MAS dan akan memilih MAS
sekiranya terdapat promosi harga murah seperti ini lagi di lain masa. Yang paling
saya tidak lupa ialah layanan first class dan terbaik pramugari pramugara MAS.
Umum sudah sedia maklum, ada banyak desas desus tentang kekurangan makanan yang disediakan MAS sekarang berbanding dahulu.
Jadi di sini saya berkongsi sedikit tentang makanan semasa penerbangan KL-Auckland.
Kami di hidangkan dengan brunch dan dinner.
Untuk hidangan brunch, saya berpuas hati dengan makanan yang di hidangkan ini. Lengkap
sedap dan menyelerakan. Lengkap kerana ada nasi, sayur, dan ikan. Ada juga roti, buah-buahan dan puding. Di serikan lagi dengan jus oren dan air suam. Sedap kerana nasinya bukan jenis biasa-biasa, tapi rasa nasi ala-ala beras Jasmine Sunwhite AAA Special. Kuah kari ikan pun fuhh memang sedap. Pudingnya pun rasa puding-puding seperti yang kita biasa makan di hotel-hotel besar.
Bagi saya makanan ini cukup banyak dan
mengenyangkan.
Bezanya tiada lagi dihidangkan dengan Milo, coffee atau tea seperti dahulu.


Sepanjang perjalanan dalam penerbangan, saya habiskan masa dengan tidur, makan, merenung ke arah luar tingkap dan berjaya menghabiskan movie Lucy lakonan Scarlett Johannson.
Untuk makan malam pula, jumlah hidangan sama juga seperti tadi, ianya tetap banyak dan mengenyangkan, cuma lauk ayamnya agak kurang sedap berbanding makanan pagi tadi. Bagi jenis hidangan lain, saya tetap bagi A untuk roti panas lembut yang di sapu merjerin dan jem, puding yang sedap tidak terlalu manis dan juga buah-buahan yang sememangnya segar.
Saya juga sangat suka dengan cara kapten kapal terbang ini landing, sangat soft, dan tak rasa bergegar-gegar or kecut perut macam sesetengah kapal terbang yang pernah saya naiki.
Sahlah juruterbang ini sangat berpengalaman.
Alhamdulillah, kami selamat tiba di Auckland. Namun ketika itu hari sudah jauh malam, jadi untuk tengok view tu, memang tak nampak sangatlah, but tidak mengapa, sebab saya akan ada banyak masa lagi untuk menghayati Auckland dan hampir seluruh New Zealand selepas ini.
Airport Auckland kecil sahaja, masa sampai di Auckland tu, orang pun memang tidak ramai. Ada tiga penerbangan sahaja yang tiba di Auckland lebih kurang sama dengan waktu ketibaan kapal yang kami naiki.
Harus diingatkan pemeriksaan masuk ke New Zealand sangat ketat, ada jenis-jenis barang /makanan/ubat-ubatan yang BOLEH/TIDAK BOLEH dibawa. New Zealand adalah negara yang mengamalkan "STRICTEST QUARANTINE LAW IN THE WORLD". Jadi, untuk makanan yang anda rasa ragu-ragu tu, mesti DECLARE siap-siap agar tidak melakukan kesilapan dan di denda. Dendanya sangat mahal iaitu NZD400 kalau gagal declare. Ishh jangan main-main kerana currency NZ adalah lebih tiga kali ganda daripada currency negara kita. Boleh menangis kalau wang terbang melayang semata-mata kerana nak bayar denda. Dan yang paling nak menangis ialah kita juga boleh di bicarakan atau di penjarakan kerana bawa masuk barang yang di larang.
Adalah diingatkan bahawa negara ni tak pernah dilanda wabak penyakit yang teruk. Mereka begitu memandang serius tentang peraturan ini.
Jadi, untuk next entry saya akan kongsi lebih lanjut lagi tentang bahan makanan/ubat-ubatan yang harus declare sejurus tiba di New Zealand.