Kali ini saya nak share tips yang saya amalkan setiap kali memilih pencuci muka yang bagus untuk kulit wajah.
Ada beberapa kriteria yang akan saya pastikan setiap kali nak decide beli pencuci muka.
KEPENTINGAN MENGGUNAKAN PENCUCI MUKA PH YANG SESUAI
Sejak tahu kepentingan menggunakan pencuci muka low-pH, saya sudah tidak pernah menggunakan pencuci muka yang tinggi pH.
High-pH cleanser is a BIG NO.Sangat-sangat tak boleh ok.
Kenapa wajib sangat pilih low pH cleanser (pH 4-6) dalam penentuan cleanser yang sesuai untuk kulit wajah?
Sudah tentulah sebab utama kerana pH kulit wajah kita ialah antara pH 4-6. Jadi kita kena pilih cleanser yang pH lebih kurang dengan kulit wajah. Kalau pH tak sama, rasa-rasa ada kesan yang tak best tak pada kulit wajah?
Ya, pasti ada!
Kalau kita pilih cleanser yang mempunyai pH tinggi, barrier kulit wajah akan rosak.
Barrier kulit wajah ialah lapisan kulit terluar wajah. Barrier kulit memainkan peranan yang sangat penting dalam perlindungan kulit dari pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kerosakan pada lapisan kulit terluar kita. Contohnya sinar UVA dan UVB, bahan kimia, habuk, pencemaran dan bakteria.
Antara kesan yang boleh di lihat dek salah pilih cleanser dengan pH tinggi ialah kulit akan rasa kering, menggelupas, kasar, kusam dan lama-kelamaan liang pori akan tersumbat lantas muncullah jerawat-jerawat yang akan menghuni sekian alam. Gituuu.
SAFE & NATURAL INGREDIENTS
Takde parabens, takde sls, takde alcohol, takde pewangi yang maha kuat semua tu. Seram wehh kalau semua tu kita sapu setiap hari pada kulit wajah yang tersayang.
Tak dapat bayang kesan terutamanya pada jangka masa panjang.
Bukan hanya pada wajah, malah pada kesihatan.
PENCUCI MUKA YANG SESUAI DENGAN KULIT WAJAH
Seterusnya, kena kenal jenis kulit. Bila dah kenal jenis kulit, barulah mudah untuk pilih jenis pencuci yang sesuai dan bagus untuk wajah. Pencuci muka yang tidak sesuai dengan kulit wajah mungkin akan menerukkan lagi kondisi kulit.
Baru-baru ni saya di beri peluang untuk mencuba pencuci muka dari Dr Eslee. Excited sangat-sangat bila dapat tahu pencuci muka Dr Eslee ni pun sejenis yang low ph jugak. Tanpa bahan kimia berbahaya. Natural only.
DR ESLEE, PENERAJU UTAMA PENCUCI MUKA DERMATOLOGI DI KOREA.
DOUBLE CLEANSING METHOD
Double Cleansing Method sangat terkenal di Korea kerana kesannya yang sangat wow pada kulit.
Ada dua pencuci muka Dr Eslee yang sangat saya recommend sebab saya dah try both dengan mengaplikasikan double cleansing method.
Dua pencuci tersebut itu ialah Anti-Sebum Wash Foam dan Enzyme Cleansing Powder. Saya suka sangat-sangat dengan both pencuci ni tapi hari ini saya ingin perkenalkan secara detail tentang Enzyme Cleansing Powder. Kedua-duanya adalah low-pH cleanser.
ENZYME CLEANSING POWDER
Untuk korang yang dah biasa mengamalkan double cleansing, korang tentu tahu kita akan gunakan dua jenis cleanser dalam setiap rutin penjagaan wajah.
Enzyme Cleansing Powder ini ialah step kedua iaitu cleanser kedua yang di gunakan selepas kulit wajah di cuci dengan pencuci mula pilihan.
