Commercial Break

Thursday, June 20, 2019

ITINERARI DAN BAJET PERCUTIAN KE HONG KONG DAN MACAU SELAMA 8 HARI 7 MALAM



Alhamdulillah syukur, hasil perancangan selama lebih kurang 3 bulan sebelum berlepas, akhirnya pada akhir bulan March baru-baru ini, saya telah menjejakkan kaki ke Hong Kong. Cuaca yang nyaman dan sejuk serta tidak terlampau dingin mencengkam, menyambut kami. Selesa sangat-sangat cuaca macam tu. Rasa macam nak pindahkan cuaca macam tu ke Malaysia haha!

Kecik-kecik dulu walaupun minat drama Hong Kong, namun tidak pernah pula bercita-cita mahu ke Hong Kong. Tidak seperti sering berangan-angan nak ke Jepun dan Korea setelah menjadi peminat siri Jepun dan Korea.

Namun setelah tiba di Hong Kong, rupa-rupanya bercuti di Hong Kong merupakan antara kenangan manis hidup saya ;-)

Untuk entri kali ini, saya akan berkongsi itinerary ringkas dan kos-kos terlibat yang mungkin dapat membantu semua untuk merangka percutian ke Hong Kong.



Percutian ini adalah percutian selama 8 hari 7 malam. Rombongan percutian ini terdiri daripada 3 dewasa dan 2 kanak-kanak, jadi mungkin perancangan dan isi kandungannya bukan sahaja sesuai untuk dewasa, malah sesuai juga untuk mereka yang mahu membawa kanak-kanak.

Jika ada kelapangan, saya akan update tips-tips, makanan halal, shopping dan segalanya mengenai Hong Kong. Wait for my future entries ya!





1)PENGANGKUTAN / TRANSPORTATION 


1(a) TAMBANG KAPAL TERBANG KE HONG KONG

KUL- HONG KONG –KUL (MAS) :



MYR 844 PER PAX (ADULTS)
MYR 730 PER PAX (CHILD)
TOTAL: MYR 3,992

Tiket return Malaysia Airlines (MAS) ke Hong Kong ini telah di beli lebih kurang 3 bulan sebelum tarikh berlepas. Tiket ini di beli semasa promosi dan harga sudah termasuk check-in bagasi pergi dan pulang serta makanan di dalam flight. 





1(b) PENGANGKUTAN DI HONG KONG & MACAU

JUMLAH KOS PENGANGKUTAN DI DALAM HONG KONG & MACAU : 



316 HKD PER PAX (ADULTS)
136 HKD PER PAX (CHILD)
TOTAL: 1,220 HKD

Di Hong Kong, kami menggunakan pengangkutan awam sepenuhnya seperti bas, tram dan MTR.

Pengangkutan awam di Hong Kong sangat efektif dan convenient. Malah laluan train juga sangat mudah di fahami. Penerangan dan nama lokasi ada terdapat di dalam Bahasa Inggeris. Ringkasnya, siapa yang berjaya survive train di Korea or Japan, pasti excel with flying colors di HK.

Untuk melancarkan perjalanan, kami telah beli Octopus Card (macam kad touch & go) di aiport dan telah menggunakan Octopus Card ini setiap kali menggunakan pengangkutan awam. Nilai kad boleh top up di mana-mana kaunter MTR atau 7 eleven jika perlu. Deposit dan lebihan baki boleh di tuntut di airport sebelum penerbangan pulang ke Malaysia.

Untuk ke accommodation dari airport, kami telah menaiki bas No. A22. Bas berhenti dekat sangat dengan accommodation kami, iaitu lebih kurang 5 minit berjalan kaki. Kenal pasti route dan perhentian, kerana bas ini berhenti di lokasi-lokasi yang tertentu.

Untuk ke attractions yang berdekatan accomodations kami hanya berjalan kaki kerana ianya lebih mudah, menjimatkan kos dan lebih santai.

Untuk ke Macau pula, kami telah memilih untuk menaiki bas merentasi jambatan rentas lautan yang terpanjang di dunia iaitu Hong Kong–Zhuhai–Macau Bridge berbanding menaiki feri kerana kosnya yang berganda murah.

Ini adalah details kos pengangkutan dalam Hong Kong & Macau :

ITEM
Total HK$ (PER PAX)
Total HK$



TRANSPORTATION COST


TRANSPORTATION (In HK)


Airport bus
33
165
Octopus Card :Adult x 3 (Depo HK$50)
150
450
Octopus Card :Child x 2 (Depo HK$50)
70
140
HZMB Ticket (Macau) : Adult x 3
65
195
HZMB Ticket (Macau) : Child x 2
33
66
Airport Express 1 way : Adult x 3
68
204
Airport Express 1 way : Child x 2 (free,promo)
0
0
TRANSPORTATION (TOTAL,HKD)
        316(ADULTS)
136(CHILD)
1,220






2) PENGINAPAN / ACCOMODATION


JUMLAH KOS PENGINAPAN: MYR 3,285 sebuah apartment yang telah di tempah selama 8 hari 7 malam. (MYR 657 per pax)

Penginapan yang terletak di Jordan di selatan Kawloon ini di tempah melalui Air Bnb. Walaupun agak sempit, tempat menginap ini mempunyai 2 bilik, ruang tamu, dapur dan sebuah tandas dan yang paling penting ianya terletak amat berdekatan dengan MTR Jordan dan juga perhentian bas. Ianya juga terletak berdekatan dengan Kawloon Station sehinggakan kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja dari apartment tempat menginap untuk ke Kawloon Station dengan tujuan menaiki Airport Express semasa mahu ke airport pulang ke Malaysia.

