Commercial Break

Sunday, January 26, 2020

Vit's Bihun Segera "Kini lebih senang nak uruskan masa"

Baru-baru ini dapat sekotak hadiah dari Vit's, iaitu set mihun untuk di cuba.
Wah..memang tak sabar nak rasa sebab ni first time cuba mihun segera, perasa ketam dan sayur pulak tu.




Untungnya kita di zaman ini, jika anda lapar, hanya dengan beberapa sentuhan jari diperanti, makanan sedia dihantar didepan pintu termasuk juga makanan segera yang mampu membantu wanita zaman kini untuk menjadi lebih efisyen dalam menjalankan tugas penting hari.

Melihat kepentingan seorang wanita di zaman yang lebih moden ini, Vit’s telah menghasilkan dan mengeluarkan satu lagi produk makanan yang dapat membantu wanita moden di luar sana yang memerlukan bantuan dari segi masa tanpa menghiraukan faktor kesihatan dan halal. 

Vit’s Bihun Ketam dalam Sup Pedas telah mendapat sambutan hebat. Bihun Sup Ketam Pedas ini telah dapat membantu ramai wanita di luar sana serta dihasilkan tanpa gluten (sesuai untuk hindar dari alahan), tanpa pengawet serta diperbuat 100% dari beras.  

 
Vit’s merupakan kilang mee segera Malaysia yang berstatus Halal Jakim semenjak 12 tahun yang lepas dan berusia 45 tahun. Vit’s sudah bertapak di Malaysia agak lama dan produknya mudah untuk di cari sehinggakan pada yang tiada masa juga masih membeli melalui online platform seperti di Shopee, Lazada, Fave, Superbuy dan banyak lagi.
Vit’s juga telah melancarkan kempen “Vit’s Kan Ada” kempen baru-baru ini dan klik llink di bawah untuk lebih infomasi.


2 comments: