Commercial Break

Thursday, November 14, 2019

Bajet lengkap bercuti di Bangkok

Bersambung lagi pengalaman bercuti, itinerari dan bajet di Bangkok.

Hari ke 3...which is the last day percutian kami di Bangkok kali ini.

Sesiapa yang belum baca itinerary lengkap hari pertama dan kedua, jemput baca dan boleh refer mana yang berkaitan.



Sebelum saya teruskan itinerary hari ketiga,  seperti yang di janjikan, saya ingin berkongsi tips-tips naik tuk tuk di Bangkok.

Tips:

1) Tuk tuk adalah last options sekiranya pada masa itu jalan sedang sesak teruk. Lebih bagus naik grab/teksi bermeter sekiranya harga semasa adalah lebih kurang tuk tuk. Kalau ada option naik train (mrt, bts), lagilah bagus. Ada lagi, boleh consider naik bot. Fungsi bot di Thailand ni sama je dengan bas.  Pastikan bot local dengan bendera berwarna oren kerana harganya murah dan berhenti di hampir setiap pier. Buat pengiraan dan bandingkan dengan jumlah pax serta masa. Keistimewaan tuk tuk semasa sesak ialah kerana tuk tuk boleh menyelit.

2) Jangan percaya kalau tuk tuk cakap dia bagi naik free. Nanti semua kedai tok nenek sedare mara jiran sahabat handai dia singgah. Perjalanan yang di sangka sekejap akan ambil masa sangat lama! Jangan mudah terpedaya.

3) Sebelum naik tuk tuk beritahu destinasi yang kita mahukan, confirmkan harga dahulu. Jangan baru sampai baru tanya. Tak puas hati dengan harga pergi je  cari tuk tuk lain. Melambak-lambak pilihan.

4) Kalau tuk tuk sejenis tak faham BI, tunjuk je nama tempat dalam Bahasa Thai atau maps tempat yang kita mahu pergi tu.

5) Masa kautim harga dengan tuk tuk, jangan buat muka lembut sangat. Buat muka garang sikit ala-ala gangsta siam haha. Tegaskan harga yang di mahukan. Untuk elak di tipu, beritahu tuk tuk " I only pay you XXX ok"

Itu tips tuk tuk. Harap dapat membantu anda di Bangkok :-)





Baiklah jom sambung cerita hari ketiga.

Pagi ni kami ke spa hotel untuk massage yang super awesome.

Sememangnya merata-rata pusat spa terdapat di Bangkok. Memang tak sah tak ke spa alang-alang dah berada di Bangkok. Murah dan murah. Signature siam kan.

Kami pilih ke spa hotel sahaja kerana:

1) Jimat kos pengangkutan memandangkan kami perlu check out sebelum pukul 12 tengahari dan terus ke airport untuk penerbangan ke Kuala Lumpur. Pagi di hotel kami breakfast makanan 7 eleven, kemas bagasi dan terus ke spa hotel. Sehabis rawatan spa kami terus check out.

2) Saja nak merasai khidmat spa hotel 4 bintang keh keh. Harga ok sangat dengan servis!

Dari hotel kami menaiki teksi bermeter ke airport.

Lunch di airport, kami ke restoran halal - The Villa Halal. Ada a few food served here, boleh jenguk-jenguk katalog di bawah untuk dapat gambaran jelas akan makanan yang terdapat di restoran ini.












By the way di airport pun boleh massage!



Perbelanjaan hari ketiga adalah seperti berikut:





SPA 1,200 THB (Harga ni bergantung kepada jenis massage dan masa)
Teksi bermeter ke airport 365 THB ( 121 THB per pax).
Coconut Milkshake 115 Bhat
Fried Fish Paste 90 Bhat




JUMLAH KOS BERCUTI DI BANGKOK 3 HARI 2 MALAM (PER PAX):


AirAsiaGo : Flight dan Hotel (4 Star) : MYR 635

Insurans : MYR 26
Simcard : MYR 26
Teksi ke Airport : MYR 197 THB ( MYR 27)
Tuk Tuk MBK to Hotel : 33 THB ( MYR 4)
Tour ke Maeklong Train Market & Damneon Saduak Floating Market:1,100 THB (MYR 150)
Sampan di Floating Market : 150 THB (MYR 20)
Teksi ke Platinum Fashion Mall : 46 THB (MYR 6)
Central World Ke Hotel (tuk tuk) : 50 THB (MYR 70)

SPA 1,200 THB (MYR 164)
Teksi ke Aiport : 121 THB (MYR 16)
Total F&B : 655 THB (MYR 89)


JUMLAH KESELURUHAN PERCUTIAN DI BANGKOK : MYR 1,233

(Jumlah ini tidak termasuk shopping)


Di harap perkongsian itinerary , bajet dan tips di Bangkok ini mampu membantu percutian anda  di Bangkok :-)


Saturday, November 9, 2019

Itinerari Bangkok - Hari seterusnya

Hari ke 2 di Bangkok.