Harus di ingatkan, rata-rata tempat penginapan di Hong Kong mempunyai keluasan yang terhad.

Memilih tempat penginapan yang berdekatan kemudahan pengangkutan awam adalah amat penting kerana hampir 100% pengangkutan awam di gunakan untuk ke mana-mana.





3) TIKET MASUK / ENTRANCE FEES

JUMLAH KOS TIKET MASUK/ENTRANCE FEES : 
MYR 471 PER PAX (ADULTS), 
MYR 312 PER PAX (CHILD)
TOTAL MYR 2,037

Tiket masuk hanya untuk Disneyland & Ocean Park sahaja.

 
ITEM
MYR PER PAX
 TOTAL MYR



ENTRANCE FEE


Disneyland : Adult x 3
271
813
Disneyland : Child x 2
212
424
Ocean Park: Adult x 3
200
600
Ocean Park: Child x 2
100
200
ENTRANCE FEES (ALL)
471 (ADULTS)
312 (CHILD)
2,037


Attractions yang lain adalah free entry.


4) LAIN-LAIN KOS

Simkad : MYR 27

Kami mengunakan 4G simkad 8 GB yang sah untuk 8 hari. Simkad ini di beli secara online  dan hanya perlu collect simkad dengan menunjukkan printed e voucher sebaik sahaja tiba di HKG Terminal 1, Arrival Halls A Counter A14.


F&B: ikut selera masing-masing

Kami ada membawa bekalan dari Malaysia dan makan makanan masak sendiri, tapi kami juga tidak melepaskan peluang untuk merasai makanan halal di HK.

Entri khas mengenai restoran dan makanan halal di HK sila klik di sini - makanan halal HK.


Travel Insurans: MYR 13

Kami membeli Etiqa Takaful yang berharga RM 13 untuk seorang.


5) JUMLAH KESELURUHAN PER PAX

JUMLAH KOS PER PAX ialah RM 2,180 (DEWASA), RM 1,784 (KANAK-KANAK) setelah di campurkan jumlah tiket penerbangan perbelanjaan hotel, pengangkutan, entrance fees, simkad dan travel insurans.

JUMLAH KOS PER PAX ialah RM 1,336 (DEWASA), RM 1,054 (KANAK-KANAK) sekiranya tidak termasuk tiket penerbangan.

Jumlah di atas tidak termasuk F&B.

Jumlah ini ialah untuk 8 hari di Hong Kong.



RINGKASAN ITINERARY

Berikut ialah ringkasan Itinerari selama di Hong Kong. Untuk full itinerary yang details akan saya kongsikan in my next entry:


1)HARI PERTAMA

-Tiba di Hong Kong International Airport Terminal
-pick up simkad
-beli Octopus Card
-naik bas ke accommodation


2)HARI KEDUA


Disneyland
(Next entry selain dari  mode pengangkutan ke Disneyland, akan saya kongsikan tips untuk berasa bahagia di Disneyland!)


3)HARI KETIGA


-Islamic Centre Canteen
-Masjid Ammar
-Ding ding Tram
-Old Town (Tai Ping Shan Street , Hollywood Road, Tai Kwun, The Longest Escalator and many more!)
-The Peak -nak tahu cara termurah ke tempat femes ini dan apa lagi yang kita boleh dapatkan dengan berbaloi-baloinya di sini..? Tungguuuuu next update ya.
-‘feeling’ bunga-bunga romantik seperti Titanic dengan menaiki Star Ferry yang sangat berbaloi-baloi.


4)HARI KEEMPAT

Macao! Anda tau tak Macao adalah sebuah negara lain dan anda berjaya cover dua negara dalam satu trip apabila melawat Macao daripada Hong Kong? Dan Macao punyai bangunan yang cantik-cantik!


5)HARI KELIMA

Ocean Park.
Next entry saya akan berkongsi tentang tips-tips berkunjung ke Ocean Park dengan senang hati!


5)HARI KEENAM

-Avenue of Stars
-1881 Heritage & HK Cultural Centre
-Clock Tower
-Lunch at Wai Kee Halal Roast Duck
-Causeway Bay
-Star Ferry again!
-Symphony of Lights


6) HARI KETUJUH

-Kawloon Park
-Kawloon Mosque
-Lunch di Islam Food
-Kawloon Walled City


7) HARI KELAPAN

-Intown check-in via Airport Express
-Shopping at Ladies Market, Sneakers Street
-Lunch at Ma’s Restaurant
-Off to airport by Airport Express.
-Balik ke Malaysia!


Sampai sini dulu, moga ketemu di lain waktu untuk cerita dan tips seterusnya..akan saya sertakan juga itinerary penuh setiap hari..tungguuuu.