First cleanser tu korang boleh gunakan apa sahaja jenis cleanser yang korang suka. Macam saya, first cleanser saya gunakan Anti-Sebum Wash Foam. Setelah wajah di cuci bersih barulah saya gunakan Enzyme Cleansing Powder.
Tidak seperti pencuci muka biasa, penggunaan Enzyme Cleansing Powder ini sangat menjimatkan kerana kita hanya perlu guna sebanyak 3 kali seminggu sahaja.
Enzyme Cleansing Powder ni sesuai untuk semua jenis kulit tapi ianya sangat-sangat recommended untuk kulit kering, sensitif dan mature. Selain itu, ianya sesuai untuk anda sekiranya;
1) kulit wajah sering merasa ketat selepas cleansing
2) kulit wajah yang sering kering
3) mahu mencuci dan skrub dalam satu masa. Ianya menyahkan segala jenis sel-sel kulit mati yang degil.
4) pencuci yang ada tidak cukup untuk remove semua bekas mekap
5) risaukan kulit yang kasar. Mahu smooth gitu.
6) risau akan minyak berlebihan di wajah
7) untuk buang segala kekotoran dari liang pori agar tidak tersumbat
8) dan yang pastinya ianya rendah ph!
Seriously bila korang amalkan double cleansing method ni you will notice positive difference on your skin. Dengan syarat gunakan pencuci muka yang sesuai dan bagus.
Enzyme Cleansing Powder ini bertindak ala-ala scrub dengan berperanan menyahkan segala kekotoran dan sel-sel kulit mati yang degil. Oleh kerana ianya ikut ph kulit, maka ianya sangat gentle, tidak mengeringkan kulit malah rasa moisture sahaja. Skin rasa supple dan toing-toing je bila sentuh dan licin jer, smooth jer. Haha kalau nak tahu perasaan kulit yang toing toing korang kena try Enzyme Cleansing Powder dulu.
CARA GUNA
1) Enzyme Cleansing Powder ni berbentuk seperti serbuk.
2) Hanya campurkan sedikit air dan sebatikan
3) Cuci wajah dan urut wajah dengan menggunakan campuran tadi.
Mudah bukan?
Sebotol Enzyme Cleansing Powder ini boleh guna lama. Menjimatkan.
1) Untuk pembelian sila daftar dulu dengan link di bawah. Kalau korang daftar dengan link di bawah dan masukkan special code, sebarang pembelian korang akan automatik dapat 20% diskaun termasuklah produk Enzyme Cleansing Powder ini.
3) Lepas masukkan butir-butir diri, jangan lupa masukkan code IJA888 seperti dalam kotak merah tu. Dengan kod ni korang akan dapat banyak keistimewaan antaranya ialah 20% diskaun atas setiap pembelian produk, dan juga akan sentiasa up-to-date dengan segala promo khas Dr Eslee. Dr Eslee ni sentiasa buat promo khas gila-gila and mengancam tau.
4) Selain dari itu, dengan kod ini korang akan dapat voucher reward untuk setiap pembelian. Voucher ini boleh di gunakan untuk dapat diskaun lebih pada pembelian seterusnya. Nampak tak kat situ ada penjimatan berganda?
6) Korang juga akan menjadi antara yang pertama mendapat maklumat promosi dan aktiviti dari produk Dr.Eslee
Selain dari itu, korang boleh request sample percuma yang sesuai untuk kulit wajah. Hanya bayar RM5 untuk delivery sahaja.
Caranya korang register dulu guna link ini https://www.dreslee.com.my/register/1280
dan masukkan code istimewa IJA888.
Lepas tu korang klik dekat REQUEST SAMPLE. Mudah jer kan?
Bertindak sekarang sementara Dr Eslee sedang pemurah dengan sample kihkih
Kalau korang nak tahu mengenai banyak lagi produk-produk yang menarik di Dr Eslee, korang tunggu jer la, akan ku update banyak lagi mengenai produk-produk menarik di Dr Eslee ok ;-)
No comments:
Post a Comment