Untuk hari kedua, kami mengambil keputusan untuk join tour yang di sediakan oleh hotel ke Floating Market dan Train Market.

Kami telah siap-siap membuat tempahan untuk sertai tour ini sehari sebelum tarikh tour.

Banyak jenis tour yang boleh di dapati melalui hotel ini. Tour available ke pebagai tempat dan attractions di Bangkok. Cuma pilih sahaja nak yang mana satu. Bagi kami pula, kami mengambil keputusan untuk join tour separuh hari ke Train Market dan Floating Market. 

Sebelum decide ambil tour melalui hotel ni, saya sememangnya sudah email kepada hotel sejak dari Malaysia, minta senarai tour yang mereka sediakan. Bila ada senarai di depan mata, senang nak pilih dan plan.

Anda pun boleh buat macam ni kalau nak join tour hotel. Email siap-siap minta list tour yang di sediakan hotel.

Untuk ke Floating Market dan Train Market ni, boleh je nak pergi sendiri.  Tapi jaraknya agak jauh dari bandar Bangkok dan katanya nanti di pintu masuk floating market ni banyak scammer. Banyak dengar cerita tak best kalau pergi sendiri ke tempat ini. 

Jadi sesiapa yang nak mudah dan elakkan pening sila la join tour. Selain daripada tour yang disediakan oleh accomodations anda, ada beberapa tour yang boleh ditempah secara online sejak dari Malaysia lagi. Tour-tour ini harganya lebih murah daripada tour hotel dan mendapat rating yang agak tinggi. Saya tak gunakan tour ini jadi tak berani nak review. Namun jika berminat, sila tinggalkan komen atau dm saya di ig @khate.ija

Tour ke Floating Market dan Train Market ini sesuai untuk sesiapa yang mahu rasa pengalaman jual beli atas air dan tepi laluan train. Nak beli barang tu tak la sangat, just nak alami different experience je. Anyway yang paling saya suka ialah pengalaman makan coconut aiskrim atas sampan. Terbuai-buai.

Seawal pukul lebih kurang 7 pagi kami dah terpacak tunggu van. Van mengambil beberapa tourist dari hotel-hotel lain dahulu, baru lah pemandu menuju ke destinasi pertama, iaitu Maeklong Train Market. Satu van ada lebih kurang 12 orang.

Oh ya, sebelum itu kami breakfast di hotel. Breakfast roti dan air kotak yang di beli pada malam sebelumnya. Di dalam bilik hotel pula, ada beberapa makanan seperti kekacang, nescafe dan sebagainya. Complimentary untuk guest.

Keistimewaan Maeklong ialah, train lalu betul-betul tepi market. Train ni lalu beberapa kali sehari. Boleh selamat pulak kedai tepi-tepi tu. Itu yang uniknya.

Banyak juga barang di jual di sini, tapi kami tak beli apa pun.



















Kemudiannya kami di bawa ke Damneon Saduak Floating Market. 
Untuk pakej ni, kami akan di bawa dengan bot laju kemudiannya. Namun sekiranya mahu merasai sampan, perlu bayar tambahan 150 TB. Kami decide nak merasai naik sampan juga.

Tips, jangan beli barang kat sini sebab barang agak mahal kerana hanya tourist je yang datang sini. Namun, jangan ketinggalan untuk merasai pengalaman melalui pasar-pasar di atas sampan.

Kami tak beli barang apa pun, hanya beli aiskrim coconut yang sangat sedapnye lahai. Harganya ialah 50 bhat. Lebih kurang dalam 10 bhat lebih mahal berbanding harga biasa.


Keseluruhannya, pada pendapat saya Damneon Saduak Floating Market ini agak touristy. Memang best naik sampan pusing-pusing floating market ni, tapi barang-brang agak mahal dan macam takde option makanan halal. Yang ok coconut aiskrim jela. Tu pun harganya lebih mahal sedikit tapi untuk enjoy view dan alami different experience memang worth it la..

Anyway, saya cadangkan kalau dah tiba Bangkok, wajib makan coconut icecream! Sangat sedap!

Lagi satu, kalau ada option floating market yang tak touristy sangat, cubala try.
.

Video di bawah memaparkan suasana di Floating Market.






Selepas lihat suasana ini, boleh lah decide nak include floating market dalam itinerary atau tidak.



Makcik penjual aiskrim coconut, Fresh and sedap

Sentiasa bertembung dengan sampan-sampan yang lain


Coconut Icecream ku










Selepas itu kami di bawa menaiki bot laju. Lalu rumah-rumah orang. Best juga, dapat tengok kampung.





