Commercial Break

Saturday, July 27, 2019

Makanan dan Restoran Halal di Hong Kong

Melancong di Hong Kong dan kemudiannya mencari makanan halal memanglah tidak semudah seperti memetik jari namun tidaklah sesukar yang di bayangkan.

Lebih-lebih lagi di kawasan tumpuan pelancong contohnya seperti di Disneyland dan Ocean Park, ada restoran makanan halal di dalamnya.  Di tempat-tempat begini wujud restoran halal untuk kemudahan pelancong muslim. Cuma harga makanan tidaklah murah seperti di Malaysia. Lagi-lagi sekiranya restoran tersebut di dalam Theme Park, memang harga makanan yang di jual tidak murah.

Selain Disneyland dan Ocean Park, di lokasi-lokasi lain di HK ada beberapa restoran yang menghidangkan maknanan authentik yang lazat yang telah kami kunjungi.

Aalang-alang dah sampai, of course lah harus cubakan?



1) Islamic Centre Canteen


Restoran halal yang wajib singgah kalau melancong ke Hong Kong. Tak sah tak rasa dimsum sedap. 

Lagi-lagi restoran dimsum ni terletak di dalam masjid Ammar. Boleh singgah solat sekali.

Selain dari dimsum, restoran ini ada juga jual makanan lain. Namun yang paling famous ialah dim sum. Bagi saya, lauk pauknya yang lain kurang sedap berbanding lauk pauk yang saya makan di restoran halal Hong Kong yang lain. Tapi dim sum yang di jual memang best.
Kalau nak dapatkan dim sum ni tidak boleh terlalu lewat ke sini, kerana kebiasaanya lepas lunch dim sum selalu habis.

Macam kami, datang makan pukul 11 pagi. Lepas makan terus solat zohor di Masjid Ammar.

Cara nak ke sini?

Ada beberapa cara nak ke sini, namun kami gunakan cara yang kami fikir paling mudah iaitu turun di MTR Admiraly (Tsuen Wan Line), exit C ke arah Queensway Plaza. Keluar MRT ambil kiri, naik escalator betul-betul di sebelah pintu masuk MRT. Lepas tu belok kanan, ambil jejantas dan kemudian turun belah kanan. Boleh nampak stesen tram di bawahnya. Naik tram menuju ke arah Happy Valley. Turun di stesen Tonnochy Road (station no 47E atau 52W). 

Turun dari tram, anda akan nampak basketball court. Ada garden. Di sebelahnya ada laluan. Ikut laluan naik tangga.

Kelihatan 7e. Ada traffic light di depan 7e. Belakang 7e inilah terletaknya bangunan Masjid Ammar. Jalan je terus sampai hujung bangunan. Belok kiri, taraaa jumpa pintu masuk. Masa tu dah legaaa sebab dah jumpa restoran yang di cari. Canteen yang jual dimsum sedap ni terletak di Level 5. Naik jer lif untuk ke tingkat atas hokay.

Address:

5/F, Masjid Ammar And Osman Ramju Sadick Islamic Centre,
40 Oi Kwan Road, Wan Chai, Hong Kong.

Operating Hours:
10 am till 9 pm daily.

Dim sum hanya ada dari pukul 10 am till 3 pm jer. Tu pun ikut nasib, kalua lewat kadang-kadang yang best-best dah habis.



2) Wai Kee Halal Duck

 

Wai Kee Halal Duck terletak di Wan Chai. Agak susah nak cari kerana ianya terletak di dalam bangunan Bowrington Road Market. 
Nasi itik dia memang super duper sedap. No complain.

 Cuma yang tak bestnya kawasan kedai ini terletak di celah-celah kedai tak halal di kiri kanannya. Kawasan sekitarnya agak kotor dan kurang teratur, kalau orang yang tak tahan confirm loya tekak. 

As for me, memang taklaaa repeat walaupun nasi itik dia sedap melelehhh. 


Namun kalau nak juga makan nasi itik sedap, tahap mengidam, ini cara nak ke sini,


Turun di MTR Causeway Bay Station, exit A – Times Square. Dari sini jalan kaki ke Bowrington Roada Market dalam 7 minit. Kedai makan ni terletak di Tingkat 2 di food centre.

Makanan wajib order: Roast Duck Rice/noodles.


Address:

Stall #5 Bowrington Cooked Food Centre 1/F
Bowrington Road Market, 23 Bowrington Road
Wan Chai, Hong Kong
Tel: +852 2574 1131

Operating Hours:
11.00am till 6.00pm daily.


3) Islam Food, 

Tak Ku Ling Road







Restoran muslim yang menghidangkan Chinese Cuisine ini terletak di Kawloon City. Ada dua branch iaitu satu di Lung Kung Road dan satu lagi di Tak Ku Ling Road. Kami telah ke cawangan Tak Ku Ling Road kerana ianya berdekatan dengan MTR. Masa kami tiba di sini dah off peak hour, so orang tak ramai sangat. Restorannya juga sangat-sangat selesa.

Kami pilih beberapa Chinese food seperti dumplings, Veal Goulash (sejenis mix roti bom & murtabak yang berintikan daging yang sangat juicy), fried noodles dan mcm-mcm lagi. Memang sedappp semua food kat sini!!! Berbaloi-baloi walaupun mahal hahaha, tapi porton besar, boleh share-share and puas hati la dapat rasa semua food. 

Worth it kuasa 10 sangat buat macam kami, beli food yang menarik-menarik dan kemudian kongsi makan sikit-sikit. Mengenyangkan!!

And higly recommended kalau nak rasa lauk pauk di sini sebab lauk pauknya memang sedap!

Address: 
Islam Food,

Shun King Building, 33-35 Tak Ku Ling Rd, Kowloon City, Hong Kong

Operating Hours: 
11.30am - 11.30 pm daily



3) Ma's Restaurant





Makanan di sini berasaskan Xinjiang Cuisine. 
Mereka masak on the spot, tapi servisnya bukan sahaja cepat malah sedap pulak tu.

Memang highly recommended.

kami telah merasai makanan seperti fried rice, noodles, lamb rolls dan pelbagai lagi. Semuanya enak!

Lokasi restoran ini terletak di CHeung Sha Wan Road. Hanya 5 minit berjalan kaki dari MTR Prince Edward.


21, Cheung Sha Wan Rd, Sham Shui Po, Hong Kong

Operating Hours: 
11am - 11pm daily.

Jadi ini semua restoran halal yang telah sempat kami cuba selama di HK. Ada banyak lagi, tapi tak berkesempatan nak try semua. Harapannya, entri ini dapat di jadikan rujukan untuk anda yang sedang merancang percutian ke HK.

4 comments:

  1. Leuke blog :) Mooi land Turkije

    ReplyDelete
  2. Leuke blog :) Mooi land Turkije

    ReplyDelete
  3. Thanks.. bagus entry.. terliuq nk p HK.. hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. awwww hehehe. tunggu keadaan di HK reda dulu baru plan

      Delete