Akhirnya dalam pukul 2 tengahari, van menghantar kami pulang semula ke hotel. Selepas solat, kami menaiki teksi ke Platinum Fashion Mall. Jika mahu menaiki teksi dari hotel, minta sahaja hotel panggilkan. Teksi yang di panggil oleh hotel, confirm bermeter. 
Itu salah satu kebaikan stay di hotel banyak bintang.

Platinum Fashion Mall merupakan shopping mall popular yang menjual barang-barang terutamanya barangan wanita.

Kebetulan di hadapan Platinum Fashion Mall pada masa itu ada gerai-gerai makanan halal di buka. Sebelum masuk ke dalam shopping mall, kami menjamu selera dahulu.

Sebenarnya kalau nak makan dalam Platinum Shopping Mall pun, ada foodcourt di Tingkat 6. Ada 2 gerai makanan halal di sini. Cuma, ianya bersebelahan dengan gerai-gerai yang menjual makanan bukan halal. siapa yang tidak kisah, boleh cuba.







Makan aiskrim coconut lagi. Ya Allah betapa sedapnya

Actually di luar Platinum Fashion Mall ni pun ada juga jualan barang-barang


Akhirnya, kami mulakan aktiviti membeli-belah yang seakan tidak berkesudahan di dalam Platinum Shopping Mall.

Banyak betul barang-barang untuk dilihat. Ada 6 tingkat yang sangat luas. Ada lebih kurang 2,000 buah kedai hewhew. 

By the way, dalam mall ni ada surau yang selesa. Kami tak singgah sebab sudah solat di hotel tadi.














Oleh sebab hari sudah malam, kami ke Pratunam Night Market pula walaupun masih belum puas bershopping di Platinum Shopping Mall. Pratunam Night Market ni dekat je dengan Platinum Fashion Mall.











Kawasan sekitar Pratunam ialah antara kawasan pilihan yang popular untuk accomodations. Happening dan mudah nak ke mana-mana.

Di area Pratunam ini, boleh naik bot untuk ke banyak tempat termasuk attractions popular di Bangkok.




Selepas tu kami plan nak ke Central World. Rasa malas nak berjalan, kami minta khidmat tuktuk. Pakcik tuktuk tak sanggup nak hantar, dekat sangat katanya siap tunjuk jalan pintas untuk ke Central World haha.

Terpaksalah hakak-hakak sekalian berjalan.


Central World, hanya 500 meter berjalan kaki dari Pratunam Night Market. Meriah, happening. Ramai orang. 

Central World ni besar dan moden. Tujuan kami nak jenguk-jenguk night market di hadapan Central World. Nampak tak betapa banyaknya night market di Bangkok ni. Pilih je yang mana satu. Cuma kali ini kami tak berkesempatan nak pergi banyak tempat. Next time kalau ada rezeki, InsyaAllah mahu ke Chatuchak, Ramkhamkhaeng dan lain-lain night market yang popular di Bangkok. 

Ini gambar-gambar di sekitar Central World Night Market...




Setelah puas berjalan dan tambah jumlah pembelian a.k.a bershoppng dengan jayanya di sini, akhirnya kaki sudah insaf dan menjerit minta pulang haha.

Oh ya sebelum itu kami ada singgah 7 Eleven untuk membeli beberapa makanan dan minuman halal buat breakfast keesokan hari. 

Banyak makanan halal yang sedap juga rasanya di 7 Eleven Bangkok. Antaranya ialah burger halal seperti di bawah. Burger ni sedap sangat. Untungnya, bilik kami ada microwave jadi kami plan nak panaskan je burger atau lain-lain makanan yang di beli.




Kami pulang dari Central World ke Hotel dengan menaiki tuktuk. 


Wow, banyak kali sis naik tuk tuk, tak takut ke? Banyak cerita tau orang kena scam dengan tuktuk di Bangkok.

Di entri kemudian saya akan bagi tips cara untuk naik tuktuk dengan jayanya ok?









Berikut ialah perbelanjaan hari kedua:

Tour ke Maeklong Train Market dan Damneon Saduak Floating Market : 1,100 THB per pax
Sampan di Floating Market: 150 THB per pax
Teksi ke  Platinum Fashion Mall (teksi): 140 THB (46 THB per pax).
Central World ke Hotel (tuktuk): 150 THB (50 THB per pax)
Coconut Icecream di Floating Market: 50 THB
Kiaw Tiaw di Platinum Fashion Mall: 150 THB
Coconut Icecream di Platinum Fashion Mall: 40 THB
Hot chocolate 7 eleven : 17 THB
Burger Halal 7 eleven: 34 THB
Roti Kacang Merah: 10 THB
Coconut Shake : 100 THB
Shopping: Jangan di tanya hihi

Entri seterusnya akan bersambung. Nantikan...